12 December, 2021

Sabar jer lah...

 


Alhamdulillah, dah beberapa minggu lepas PKP 2.0, ramai yang berpusu-pusu balik ke kampung. Dulu ada yang berkobar-kobar lepas PKP nak merentas negeri nak balik jenguk family di kampung. 

Bila dah takde PKP, ada yang pergi bercuti dulu. Simpang ke kampung dia pun, dia lajak jer buat buat tak nampak. Makcik Kiah Propa, jiran dia punya jiran yang duduk rumah sebelah rumah mak dia, dok lambai tepi jalan sambil bawak petai lima ikat pun, dia buat dokno jer...

petai mahal la ni... eh, tiberr..

Apa apa pun, jagalah SOP. Ni dah 2 tahun tak beraya kat kampung ni, korang jangan sampai tahun depan beraya terkurung lagi. Abang dah penat beraya makan biskut cicah kopi O jer...



23 January, 2021

Salam PKP 2.0 Padan Muka kakaka...

Semenjak PKP, kaum lelaki dah pandai kan buat benda yang diorang tak pernah buat... kekeke

 

Salam PKP 2.0. Aku dah start Tido Kerja dari Rumah. Apa, korang ingat Jaga takleh kerja dari rumah?

kakakaka... masa aku start WFH, rasa macam bangang dan noob gak ahh.. lama lama dah terer, sambil baca email, aku potong bawang ngan ikan bilis buat cekodok, masa webinar, mata hadap laptop tapi tangan dok kacau tepung nak buat lempeng... fuh, multi purpose woi..

Last-last sampai bosan, berderet2 aku order barang kat Shopee. Sampai wallet dari gemuk jadi kurus, aku gak yang dari kurus makin gemuk. Brader J&T menyumpah asyik kena panjat tangga, last-last depa suruh aku turun ambik sendiri. kakakaka..

Aku harap PKP 2.0 ni tak lama, walaupun ada kabo ngatekan PKP sekurang-kurangnya 6 minggu.. Aishh... gemuklah aku lagu ni.. hahahaha.. nak panjat bukit.. rinduuu

19 May, 2020

Rutin Harian di Musim Covid 19

Assalamualaikum semua...

Sihat ke? Jangan nak merayau sangat musim-musim Kobid ni. Walaupun kerajaan bagi longgar PKP, tak bermakna korang leh londehkan terus suka suki jenjalan sana sini macam takde esok hari. Koh koh koh...

Aku lak macam biasa. Start dari awal PKP, aku tetap kerja beb. Mengharungi sekatan jalan raya yang banyak dugaan seperti cinta kita yang penuh ranjau dan duri. Chewah.

Masa PKP sebelum PKPB, ada pro and cons lah. Pronya, jalan lengang gila baq hanggg... Sangat best. Lancarrr jer gi keje. Yang tak bestnya, kat opis aku kesepian, tiada berteman, hidup keseorangannnn... Sebab yg lain semua tido from home work from home.

Ahh, bagi rujukan korang yg datang dari masa depan, PKP tu Perintah Kawalan Pergerakan. PKPB tu pulak, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Ada satu lagi, PKPD, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat. Yang ini paling brutal. Syukur tempat aku takde kena PKPD.

Berbalik kepada royanan aku tadi, memula best, lama lama rindu ngan member2 opis. Mesin potostet aku buat scan2, kertas A4 aku lipat lipat buat kapal terbang, siap berlagak jadi boss bila duduk kat meja boss, kaki atas meja beb.

"Hah, kau, apesal lambat? Dah pukul berapa ni Nak keje ke tak nak keje?"

"Suraya, I nak report ni siap sebelum lunch"

"Suzie, bawakan file projek kita yang bernilai 16 belas trillion ringgit tu? Ya, projek dengan Tan Sri Ahmad Zulfaelei Ivankhamonaov tu... Cepat sikit!"

"Suzie, batalkan semua appointment I hari ni.... Apa? Hari ni takde appointment? You tulis apa apa appointment, lepas tu you batalkan! Itu pun I nak ajar?" 

Gila bosan beb, nasib baik aku tak potostet muka sendiri banyak2 tampal kat dinding. Itu pun ada tergerak gak nak buat.. nasib baiklah mesin potostet tu nak guna kena scan ID sendiri, kantoi lak kang.. koh koh koh

Ahhh, rindu pagi yg aman seperti ni...