06 June, 2009

Bila sesuatu...

Sesuatu yang indah berlaku lewat dalam hidup aku. Tapi aku pasrah. Aku hanya manusia biasa. Bila rasa terasing..aku memandangNya..Bila tertekan..aku mengadu denganNya.

Aku tahu aku manusia biasa. Aku akan menyayangi semua di sekelilingku. Tapi aku tak akan memintanya kembali...kenapa?.. Biarlah aku simpannya sampai mati.

Aku tak mahu melukakan hati sesiapa. Sekiranya ada, ku pohonkan kemaafan. Hidupku hanya sementara. Menumpang di dunia. Aku takkan mampu menggembirakan semua.Aku cuma ingin menumpang tawa para kawan, berkongsi cerita dengan teman dan menumpang gembira para sahabat..ingin menghargai sebuah senyuman. Ia indah. Menenangkan.

Hanya Dia yang tahu..apa yang tersurat dan tersirat di hati. Aku biarkan ia begitu...lebih baik begitu...dari melukai orang lain.

Aku tak bisu.. Hatiku berkata kata
Aku tak buta.. Ku nampak keindahan kasih sayang yang tiba
Aku tak tuli.. suara yang berbisik Ku dengari


Hanya cuma...aku tak mahu dan tak ingin melukai.

3 comments:

  1. aduyai.... aku cam agak terharu sket membaca post ngko yg nie.. :-s

    ReplyDelete
  2. uiks..sedey nmpak?erm..kdg2..heart feeling kite sendiri kite x mengerti ..sabo yer aujinz...

    ReplyDelete
  3. errmmm... bila duduk termenung sorang sorang..terasa diri nie kecikkk sangat...

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD