16 December, 2013

Shingeki No Aujinz.. eh... Kyojin

100 tahun yang lalu, kemunculan makhluk gergasi diberi nama Titan yang gemar melahap manusia telah menyebabkan spesis manusia hampir menghadapi kepupusan. Manusia yang terselamat telah membina dan berlindung di dalam negara yang dikelilingi tembok setinggi 50 meter yang diberi nama Tembok Maria, Tembok Ros dan Tembok Sina. Selama seratus tahun manusia terselamat dari ancaman Titan sehinggalah kemunculan dua Titan yang berjaya memecahkan Tembok Maria dan memulakan kemusnahan manusia sekali lagi.

Titan yang dikategorikan dalam beberapa kelas mula menyebabkan huru hara di dalam kawasan penempatan Tembok Maria. Ramai yang terkorban kerana kerakusan makhluk tersebut membaham manusia.



 Tentera tentera khas yang diwujudkan untuk menjaga keaman sejagat terpaksa berkerja keras untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia yang kini di ambang kepupusan sekali lagi.


Antara tentera khas tersebut, 
Legion Peninjau adalah yang paling terkenal dan dihormati kerana terlibat menentang Titan secara berterusan. Mereka hanya popular di mata rakyat biasa, tidak kepada pelatih pelatih baru. Anggota2 mereka menyertai pasukan tersebut secara sukarela dan mereka yang menyertainya tahu jangka hayat seorang anggota Legion Peninjau adalah singkat dan tidak menentu.


Koh koh koh.. itu adalah plot Manga/Anime Shingeki No Kyojin aka Attack On Titan. Aku mula sangkut dengan anime nie semenjak melihat ke hype an peminat anime tentang Attack On Titan yang aku tidak sedari kewujudannya. Bila aku mula mengikuti siri ini, aku terus terpaut dan tidak berpaling lagi. cewah..

Serius aku tak pernah tertarik dengan manganya sebelum ini walaupun pernah sekali menyingkap mangareader sebab stroke Hajime Isayama tak berapa kemas pada aku tak seperti Eichiro Oda. Tapi anime dia memang ohsemmmm.. cerita dia 100 kali lagi best daripada Gantz yang dulunya ohsem sekarang dah merapu hilang akal.

Ia adalah kisah persahabatan, konspirasi, misteri Titan yang tidak mereka fahami motif dan tujuan mereka membaham manusia, pengkhianatan, putus asa, semangat dan semua itu bercampur-campur menjadikan siri ini sangat best.

Seperti LightSaber yang sangat sinonim dengan Star Wars, siri ini punya identitinya sendiri;
3D Maneuver Gear (3DMG) yang membolehkan pemakainya bergerak secara 3 dimensi seperti Spiderman dan mempunyai kelebihan ketika menentang Titan yang boleh mencapai ketinggian 50 meter.

Cuma, walaupun aku tahu ia cuma kartun, aku masih terfikir bagaimana 3DMG berfungsi. Konsepnya mudah dalam komik tapi realitinya susah. koh koh koh...




Siapa follow siri nie? 
Kalau korang nak baca Manga dia, boleh ke Mangareader.
kalau nak tengok streaming anime dia sila ke AnimeUltima.net. Puas hati baq hanggg...

Sekain. 
eh.. sekian

P Tendang S:
Dah lama tak melukis komik. gian dowhh...
gila happy walaupun dapat lukis 4 panel jer..
koh koh koh

Owh, singgah Devianart dan Instagram aku kalau nak lihat yang berwarna punya.
Eh, bukan semualah tapinya... XD
koh koh koh

26 comments:

  1. Arghhhh aku suka gila shigeki no kyojin. Awesome! ! Jom cosplay.. tiba2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha.. jommm.. eh, tapi aku tengah collect costume Trafalgar Law dulu.. koh koh koh

      Delete
  2. hehh~ habislaa ~ sabtu ahad ni, attack on titan live kat Comic Fiesta.. =3= digimon pun ada juga. jemputla dtg XD

    ** DA id nama apa ?? aujinz juga ke =3= **

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade ker? ade ker? ade ker?... *mata bercahaya*

      Delete
  3. Ooo....xpernah tgk...errr....comel plak tgk mamat yg langgar tembok tu....ekekeke.....

    ReplyDelete
  4. x pena tngk.. tp tengok la kalau saya 'ter' tengok satu ari nnt...

    ReplyDelete
  5. huahaha aku dah lama abis layan anime nih~ XD
    aku bleh jd tertarik nk layan sbb banyak sgt fanart shingeki no kyojin kat DA, bertimbun2 fanart dia mendominasi ruang DA, pakat demam anime nih belaka, pakat berangan nak jd eren ngan mikasa, so aku pun checkidout la, mmg wahhh, best giler siot, mmg teliti la design 3DMG dia, mcm boleh buat bebetul gear tu, tp secara logicnya bleh pikir, nak mahir guna benda tu agak impossible tanpa cedera dan patah riuk dek belaga ngan dinding... hahaha~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. aku dok terfikir, macam mana dia aim, macam mana dia retract dia punya anchor tanpa besi anchor tue terpelanting ke muka, tertikam perut... kah kah kah.. payah oooo

      Delete
  6. LOL..hahaha. aku baru hbs lyn anime ni mgu lepas gara gara tiga minggu xde kls. anime dia gantungla. aku mc xdpt clue misteri dia. skg ni lyn pandora heart plak. anime dia pon sme gantung gak.menyampah aku, tpksa gak crik kt manga bru completed

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakakaka... anime Attack On Titan baru season pertama.. kat manga dia pon belom habis lagi.. tapi dah ada petunjuk asal usul Titan cuma tak tahu siapa dalang dia lagi.. hua hua hua

      Delete
  7. Shingeki no Kyojin menjadi anime kegemaran aku utk tahun 2013.
    Mula2, aku pun beranggapan sama macam kau ttg manga dia. Terlalu banyak stroke sampai kdg2 rasa serabut dan pening.
    tapi, bila aku baca manga spinoff Shingeki yg dilukis mangaka lain, aku perasan something...
    Lukisan stroke byk tu laa yg buatkan manga dia menjadi.
    Muka suspen, muka sakit, muka kena gigit titan, semuanya tak hidup tanpa stroke2 tu...

    Dan sekarang, aku adalah peminat no.1 manga Shingeki no Kyojin.
    Baca tiap2 minggu kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. samalah dengan aku pun.. cuma sekarang dia sangkut kat episod 52.. diorang kabo dia cuma publish sebulan sekali.. huhuhu

      Delete
  8. uh yeke..tak pernah layan lagi..

    boleh godek2 mangareader lepasni..3dmg tu macam kool je..hehehe

    ReplyDelete
  9. ace bagi id instegremnye nak pegi folo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. ahh.. follow jer PrinzAujinz.. koh koh koh

      Delete
  10. tak siap keje saya layan anime plus baca manga.. kang anak ke mana... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. sila dahulukan anak anak puan ya.. koh koh koh

      Delete
  11. Dah lama tak layan manga ni. Rasanya bertahun jugak lepas habis study dulu. Attack on Titan ni first saya tau masa layan 9gag baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo.. saya baru tahu semenjak dua menjak nie.. koh koh koh

      Delete
  12. aku tgk anime nih. mmg best, cuma starting anime dia agak slow.

    ReplyDelete
  13. baka aujinz..kekeke.. XP

    shingeki no kyojin meletop tetoppp..!! XP

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD