15 July, 2010

surat rasmi

Lanun Ranggi
Blog Merapu
Blogspot.com

-------------------------------------------------------

Pemandu Pemandu Berhemah
Teksi KLIA
Sepang, Selangor Darul Ehsan

Tuan;

Per
: Penggunaan Jalan KLIA-Nilai


Perkara di atas di rujuk adalah dengan segala hormatnya pihak saya ingin mengetengahkan isu isu yang berkaitan dengan konflik kepentingan dalam penggunaan jalanraya di sekitar Sepang KLIA dan Nilai oleh pihak saya dan juga pihak tuan.

2. Pihak tuan selalu memandu perlahan ketika orang lain sibuk bergegas untuk ke opis macam pihak tuan sahaja yang membayar cukai jalan. Jalan Nilai- KLIA ada dua lorong sahaja dan di harapkan pihak tuan berada di sebelah kiri jalan sekiranya tidak memandu laju.

3. Pihak tuan suka flick flick lampu apabila nak cepat macam jalan tue pihak tuan sahaja yang bayar cukai jalan. Di harap bersabar. Sekiranya pihak tuan tak hargai nyawa sendiri, hargailah nyawa pemandu lain yang ada keluarga dan anak bini.

4. Lampu isyarat di sediakan di persimpangan untuk kelancaran trafik. Pihak tuan suka potong line dan menyelit macam pihak tuan sahaja yang nak cepat. Perlu di ingatkan, sekiranya pihak tuan cuba menyelitkan kereta di hadapan kereta saya, saya tidak akan teragak agak untuk tidak memberikan laluan kepada pihak tuan. Ini di lakukan dengan memikirkan kepentingan mereka yang sabar menunggu giliran di belakang saya.

5. Lampu berwarna kuning di bahagian hadapan dan belakang kereta tuan tuan adalah lampu isyarat untuk membelok. Bukan untuk hiasan. Sila gunakan dengan sebaiknya. Untuk makluman, lampu tersebut juga di gunakan semasa kecemasan.

6. Lampu isyarat di hadapan Litar F1 tidak rosak dan masih berfungsi dengan baik. Pihak tuan di ingatkan untuk berhenti apabila lampu merah menyala. Dan pihak tuan seharusnya mengetahui yang saya akan ketawa berdekah dekah apabila pihak tuan di tahan oleh kereta peronda polis 2km di hadapan kerana kesalahan melanggar lampu merah.

Semoga segala isu yang di utarakan mendapat perhatian pihak tuan untuk kesenangan bersama.

Sekian. Terima Kasih.


Pecah kaca pecah gelas


Saya yang kacak
Lanun Ranggi


p/s: schedule entry. Dah kepam dalam draf.

26 comments:

  1. gua copy.. nanti gua print n hantar dekat kementerian pertahanan malaysia.... ok?

    ReplyDelete
  2. weeeee

    potong line

    kekkekek

    berapa lama peram ni.

    ReplyDelete
  3. hahahaha...pemandu teksi ni mmg ramai yg xsue ikot peraturan..aku rasa nk maki je..tp xbrani.haha..

    ReplyDelete
  4. kekekeke!!
    bengong tol meke itu...
    hah... mksdnye mmg da lme ko nk pos surat ni kn2~ tp x kesampaian

    ReplyDelete
  5. kat mana2 pun ada spesis ni..meh bug surat tu dalam akhbar harian..mo tak?

    ReplyDelete
  6. next n3,kps aleen aiden yg wa dambakan-tajuk surat ang pasnih.
    miahaha! ;P

    ReplyDelete
  7. pelatt;

    kenape ke kementerian pertahanan.. hang salah saluran tue..

    ReplyDelete
  8. Fen:

    kepala lutut depa..
    gagagga...

    ReplyDelete
  9. xtionkamen:

    gagaggaga..lu sound jer..bukan diorang jer yang bayo road tax..

    Gua buat bodo jer kalau depa menyelit..

    ReplyDelete
  10. Kniedaz:

    ..kang naik plak trapik blog saya kang..

    ReplyDelete
  11. Aleen:

    Gue buat nanti, tapi ang kena jawab..tak jawab kalu..siapppp..



    gagaggaga

    ReplyDelete
  12. saya rasa elok dilaporkan kepada saudara karam singh walia supaya masalah ini dapat diselesaikan secara bidalan. kalau tak berjaya juga, barulah kita bedal !

    amacam, setuju ?

    ReplyDelete
  13. al-lavendari:

    hahahha.. saya setuju!

    ReplyDelete
  14. peram lama2...biar bau kepam..heh

    ReplyDelete
  15. dulu bace blog ko mcm apal scrip...now da pakai point form lak....da mcm zaman study elaborate fakta lak....

    ReplyDelete
  16. aku nak pinjam ko yea esey ni utk buat karangan surat rasmi. eh... ni surat rasmi or tak rasmi? :)

    ReplyDelete
  17. ko patot tambah

    "pihak tuan pegi mati lagi bagos dari menyusahkan orang lain"

    hahahaha

    ReplyDelete
  18. Erin:

    haaaaaahahahaha.. aku suka tukar tukar la nok!

    ReplyDelete
  19. maisyara:

    sila sila..
    ini surat rasmi..

    cuma format tak berapa nak betul..
    gagagagga..

    ReplyDelete
  20. DuniakuAbstrak :

    iyer tak yer gak kan..
    ..agak agak diorang bace ker atau terus campak dalam tong sampah surat tue?

    gagagagga..

    ReplyDelete
  21. faizal:

    sori tercicir lak komen ko..

    huhuhu..
    memang dah kepam pon..

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD