18 March, 2010

..Pengaruh buku cerita kepada kanak kanak hingusan...

Masa kecik kecik dulu, banyak buku yang  mempengaruhi kehidupan kanak kanak yang sedang membesar. Dan kadang kala ia agak tak sesuai untuk kanak kanak yang masih lagi belum pandai mengesat hingus meleleh di hidung.

contohnya..

Ada bab dalam buku Awang Selamat Menabur Bakti karya Rejab F.I yang mengisahkan Awang selamat menghadiahkan Buah Jambu kepada Tok Guru yang mengajarnya mengaji. Dan oleh kerana dia rasa rendah diri, dia takleh sebut Bismillah dengan betul kecuali perkataan Bismillah..buah jambu.

Tapi oleh kerana dia ikhlas akhirnya dia berjaya menghidupkan kembali seekor gajah mati dengan izin Allah siap dapat gading dan dalam gading tue ada Puteri Gading Gajah.

Aku try laa buat gak kot kot dapat Puteri cun free. Aku cekau Buah Jambu Atok Busu, aku bagi kat Mak Long Ilah yang mengajar aku mengaji. Dia pelik tengok aku bagi buah jambu, tapi dia tak tanya apa apa. Aku buat buat baca Bismillah macam Awang Selamat.

"Bismillah.. buah jambu!"
"Ei.. baca betul betul!"

"Bismillah..buah jambu!"
"Jangan mengada ngada. Baca betul betul!" Mak Long Ilah sound aku lagi.

"Bismillah..buah jambu!"

Zasssss...
Rotan halus yang Mak Long Ilah guna untuk mengajar bebudak mengaji hinggap di pehaku tanpa warning.

balik rumah...
Zassss..
Bulu ayam Diktator Sadis hinggap di bontot mongelku sebab Tok Busu mengadu aku sakau buah jambu dia yang dah sedia nak jual.

***
Semasa kelas Alam dan Manusia Cikgu Rugayah menunjukkan gambar binatang binatang liar ketika beliau melawat Taman Negara. Aku sibuk bertekak dengan cikgu Rugayah secara terperinci binatang di dalam gambar tersebut di panggil Babun dan yang rupa buaya tersebut ialah Komodo Dragon hasil dari bacaan kisah Pengembaraan Hal dan Roger Hunt.

Last last, aku terpaksa berdiri di belakang kelas sebab mengganggu pelajaran pelajar lain kata cikgu Rugayah.

Selepas aku masuk Sekolah Menengah baru aku tahu binatang tersebut di panggil Siamang dan yang rupa ala ala buaya tersebut di panggil Meriang aka Biawak Air. Penterjemah buku tersebut tak penah tengok biawak air ker? Hampeh betul..

***
Betapa gigihnya aku menanam tujuh biji kacang hijau supaya boleh tumbuh pokok kacang gergasi sampai ke langit selepas aku baca kisah Jack and The Beanstalk. Dua hari kemudian, tumbuh tujuh pokok taugeh setinggi dua inci. Lima hari kemudian pokok tue mati dan masih menten dua inci. Macam harammmm.. bumbung reban ayam pun tak lepas.

***

Aku pernah di panggil mengadap Guru Besar sebab bimbang aku terpengaruh dengan anasir anasir yang tidak sihat selepas membaca karangan aku bertajuk Cita Cita Saya.

Sebabnya aku menulis cita cita aku bila beso nanti ingin menjadi seorang bomoh yang berjaya. Juga menulis tentang Ilmu Papan Sekeping dan Santau Angin. Owh..juga penggunaan perkataan Berkongsi Hidup, Senggama dan Anu, pada ayat yang kurang sesuai..err..atau..karangan yang kurang sesuai.

Betul..sebab aku suka baca buku Tamar Jalis..Siri Bercakap dengan Jin.

***

27 comments:

  1. >>____<<


    hahhahahahhahaha
    gilerr cerdik n lucah lu dedulu kala!
    wa tabikkk ~~~

    jadi bomoh berjaya cam mona fendi ko x citer?
    ngahahhahahahaha

    ReplyDelete
  2. ske baca snow white
    sampai satu hari aku nak cari sesapa
    yg tgh tidoo n kiss!!!
    wakakkakakaka ~~

    ReplyDelete
  3. erkk~ nk jadi bomoh yang berjaya? :-ss
    kalo jd bomoh yang berjaya bule pakai caldina x? :-??

    ssapa yg ada anak n akan ada anak, sila tapis segala bahan bacaan mereka.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. yg kau bantai baca buku tamar jalis masa kau kanak2 tu pesal..??

    **psst : aku penah jumpe tamar jalis. dia pakai hp samsung lipat!**

    ReplyDelete
  5. Peh.. SBDJ.. gila kau memang genius.. aku x pernah habis 1 buku.. sbb.. belum habis aku bace, mak aku dah baling ke tanah.
    **haha.. adakah mak aku sama ngan ditaktor sadis??**

    ReplyDelete
  6. frodo:

    aku mase tue suci murni lagi..takde niat ape ape..

    ReplyDelete
  7. Frodo:

    wah..pestime ko first..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Frodo lagi:

    ko berjaya cium tak???..

    ReplyDelete
  9. cik Dyas:

    boleh jer...bomoh sekarang dah moden..

    ReplyDelete
  10. Nini:

    aku suke..sebab cerita dier best...dan menarik

    ReplyDelete
  11. Nini:

    dah pernah jumpe???.. wow..kalau ko jumpe dier lagi..aku nak kimsalam..aku mmg minat kipas susah mati dier... huhuhu

    ReplyDelete
  12. Ju@Lucky^Mummy:

    tak lah sampai tahap genius..tapi aku tumpang baca buku yang Diktator Sadis beli..

    dari buku hitam sampailah ke buku cover putih.. memang best..

    ReplyDelete
  13. haha.,
    mmg budak2 akan terpengaruh jgk wlwpon sikit,.

    cikti kecik2 suka baca crita 7 penyiasat,3 penyiasat,
    smpai cita2 nk jadi penyiasat

    ReplyDelete
  14. cikTi:

    sekarang nie..baca buku tu lagi tak???..

    penah gak baca buku penyiasat tue.. huhuhu

    ReplyDelete
  15. gelak guling2 bawah meja =))=))

    ReplyDelete
  16. haha.semua tu akak baca time kecik2 dulu tp takla terpengaruh mcm aujinz..keh keh..hampeh ko!

    ReplyDelete
  17. aku dah link blog aku n ko~
    ni blog baru aku

    ReplyDelete
  18. bullet lambat...baru masuk keje...hahhaha...dulu bullet bace buku hardi boys dengan harapan nak jadik cam dorang...tapi baru kene sergah ngan ayam dah mencecet lari satu kampung...so kire cancel la...

    ReplyDelete
  19. abes tuh masih bercita cita mo jd bomoh lg ke? :-?

    ReplyDelete
  20. Kniedaz:

    akak kuat iman.. saya suka cuba ape yang saya baca.. (-_-)

    ReplyDelete
  21. aduyai...ko ni LAnun mmg senang terpengaruh ek.. spikan cita2 ko pun mgarut..hehehe

    ReplyDelete
  22. Sue:

    hidup mesti terus.....
    [ade kene mengene ker?]

    hohoho..

    ReplyDelete
  23. Bullet:

    ape daaaa..dengan ayam pun ko mencicet lari ker..hua hua hua..

    ReplyDelete
  24. yang last tu mmg rare.. tapi aku sendiri mmg minat buku cite hantu. cuma aku tak terhad kpd tamar jalis je.. tok awang ngah pun aku suka

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD