Tentang Lanun Ranggi



Nama : Aujinz (Bukan nama sebenar)
Umur: kejap, nak check IC
Jantina: Lelaki. Tak percaya boleh check.
Hobi: Masak, makan dan merapu
Pekerjaan: Jaga sepenuh masa
Adik beradik: 4 orang. Anak sulung, The First. Ah Long.
Minuman Kegemaran: Kopi dan Teh
Makanan Kegemaran: Takde. semua dia bedal


Aujinz (bukan nama sebenar) dilahirkan pada hari Krismas beberapa tahun yang lalu.Telah berkecimpung dalam bidang lanun melanun semenjak dari dalam perut lagi (versi tipu) dan mula serius sejak mula menconteng meja dan bangku sekolah. Walaupun pada masa tersebut lukisan dia lebih elok sikit dari orang lidi tetapi beliau tidak berputus asa untuk mengasah menggunakan batu kerikil sedikit bakat yang dianugerahkan dan sehingga sekarang beliau masih terkial kial lagi melukis watak watak yang beliau cuba sampaikan.

Dulu melukis menggunakan pensil dan kertas kemudian beliau menambah pen lukisan sebelum beralih kepada g-string.... maaf.. G-pen dan lebih advance lagi, beliau kini sedang mendalami ilmu kedai gambo (baca photoshop) walopon beliau masih lagi bergelumang dengan PS7 sedangkan orang lain dah sampai ke CS7. Motto beliau, bior software tak power asalkan lukisan power. Gitu.
 
Beliau tidak mengambil komisen untuk melukis kerana sikap pemalasnya akan membuatkan para pengkomisiner akan selalu naik darah menunggu lama.
 
Beliau tidak meletakkan gambar sendiri dalam blog bukan kerana tak hensem malahan beliau agak hensem dan kacak (versi nak terajang diri sendiri..jolok tekak... ) melainkan beliau ingin membuktikan bukan paras rupa yang menentukan kehebatan sesebuah blog. (Hek eleh nak kata dia kacak laa tue..hakptuih..)
Maaf, kehebatan beliau merapu adalah tiada taranya...
sehingga kalau tanya mak ayah dia pun...
mak ayah dia tak tahu.
Lanun Ranggi

7 comments:

  1. Aku yakin di luar, kau mesti cute. hak hak hak...

    ReplyDelete
  2. ko kiut di mata aku (walaupun xtau rupa)

    ReplyDelete
  3. comel sokmo.. haha.. kami mengimaginekan lukisan yg kacak lagi bergaya (jgn terkoyak apa2 akibat pe-kembang-an ye)itu sebagai ojin..=B

    ReplyDelete
  4. blog lanun ranggi ni cool jugak upenya erk..masih tersenyum dpn lappy bc 1 entri tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe... banyak entri, yang mana satu?.. XD

      Delete
  5. blog ni best.hmpir semua cerita sy baca .abg xde ig ke?

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD