09 February, 2010

for Megi with Love..

Masa : zaman sekolah rendah dulu...
Tempat : Kampung aku tempat aku buat onar..

Lepas balik sekolah Agama sebelah petang, Cik suruh aku beli Megi perisa Ayam ngan telur ayam. Arahan Diktator Sadis mane leh lawan. Walopon dier ade moto, dier tetap suruh aku yang menggunakan kederat mengayuh basikal. Ini di namakan penderaan..tapi masa tue aku tak tau nombor Jabatan kebajikan masyarakat nak buat aduan..no insuran aku pun aku tak tau...

Dengan separuh hati, aku mengayuh basikal ke Pekan Gersik sambil layan angin. Walopon pekan kecik, aku ade tulis manifesto masa dalam kelas, sekiranya aku jadi YB mukim tue, aku nak buat disko kat Pekan Gersik. Tapi belum sempat siap manifesto tue, cikgu Azmi suruh aku baca sifir sembilan. Dah la kantoi sifir sembilan, pas tue kena denda lari pusing padang lapan belas kali.

Lepas kena denda, aku lupakan niat nak buat disko. Aku nak buat stadium bertaraf olimpik sebab aku pancit bila kena denda pusing padang. Ade stadium boleh aku eksesais sambill cuci mata tengok awek lari berpeluh peluh ketiak..

Sampai di Gersik, aku singgah dulu kedai Ah Lek, aku terus ke rak Tora ngan Ding Dang. Nak gak tau ape perkembangan kotak tak mendatangkan faedah tue. Kat TV, Mat sentul dah promot Bola Apung. sebelum nie punya Tora ade permainan Haiwan Kembang...getah bentuk haiwan, rendam dalam air kembang kembung jadinya. Tak best. Lepas kembang, dah tak tau nak buat ape. Aku baling jer bawah katil.

"Ah Lek, ini Tora baru ka?"
soal aku.

"Baru punye laa.." jawab Ah Lek acuh tak acuh. Cipan Ah Lek. Kerek tul ngan aku. Aku curik tembikai dia kang baru tau..

Bila dengar baru, aku dah tak tentu arah. Duit tak ade. Diktator Sadis cuma bagi aku dua hingget setengah suruh beli tiga bungkus megi ngan telur lima bijik.

"Ahhh..guna dulu laa.nanti aku mintak ngan atuk duit ganti."
otak aku yang bergeliga memberi idea.

Aku beli Tora sekotak. Seringgit duit megi berpindah tangan kepada Ah Lek. Aku bukak kotak Tora, aku campakkan biskut coklat dan selongkar permainan.

Cipan! Haiwan kembang lagi. Bentuk Buaya plak tu. Ah Lek tipu aku!

"Ah lek, ini Tora lama laaa.." aku mengomplen pada Ah Lek.
"Haiyyaaa.. itu Tola lama ngan balu skali camput maa.."

Dengan perasaan berbuku di hati, aku blah dari kedai Ah Lek. Aku campak Haiwan Kembang dalam bekas air oren yang dia jual masa dier sibuk mengalihkan tembikai. Padan muka ko Ah Lek. Tunggu buaya  tue kembang, sebijik macam cicak jatuh dari siling...gelak evil.

Aku terus ke kedai Cheng Kok beli megi lepas tue terus kayuh basikal lelaju balik rumah. Diktator Sadis dah berdiri cekak pinggang depan pintu.

"Ko beli megi ke, buat megi?" soalnya dalam volume tahap desibel maksimum.

Aku sengih sengih.

"Mane lagi sebungkus?"
"duit tue Along dah beli tembikai ngan air tadi. Penat!" tipu sunat. Kalau tak karang, mau terkeluar Modula oblogata aku dengar bebelan bersulamkan makiannya.

"Telur mane?"
"Alaaaaa..."
aku capai basikal menuju ke Pekan Gersik. Aku lupa beli telur. Lepas tue aku kayuh basikal lelaju lagi balik ke rumah. Mencungap aku bila sampai depan rumah. Takpe, nanti megi Cik dah masak, aku leh pau sikit.

***

Buat kali ketiga, aku terpaksa mengayuh basikal lagi menuju ke Pekan Gersik ke kedai Cheng Kok.
Dalam hati aku menyumpah berbakul bakul.
Ya...ini semua salah Ah Lek..ngan permainan Haiwan Kembang Toranya...


..sampai aku tak perasan aku beli Megi Perisa Itik!

..dan lepas tu aku tertidur pulas kerana kepenatan semasa Diktator Sadis sedap sedap menghirup kuah Megi perisa Kari dengan beraksesorikan lima bijik telur goyang..




8 comments:

  1. hahaha sedap tak perisa itik tue:-?

    ReplyDelete
  2. sian ko bro...tape ape leh buat kan. zaman tu ko lanun yang lom otai lagi...kene la ikut arahan ye x?

    ReplyDelete
  3. hahaha...ada ka nak buat stadium bertaraf olimpik supaya boleh xcercise sambil cuci mata tengok awek lari berpeluh peluh ketiak.. haha

    ReplyDelete
  4. aboi. ade laa. try laa. mcm sup gak.
    hehhe~

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD