Hai, dah lama tak apdet blog aku pasal wayang kan. Mesti korang tertunggul tunggul aku apdet pasal wayang kan.
...................... ....... ...
(..krik krik krik krik....)
.......................... .............
Ok, aku terperasan lebih.... (^_^").
Minggu nie dari hari Khamis sampai hari Sabtu, tiga hari berturut turut aku gie tengok wayang. Dan dengan rendah hatinya aku mengaku, beli tiket wayang online amatlah mudah giler (T_T). Kenape laa aku tak buat dari dulu. Tak payah beratur tak payah terkejar kejar.
Khamis dok layan Hikayat Merong Mahawangsa, Jumaat malam layan World Invasion Battle LA, Sabtu dok Layan I Am Number 4. Tapi entri nie untuk HMM jerp.. yang lain tue, aku cerita lenkali laa yer..
Ok.. mula mula aku serender dulu. Aku tak pernah baca Hikayat Merong Mahawangsa. So, aku memang tak tau apa apa. Dulu cikgu aku bagi buku tue, tapi aku rasa buku tue jadik sarang lipas kot... (..krik krik krik..........)
Yang aku tak leh nak digest tengok citer nie, bila tengok si Merong boleh cakap Inggeris berabuk beb. Malu aii tau. Ai nak cakap Inggeris pun tersedak sedak woo..Ok ok.. si Merong banyak merantau dari pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Aku tak tau plak yang zaman dulu dulu bahasa Inggeris memang dah jadi Lingua Franca. Kerr.. masa belajo sejarah aku tido?? (...krikk krikkk krikkk..).
Ok laa.. citer nie menggunakan BI sebagai medium. Fight scene memang mantap aa..cuma bab masa Gerudan dok sibuk nak kerjakan Merong atas menara buluh, menara tue tumbang, Merong jatuh dan semua Gerudan mati.. ape ke hey?.. Apesal?.. kena hempap ngan menara buluh??
(krikk.. krikk... krikkk..)
Well, ia bukan filem Hollywood. Dah boleh lah sebagai filem tempatan. Cuma bila ia melibatkan tiga penjuru, Langkasuka, Rome dan China, ia jadi err.. biasa. Kalau cerita berkisar tentang Merong, aku rasa ia takkan jadi serabut. Apa pun, ia pandangan aku jer.
Aku tetap sokong filem tempatan. Serius. Cerita tempatan yang lari dari kebiasaan adalah best. No jiwang jiwang macam Sembulu.
Ok. Korang gie la tengok sendiri.
***
Ini plak Hikayat Lanun paling ranggi..
Tarikh tayangan belum ditetapkan lagi. Aku bajet boleh kutip 40 juta nie..
Ok.. da!













