13 April, 2009

Path Of Malayundra sketching

Salam. Okeyhlah..seperti yang aku janjikan sebelum nie..aku nak load sketch aku bila menyengal di Office. Sori laa..kertas tue kotor sikit ..sebab aku pantang nampak kertas A4 putih melepak di atas meja..memang aku tonyoh dengan pensil.

Oleh kerana aku dah tulis balik skrip cerita aku, aku terpaksa laa melakarkan semula watak watak yang akan aku masukkan dalam cerita aku nanti.

Aku lakarkan semua watak dalam satu kertas. (aku tak suka membazir kertas..selagi ada ruang kosong..aku sumbatkan macam macam...:P..sebab tu korang tengok tunggang terbalik lukisan aku..hahahahhaha)

Yang aku ink kan tue adalah watak yang mungkin aku gunakan dalam hikayat aku nanti. Namanya aku rasa...aku akan putuskan nanti. Sebab oleh kerana ceritanya adalah berbeza ngan komik aku yang dulu..so aku rasa, nama pun aku kena tukar jugak.

Walaupun begitu, watak yang aku lakarkan tu masih lagi berkaitan dengan watak utama Malayundra yang dulu iaitu Jan Adi dan Van Haussen.

Aku inkkan menggunakan Pilot drawing pen dan Pilot Hi Tec C. Hi Tec C guna untuk menulis tetapi kerana ia menggunakan dakwat pigmen dan kalis air, aku guna jelah. Lagipun ia ada mata yang berbeza beza dari 0.25 hinggalah 3.0.

Kalau melakar, aku suka gunakan pensil yang sederhana. 2B paling sesuai tapi bergantung ngan pandangan masing masing laa.. tetapi oleh kerana pembuatan yang berbeza beza, kadang kadang pensil 2B berlainan leadnya. Paling best yang aku suka guna ialah Hi Art ataupun Stabilo exam Grade. Warnanya pekat dan tidak tinggalkan kesan kalau di padam Tetapi pemadam yang sesuai juga amat penting. Aku guna pemadam Faber Castell Dust Free. Lembut dan tak banyak habuk.

Melakar kena ada panduan jugak. Aku suka melakar ketika melihat orang. Buat lakaran kasar kemudian baru aku detailkan. Sebab itu kalau aku kemana mana, dalam pouch bag aku ada buku lakaran, pensil dan pembaris. Kalau korang tak percaya, selongkar la pouch bag aku hahahahha...

Okeyh dulu untuk setakat ini. nanti aku sambung lagi. Lepas nie ape pulak yer...hermm tunggu jer laaa..:P



Selamat Datang Ke Dunia Malayundra.....

2 comments:

  1. jangko..pandainya ekau....terkagum sebentar!!!!

    ReplyDelete
  2. aik..sebentar jerk...ekekekeke....:))
    maceh...:">

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD