25 September, 2009

Biar sampai akhir..

Kadang kadang bila aku telefon rumah, mak aku tak jawab telefon. Bila aku call henpon dier, dier cakap kat Giant, kat umah Ngah, kat Rawang, kat Tanjung Malim laa... haa.. itulah keje dier kalau ayah aku ada dan tak keje. Ayah aku kalau tak keje, dier mesti samada lepak umah atau pun berjalan jalan. Kalau dier berjalan, dier tak penah tinggalkan mak aku. Mesti dier bawak kemana saja..memancing kolam, pegi ambik air mineral, ke rumah saudara mara. Kalau aku ade, ngan-aku, adik adik aku skali dier usung naik van...http://emo.huhiho.com

Alhamdulillah. Aku ada ibu bapa yang penyayang. dulu mase kecik, ayah aku garang. Tapi Alhamdulillah..bila aku dah berdikari, aku nampak macam mane kasih sayang mereka pada aku dan adik adik. Lemah lembut, susah nak tolak permintaan orang. Perangai dia ada lekat sikit kat aku. Ayah sayangkan budak budak. Almaklumlah..dier takde anak pompuan. anak sepupu dier pun leh jadi anak angkat dia.

Berapa tahun? 30 ploh tahun kot mereka berkahwin. Aku tak pernah tengok mereka bertengkar. Setakat tinggi nada suara tegur salah tue biasa.

Mak aku pernah pesan, kalau berkahwin, memang banyak dugaan. Nak nak masa mula mula. Bercinta memang best. Semua nampak indah. Tapi nak tau best ke tak, tunggu lepas kahwin. Kalau nak kenal pasangan, tunggu lepas kahwin. Baru tau. Semua perangai yang tak nampak masa bercinta, akan keluar. Tak payah cerita laa nak berenang lautan api, nak panjat bukit tinggi. Kawen sok, ade anak, suruh dier basuh bontot anak.. sanggup ke tak..keeh keh keh.http://emo.huhiho.com

Ayah aku plak selalu berjenaka, "Masa bercinta pegang tangan
aaa tak lepas lepas...kentut pun wangi.. dah kawen sok..jangan harap,,,".. kah kah kah.. Yer lah Dad. Akan ku ingat pesan mu.

Tapi mak ngan ayah masih lagi cium pipi kalau ayah nak pergi keje. Walaupun depan orang lain. Buat ape nak malu kate ayah..bini sendiri...Mak aku plak, sebelum pegi mane mane, mesti call ayah bitau dan mintak izin.

Aku ngan adik aku yang bongsu pun same gak. walopon dier dah beso panjang..sebelum aku balik.dier mesti salam dan cium pipi aku.. lelaki tue beb...hahahha..korang berani ker..keh keh keh. I love my Kenit. http://emo.huhiho.com..Itulah cara kami yang Ayah didik mase kecik. Keluarga kita tak besar..korang ingatlah diri masing masing. Pesan Ayah.

To my Ayah ngan Mak, semoga kalian begitu sampai akhir hayat, Insya Allah. You're the best. Aku harap aku jadi sehebat Ayah. Insya Allah.

4 comments:

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD