03 April, 2009

Aku nak berkongsi hobi aku di sini. Salah satu hobi aku ialah melukis komik. Walaupun dah 20 tahun aku belajar melukis, aku masih lagi belum menjiwai sepenuhnya teknik melukis ( ceh ayattt...)
Ini ialah meja melukis aku. Serabut kan..:D.. tapi aku dah susun dah tue.. kira serabut laa sikit. Dulu lagi serabut. Sebab aku letak ape ape je pun atas meja tu..hatta radio aku sekali...:P. Semua keperluan aku untuk rujukan aku sumbatkan sekali kat situ...:P

Model kapal perang Bismarck sebagai inspirasi, penyembur Airwick untuk mewangikan bilik, komik-komik dan bermacam macam lagi lah. Semua jenis kertas A4 aku simpan dalam plastik drawer tue. Paling atas kertas paling tebal. Paling bawah kertas A4 Double A biasa untuk conteng conteng. Aku selalu guna kertas dari drawer tengah untuk melukis dan mewarna. Sebab tebal. Kertas paling tebal aku guna untuk buat model kertas.

Setiap kali aku nak pindahkan meja tu, aku mesti pening kepala...almaklumlah... nak kena alihkan semuanya...muahahahahhaa..

Set melukis aku. Sebahagian daripadanya. Macam kartunis professional. Tapi hampeh. Beli mahal mahal...tapi yang aku selalu guna ialah Pilot Drawing Pen yang berharga RM5.90 sebatang..hahahahha. Sebab lagi senang..tak payah nak bersih bersihkan. lepas guna, pasang balik penutupnya..:P

Kalau pen celup, aku nak kena bersihkan mata pen, nak kena rendam dalam air bagi semua dakwat hilang. Pas tue bungkus dalam bekas kedap udara, tak nak bagi berkarat. dah laa mata pen tue dua pcs harganya RM40. Mata pen sahaja!! Pen Nib katO orang putih. Itu dulu lah. sekarang aku tak tau dah berapa. dah lama dah aku tak beli...huhuhuhuhuhu..



Melukis bagi aku macam jugak kerje kerje lain. Aku tak leh nak rushing. Kadang kadang aku rushing, semua jahanam. dakwat tumpahlah, kertas koyak lah. Letih. So sekarang, kalau aku tak keje, aku melukis. Itupun banyak sangat dugaan nak kena hadapi. Aku suka tengok TV, Astro, menghadap PC.. kadang kadang godaan nak main PS2 amat kuat. Dah pegang pen, tiba tiba terasa nak tengok TV. Pun tak jadi jugak.



Salah satu peninggalan silam..lukisan aku masa di sekolah yang masih lagi terselamat. Yang lain semua hancur kena makan lipas. Yang ini jer tinggal. Aku lukis atas kertas B5. Sebagai sumber inspirasi bahawasanya, cita cita aku dulu nak menjadi seorang pelukis komik...aku tampal pada sudut meja lukis aku. Isk isk isk... sengal gila ahak ahak ahak...

Kalau lah aku ada masa macam dulu...komik aku tak laa terkandas macam nie punya lama....uhuk uhuk uhuk...

Tapi sekarang nie pun, kerja aku banyak di habiskan depan PC. Kadang kadang masa tak de keje tue, aku sapu laa kertas A4 opis untuk aku buat conteng conteng hilangkan gian...hahahahhaaha... aku kumpul kumpul dah boleh dapat satu ream. Bangkrap kompeni dikerjakan dek aku...hahahahahhaha...

Nanti aku post plak lakaran lakaran sengal aku semasa menyengal di opis. Aku taip panjang panjang..bukan korang rajin nak baca pun...:P

larieyyyooo...:D

1 comment:

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD