10 August, 2012

Aku Budak Kampung # 5 - Mini Caplong

Permainan zaman kekecik aku dulu yang last aku ceritakan ialah Caplong Cenerai. Caplong yang itu memang untuk hardcore dan outdoor munya tahap birat birat badan. Tapi versi mini pon ada yang di develope oleh bebudak yang kekurangan bahan hiburan seperti Famicom ataupun MicroGenius. Boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan.

Bahan bahan dia tak susah nak cari sebab selalunya ada dalam beg sekolah. Yang paling penting, ia murah. Kalau takde, kemahiran menyakau pen member pun selalu di praktikkan, cuma tak digalakkan kerana mungkin mencetuskan all out war. Korang cuma perlukan ball pen yang boleh di buka di kedua dua hujungnya. Jenama Papermate kalau tak silap aku.

 Bahan asas lain ialah lidi, getah dan kulit duku. Ini kelebihan duduk kampung sebab bekalan Duku boleh di dapati dengan mudah. Selain dari isinya mengenyangkan perut, kulit duku digunakan sebagai sumber peluru. Dan Duku juga di iktiraf oleh George Lucas sebagai benda yang merbahaya sehingga beliau menamakan salah satu Sith Lord Star Warsnya sebagai Count Dooku.

Okeyh, kelaot.
Takde kulit duku, korang still boleh guna kertas basah. Cuma takde ummmp jer laa..
 Ikatkan getah pada lidi sebagai penyendal supaya apabila peluru pertama dilepaskan, peluru kedua menggantikan tempat peluru pertama dengan jayanya. Jangan tanya aku macam mana nak ikat getah tue, aku seligi peparu korang kang..
 Haaa ini kelebihannya menggunakan pen jenis ini. Kedua dua hujungnya ada lebihan yang lebih kecik dari saiz batangnya.. koh koh koh.. ia memudahkan korang menekan batang pen ke kulit duku untuk menyiapkan peluru. Oleh itu, penggunaan kulit duku dapat di semaksimakan mungkin. Jimat jimat..membazir amalan syaitonnn...
 Bila peluru kedua dah sedia, mampatkan chamber mini caplong korang. Dan caplong korang sedia untuk beraksi. Sesuai digunakan di dalam kelas semasa cikgu tak mengajar, cikgu cuti atau cikgu tido. Nak cuba masa cikgu mengajar pun boleh kalau korang tak kisah retaliation dari cikgu korang dengan kejam. Koh koh koh..

Bunyi dia Pop! Pop! Pop! Kengkadang kalau salah setting karburetor dia bunyi Pek! Pek!
Kengkadang tak bunyi langsungggg...  tak inzal macam Caplong Cenerai.
Kalau kena kat kulit pon tak sakitt..
Tapi sakit hati kalau kena aim tak kira masa, dimana saja, bila bila jua... 
Rasa nak terajang..

69 comments:

  1. haram taktau ape kebenda nama benda ni.. yang tau tembak2.. hahaha.. memang heaven dulu main benda alah ni....


    bebudak sekarang mana nak rasa.. depa tau pesbok ja.. ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak sekarang kurang pendedahan dengan benda benda macam nie.. XD

      Delete
    2. hahha sama aku pon x tau nama tau main jek..selalu main kat sekolah agama belah petang..matlamat g sekolah sebab nak lawan tembak2..sampai koyak2 kain lari pusing sekolah ..bestnya rasa macam nak balik zaman kecik2 hidup susah tapi gembira

      Delete
  2. amenda tu.. tak tau plak pasal menda2 camni.. tapi kalo lelaki tau kot.. sbb dorang kan kaki mengusik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. ini permainan bebudak dulu dulu.. la nie budak budak dah tak tau buat.. XD

      Delete
  3. apsal aku lagi tua, tapi aku tak penah main benda ni...? padahal aku duduk kampung sg tua tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. kampung Sungai Tua dah dekat dengan bandar.. aku punya kampung, memang real kampung.. koh koh koh

      Delete
  4. Replies
    1. kentang pon boleyh, tapi aku tak suka guna kentang sebab dia lama lama jadi busukk..

      Delete
    2. boleh ke guna kentang..boleh la turunkan ilmu sniper ni kat anak..hahah tapi kentang mahal..

      Delete
  5. sangat ohsem!

    ini game bebudak nakal!! patutlah saye tidak tahu... sekian! (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.. mana ada, ini permainan budak budak dulu dulu.. XD

      Delete
  6. tak ingat samada pernah main ke tak benda alah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. laaa.. boleh plak macam tue... RAM kurang niee... koh koh koh

      Delete
  7. aku pernah main benda ni! jadi budak kg, tak pernah main benda ni terjun parit lah woi!! hahaah tapi tak tau pulak nama beliau is caplong.

    ReplyDelete
  8. caplong rupanya namamya..aku panggil tembak-tembak je... main sedap mulut je..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. koh koh koh.. kengkadang kawan kawan aku panggil senapang lantak jer..

      Delete
  9. oittt..mengajar eh..ahahaha...pantang betul org buat cmtu..terutama lelaki.ergghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. mana ada mengajar.. koh koh koh.. menyakat budak perempuan laa best.. koh koh koh

      Delete
  10. dahlah tak penah dengar

    tak penah tengok

    cer buat dalam bentuk vlog pulak pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha... kemain nak bervlog bagai.. XD.. Insya Allah kemudian.. XD

      Delete
  11. Pernah kene peluru ni ni dalam kelas budak laki main. Sakit rasa nak arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa.. tipu.. mana sakit.. kalau kena mata lain laa.. koh koh koh

      Delete
  12. Tak pernah dngr pun game ni. First time dgr. Hikhik

    ReplyDelete
  13. Kalau kena yg bunyi pop tuh memg sakit ah..!
    br taw nama dia caplong..selama ni taw men jek..hahaha.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. takkan main jer tak tau nama kan kan kan... koh koh koh

      Delete
  14. org kg saye pgl bedil..
    mase kecik2 mmg sllu maen..
    haha

    ReplyDelete
  15. aku main yg versi buluh tu je.. main perang dlm hutan. budak baik tak main dlm kelas. tak rosakkan alat tulis. wahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahha.. budak baik jer yang main dalam kelas.. koh koh koh

      Delete
  16. Replies
    1. tak cukup power nak buat artileri.. koh koh koh

      Delete
  17. kalau ada buah duku, memg aktif bt bnda alah ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaa.. haa.. tue laa pasal.. tapi kulit dokong pon boleh.. XD

      Delete
  18. Aku selaku abang besar kawasan Muar Johor selalu main benda ni..nak battle ke Ojinz..jom..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. ko MuO sebelah mana?.. kang langgo kawasan lak kang... kah kah kah

      Delete
    2. aku area bakri nak g yong peng..hehe..

      browser ko tak rosak, memang entri lama2 aku yang tak boleh bukak..crash kot..bengang siot aku..tau tak nak repair macam mana?

      Delete
    3. perghh... tension kalau aku ... aku tak pasti, tapi ko cuba Google kot kot ada cara nak repair..

      Delete
  19. nanti mesti ada yg buat tutorial ni nih...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang buat kot.. sebab bukan susah mana pon nak buat dia.. XD

      Delete
  20. Pergh!!
    Ni dah macam mini gun ni..
    Kalau guna bahan yg betul, dan tingkat firepower, boleh sakit ni..
    Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. kalau guna kulit duku tue memang power.. koh koh koh

      Delete
  21. Saya panggil LONTOP
    main masa sekolah agama..habis kaler coklat baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... ini kalau kawan kawan Jawa saya panggil Lontop .. dah lupa nama nie..koh koh koh

      Delete
    2. haah..aku pun panggil lontop jugak..

      Delete
  22. aku tak pernah main wehhhhhhhh!
    dan tak pernah pon kena tembak cenggitu..
    siannya aku!

    ReplyDelete
  23. aisehh pes time dengaq nie...sahih dolu2 aujinz la raja nya ekkk koh koh koh

    ReplyDelete
  24. wujud yer?? xtau pun...=.=

    tapi kan, kalau tanya budak2 hari ni lg dasat, xmain sume benda tuh.. dorg main ipad, iphone. cer ajar mainan atas ni.. kompem kena perli balik.huhuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wujud laa cik alieya... kalau tak, tak cerita kat sini.. koh koh koh

      Delete
  25. tension kalau kena..hahahhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kena laa tension.. yang mengenakan tue riang ria sungguh.. koh koh koh

      Delete
  26. Hehehe...xpenah men caplong nie...biasamen yg buluh ngn buat cenerai jew....abis purple bjuk...ekekeke...bdk bdk skank men paintball....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak sekarang semua nak main benda yang berbayar jer.. benda free takmo main.. hua hua hua..

      Delete
  27. tak pernah lagi tengok caplong spesis nih. boleh terai kat opismet yang suka tido kekeke

    ReplyDelete
  28. xpernah main benda alah nih...tpi zmn sy skolah dulu budak2 lelaki kelas sy guna straw je kot..peluru guna kacang hijau...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... yang straw tue kategori lain.. itu sumpit kacang hijau.. saya pun selalu main dulu.. XD

      Delete
    2. sama la sumpit kacang hijau pon selalu gak main..tapi peluru susah dapat..mak marah kacang hijau nak buat bubur kacang

      Delete
  29. aku tak pernah main pon natang ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. mungkin ia tak sepopular caplong original.. XD

      Delete
  30. tidak pulak ku ketahui ada mini caplong.. aku stendet men besaq2 ja

    ReplyDelete
  31. puas la i duk termenung pikir, n apsal macam terbayang2 kartun kat sini masa tngok inazuma eleven..hoho

    baru perasn chrcter kat sini mcm austin hobbes :)haha..

    *kantoi pulak tngok krtun..bhahahaha

    ReplyDelete
  32. haha..zaman sekolah dulu2 adalah sgt kreatif kan? semua benda dlm beg hatta penselbox fully utilize :p

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD