MASA: 1996
Aku adalah antara student yang pertama sekali merasmikan SMV Segamat yang di naikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Segamat. Nama singkatannya ialah SMTS yang kebetulan sama juga dengan Sekolah Menengah Tenang Stesen di area Segamat gak. Tak glamer lansom name...
Aku yang dah lama membina reputasi sebagai Romeo can not die di sekolah lama terasa macam kalcerel syiok. SMT Segamat lansom takde student pompuan. Semua jantan...cess..potong tol..paling paling nak tengok awek, terpaksa sekodeng awek Sekolah Menengah Agama di seberang pagar sekolah.
Aku di lepakkan di Blok Damai bilik no 2 katil no 22. Blok aku special sebab terletak di belakang bilik mayat Hospital Segamat. Dah laa kaca tingkap transparent giler. Awek awek nurse lalu kat hospital boleh skodeng terus dalam bilik. Itu tak kira lagi tue langsuir terbang ambik angin malam malam sambil skodeng dalam bilik.
Seminggu lepas mendaftar masuk, aku belajar basuh baju sendiri, aku basuh ala kadar jer. Janji hilang bau sudah. Yang penting seluar kecik tue. Aku basuh betul betul. Seminggu, abis semua stok seluar kecik aku guna. Terpaksalah basuh dengan penuh tawadduk dan khusyuk untuk kesejahteraan dan masa depan keluarga aku yang akan datang.
Dah setel semua, baju pun dah bau wangi sabun Fab buku biru aku pinjam ngan Salimi member sekatil..err..member katil sebelah.
Semua penyidai penuh gak ngan baju baju dak lain yang sama pesen jer ngan aku basuh baju hujung minggu jer. Yang tinggal, penyidai dekat ngan lereng bukit. Blok aku terletak atas bukit sikit. Kondo stail...berangin jer.
Takde plak sape sape sidai baju kat situ. Pelik gak..penyidai lain full house. Ahh..lantaklah. Aku sidai semua seluar kecik dan baju. Aku balik ke bilik puas hati berjaya menjadi sorang Romeo can do laundry type guy. Panjat katil terus tido sampai petang.
Selepas Asar, aku turun nak amik baju dan seluar. Aku tengok baju aku ada separuh jer. Yang lebihnya dah hilang. Seluar kecik, satu pun takde. Sape plak sebat seluar kecik aku nie.
"Mie, ko nampak baju aku tak?" aku tanya pada Salimi yang juga turun nak ambik baju.
"Ko sidai mane?"
"Kat sini lah tadi.."
"Tue kot...?" Salimi mencebik bibir ke bawah lereng bukit.
Aku tepuk dahi. Aku nampak baju aku bergelimpangan bawah lereng. Yang tak leh tahan tue, semua seluar kecik aku jatuh dalam longkang siap tenggelam terkapai kapai kelemasan. Adoiii..
Stok untuk seminggu sekali basuh tue...jemm! Patotlah takde sape sidai baju kat ampaian tue...
***
Aku basuh balik tapi bau longkang tak leh hilang. Bau macam bangkai!
Seminggu aku pergi ke kelas tak pakai seluar kecik. Berangin jer...
Lagi sadis bila time buat senaman petang..time buat Gabungan ngan Lompat Bintang. Korang bayangkan jer laaa..
errr...
korang tak payah bayangkan lah.......sob sob sob..


































