Bila dekat musim perayaan, benda yang sama gak jadi. Sayur naik harga, tepung hilang dari rak, gula kena sembunyi. Orang Malaysia nie apehal..menyampah sungguh aku.
Aku bukanlah pengguna gula tegar. Aku tak kisah pun, sebab aku jarang beli gula. Kalau bancuh air aku selalu guna susu. Sebulan boleh kira berapa kali aku cedok gula buat air. Selalunya malam jerk, bila aku bancuh air kopi O. huhuhu..tapi bila saudara mara datang rumah, ada yang tak minum susu. Lebih prefer 'O' jer. So guna lah juga gula.
Aku ke kedai waktu pagi. Gula takde di rak. Bila aku pergi petang pulak, sama gak. Bila di tanya " Alaaa..Bang, baru jer abis".. apehal. Pagi tadi takde, petang dah habis. hampes.
Kata kerajaan, gula cukup, kata penjual, gula takde stok, kata suratkabo, pembeli suka simpan gula. Aku ke supermarket, ada laa diorang bawa paket gula seorang dua paket. huhuhu.. satu famili di hadkan dua kg gula sahaja. so, nak untung, satu keluarga bawak ahli keluarga seramai mungkin dan beli gula berasingan. Bagus bagus bagus. Huhuhuhu.
Kepada penjual, ikhlaslah meniaga, kepada pemborong, jangan fikir untung jer, kepada pengguna, korang ada kuasa..gunakanlah. Aku sorang tak beli gula tak jadi ape. Cuba ramai ramai kita boikot beli gula. Tengok sape yang ternganga.
Masalahnya, orang Malaysia nie suka gula. Macam semut. Sebab tue laaa agaknya kadar penghidap diabetis di Malaysia nie antara yang paling ramai. err.. betul ker pendapat aku..hahahahhaa...betullah kot. Kalau tak, kenapa sambal Nasi Lemak aku masa berbuka semalam manis. Diorang letak gula ke ape..?
test test test
ReplyDeletehuhuhu.. tapi kalau nak masak sambal n.lemak memang kena taruk gula gak... :D cuma takder la tahap tekedut :))
ReplyDeletehahahahhaha.... betul betul betul... ekekekke...
ReplyDelete