23 March, 2009

Ahad 22 Mac 2009. Kerja kerja dan kerja. Tak habis habis kerja. Aku rase Bangla ngan Nepal pon tahu lepak kat Shopping Kompleks hari minggu macam nie. Tapi ape boleh buat. Aku seorang pekerja yang berkomitmen ( piiiirahhh). Kawan kawan aku selalu kata aku macam PM, bz memanjang. Kadang kadang aku tensen gak biler Si Man ( Mr. Aries) ajak aku turun tgk movie, aku sampai dah tak tau alasan apa lagi nak bagi.. hahahahahhaa...sori laa Man. Kalau ngan si Sarsa, lagi teruk aku kena kutuk...:P

Tapi kerana aku tahu, zaman gawat macam nie, tak leh nak komplen sangat. Adik bongsu aku pun tak keje dah skang nie sebab kemelesetan ekonomi. Angah dah keje tiga hari seminggu..Angah aku tak kisah sebab duit dier berkepuk ( Taik idung masin...:P ) dan dia kata dah start projek ikan keli dia. Yang aku kesian adik bongsu aku. Hrmmmm... may be aku pun kene pikirkan fail safe yang sesuai untuk zaman gawat nie.


Agak agak apa yang paling sesuai untuk aku buat sekiranya Failsafe aku terpaksa di jalankan. hrmmmm... ternak ayam atau puyuh, takut kena selesema burung, ternak ikan keli kena cari partner. Aku mana ada modal. Adik aku dah kongsi ngan kawan dia.. nak melukis komik, aku sibuk..melukis masa lapang jer.. itupun curi curi...errr...


Tak tau lah... harap harap kompeni aku boleh harung kemelesatan ekonomi ni. Tapi apa yang aku baca dari suratkhabar tak berapa menyenangkan jiwa.. tawakkal jer laa. Yang penting hidup mesti terussss.....


Larieyyyooo....