Showing posts with label BukuLanun. Show all posts
Showing posts with label BukuLanun. Show all posts

28 November, 2015

Buasir Otak The Komik datang lagi

Salam pagi,
Kalau korang nak lebih fahami komik ini, korang baca cerita awal kat blog Amna dulu ya.. hue hue hue



haaaa... komik di atas adalah komik promosi yang abang post kat Page Facebook Lanun Ranggi. Huhuhu...abang lukis sebagai kesinambungan lukisan Amna (page atas) dan Zyraroxx (page bawah). Huhuhu...

Abang nak habaq mai ni, sekali lagi abang berkoloborasi dengan team Buasir Otak untuk buat buku komik kedua. Tetapi  yang bestnya, terus dapat buku ketiga. Buku yang pertama cuma Buasir Otak The Komik dan menampilkan 13 orang pelukis. Buku yang kali ini bertajuk Buasir Otak The Komik; Reloaded dan Revolution. Kali ini, seramai 33 orang pelukis yang terlibat sekali.

Antara rakan blogger abang yang join melukis untuk buku ni sekali ialah Zyraroxx, cErolian, Amna Gadis Misteri, Plain83, Prince of Noob (Buasir Otak), Nazha Anuar (Kartunster), Budoxe Lee dan ramai lagi. Semuanya ada 33 orang. Oleh kerana seorang melukis 10 cerita dengan genre yang ditetapkan, buku ini menjadi tebal dan sendat. Jadi terpaksalah cetak sehingga dua buah buku. Koh koh koh... berbaloi baq ang...

http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html


Kalau korang berminat nak beli buku ni, klik gambar di atas.. hue hue hue...
Abang tak jual dik, abang tolong promosi jer..
koh koh koh...

26 November, 2015

Cabaran Komik Online Malaysia 2015

Assalamualaikum... oleh kerana masa berpantang dah habis, maka bolehlah abang merapu kembali di blog ni dik... koh koh ko

Bagi yang tak follow Facebook page Lanun Ranggi, mungkin korang tak tau kenapa aku senyap sekejap. Alkisahnya, web komik free MatKomik ada menganjurkan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015) bertemakan "cinta". Oleh kerana hadiah dia lumayan, aku terpaksa join kot kot ada rezeki boleh menang... wkwkwkw...

Tapi cabaran yang aku perlu lalui sungguh getir. Selain daripada persaingat senget sengit, aku juga menghadapi masalah idea... huhuhu
Blogger lain yang join CKOM ni ialah si Amna Shark. Beliau sangat aktif melukis komik, jadi persaingannya memang fuhhhh... boleh menang ke ni aku dok fikir... kah kah kah..

kalau korang belum baca lagi, boleh klik link di bawah.

Jangan lupa vote tau. Walaupun komik ini adalah sepenuhnya undian dari para juri professional, ada kategori Komik paling vogue... eh, komik paling popular... koh koh koh...

so, korang kena tekan Bintang merah paling kanan.
Ingat
best ke tak best...
Butang merah paling kanannnnnnnnn...


anda mampu mengubahnya....
koh koh koh



02 February, 2015

rumput mahal katanya...




Zaman sekolah dulu, sekolah korang ada scene cari Jarum Emas? Ada? Bebudak sekolah ramai-ramai berkumpul kat padang cari rumput lejen ni. Sekolah aku ada, sebab tu sampai sekarang, aku masih tak tahu apa kegunaan daun ni. Koh koh koh ~

19 May, 2014

Rileks, benda boleh settle

Awkwardnya nak update blog setelah sekian lama rehat...
hai korang, masih sudi jenguk Lanun Ranggi?
koh koh koh...

Setelah seminggu aku usik-usik kat Instagram dan Twitter, hari ni aku nak kabo ke korang, ini ialah projek jahat yang aku dan dua komik blogger yang lain usahakan. Ini juga alasan aku kenapa dah lama tak update blog. (koff..)
 Boleh korang teka siapa mereka?



Korang pernah beli buku Lanun Ranggi The Book? Apakata kali ni korang layan tiga blogger sekaligus dalam satu buku. Ini dinamakan 3 dalam 1. Apa? Korang ingat kopi jer ada 3 dalam 1?
Ya, buku kolaboret bertajuk

Kami!

Hasil subahat antara Aku, dan blogger ohsem Nazha Anua dan cEro. Projek gelap yang bermula hujung tahun lepas akhirnya berjaya kami settlekan tanpa penumpahan darah. Seronok buat buku kolaborasi secara underground ni. Tiada kekangan langsung. Idea pon boleh berenang gaya bebas keluar dari otak kitorang. Dan boleh gak mengulo tak menepati deadline. koh koh koh...
so...
Apa ada dengan buku Kami?


nah ..sneak peek!



1. Tiga blogger, tiga kepala, tiga tunas idea, tiga kali ganda fun fair dan fun fries
2. Semua isi padat dan fresh dari ladang. Tiada di dalam blog Lanun Ranggi, Kartunster mahupun Null & Alternate si cEro.
3. 126 mukasurat tak termasuk kulit dan setiap mukasurat berlukisan. Ok, page pengenalan takde lukisan, aku tipu. koh koh koh..
4. Cover berlaminate, berkilat, melekat. Perfect binding.
5. RM25. Macam biasa, posmen bayo sendiri duit minyak moto dia.

So, dengan ini aku ...errr... kami lancarkan Buku Kami!
Pelik plak bunyi dia... koh koh koh..

Jikalau korang berminiat... amboi, berminiat tu. Dua dalam satu berniat dan berminat...
kalau korang berminiat nak beli ... sila hantokan butir-butir berikut:




Oret. itu saja. Stok sedia ada adalah terhad. 
Siapa cepat, dia dapat
siapa lambat, nasiblahh...
Macam tagline buku Kami!
rileks, benda boleh settle
koh koh koh... 


Trivia: Tahukah korang, ketiga-tiga penulis buku KAMI tak pernah bersua muka walaupun sekali.

Note: Buku ini telah habis dijual. 
Harap maaf kalau anda tidak berkesempatan memilikinya.

13 November, 2013

Lanun Ranggi The Book

Ekhem.
Sebelum nie aku ada kabo projek underground aku yang aku dok bizi tue. Ada yang teka aku nak kawen laa, nak pinang anak dara orang laa... sob sob sob (...check wallet penuh habuk...) Haaa.. so Alhamdulillah, hari nie aku nak kabo ler nie apa sebenonya projek aku tue.

Tadaaaa!!!


Aku tak leh berhenti sengih bila dapat pegang buku nie. Almaklumlah, dari A sampai Z aku buat kecuali P iaitu printing (printing hanto kedai ler), mau taknye kan kan kan... kakakaka.. Aku banyak bagi hint kat Twitter, Facebook Page dan Instagram. Kengkawan dok teka aku buat zine, komik, frame gambo (epik!), rak pinggan (super epik!!) dan paling malang, diorang kata aku buat buku hentai ( si Heroic Zero punya fitnah ). 




Nope.
Ia adalah Lanun Ranggi The Book, projek buku indie aku yang pertama. Dah nama pun Lanun Ranggi, konsep dia sama macam bloglah. Ada rapuan dan lukisan. Haaa gitu.


So, apa ciri-ciri penting pada buku ini?

1. Korang perlu tahu, buku ini mengandungi kompilasi entri blog yang pernah terbit dan diolah untuk buku dan juga yang tak pernah terbit di dalam blog, khas untuk pembeli buku sahaja.
2. 102 mukasurat laminated full colour cover dengan Perfect Binding bersaiz 15cm x 21cm
3. Sesuai dibaca ketika di dalam kelas, di dalam bilik kuliah, di dalam kereta, di dalam bas, hatta di dalam jamban sekali pun. Jangan baca semasa memandu. Sebarang akibat gua tidak akan bertanggungjawab.
4. Stok cetakan pertama adalah sangat terhad. Sebab Lanun miskin tak boleh print banyak-banyak, huhuhu. Ini kira test market. Lepas tue kalau ada lagi yang sudi nak beli, kena buat pre-order lah. Maaf, maaf, maaf.
5. Harga RM25 sahaja, minyak motor posmen bior diorang isi sendiri. 
6. Tak dak juai kat mana-mana kedai buku. Kat blog Lanun Ranggi saja.
7. Tak kalis air, peluh, api dan cinta. 
8. Buatan Malaysia. Halal. Baca tanpa was was.


Bagi yang berminat nak beli boleh hantarkan butir-butir berikut ke aujinz25@gmail.com dengan title BukuLanunRanggi;

1. Nama penuh:
2. Alamat penghantaran:
3. email:
4. No telefon:

Ada rekues lain, kabo dalam email.
Langkah seterusnya aku akan kabo melalui email. So, apa tunggu lagi?


P tendang S: Buku nie memang aku sorang jer yang usahakan dari cover sampailah ke huruf sebijik-sebijik, so mesti banyak kekurangannya. Tapi korang boleh bagi pendapat / kritik / kutuk / share / review untuk aku improve di masa hadapan.



Selamat melanun. koh koh koh

Review dari blogger:

BiskotCikot  http://beescolor.blogspot.com/2013/11/kapcai-si-lanun-ranggi.html
Terkini!! 28 November 2013

P tendang S lagi sekali: Stok buku baru kini sudah ready. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku Lanun Ranggi, bolehlah order melalui cara seperti di atas. Hue hue hue.