23 March, 2009


Korang dah tengok Dragonball evolution..:-? Kalau kau orang tengok apa pandangan korang..:-?..


Aku menyesal tengok
cerita nie.. Macam hampeh. sebagai pengikut manga Dragonball, aku amat amat amat menyampah ngan cerita Dragonball hollywood. Total wreck..

Goku di gambarkan sebagai seorang student yang suka menunjuk nunjuk. Son Goku dalam manga lebih down to earth. Dia cuma sukakan cabaran. Mungkin itulah agaknya Evolution yang di di gambarkan, tapi aku tetap tak suka dan aku kutuk filem ini..hahahaha... lantak lah..aku bayar nak tengok. Bukan free..

Aku rasa Goku sesuai di lakonkan oleh pelakon yang berwajah Asia, daripada Justin Chatwin yang harapkan muka aje hensem..tapi langsung tak menepati ciri ciri Goku.


Aku dengar semasa filem ini di buat, dah ramai yang berbunyi Justin Chatwin tak sesuai pegang watak Goku. So sekarang, aku memang setuju. Tak sesuai langsung. Aku kutuk Hollywood sebab dah rosakkan Dragonball.. sampai sekarang aku tak terasa nak ulang tengok dan DVD dia kluar sok, aku tak rasa macam aku nak beli...sori. Memang epic fail. Dengan jalan cerita yang kelam kabut..adehh... aku tengok separuh hati jer...hahahahaha
Kalau aku yang jadi watak utama pun takpa.... wakakakakakakaka... ada gaya tak......sudahlah... nanti korang kutuk aku kaw kaw plak..... ekekeke... total wreck..:P

Tunggu aku kuruskan badan, pas tue aku lak apply screentest untuk watak Goku...har har har...

0 Ngomelan:

Post a Comment

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD