Tempat : Kampung Sungai Senduk
Masa : sembilan blas taon yang lalu..
Osman budak bandar. Cuti sekolah dia lepak lepak kat kampung aku di rumah atok dia. Bila petang dia juin skali aku, Is, Ijan, Wan ngan Abang Black lepak lepak kat court depan umah Amat. Aku tak kisah, walopon dia budak bandar, dia tak sombong. Cuma kadang kadang dia agak lampi sikit dalam bab bab hal ehwal kampung nie. Itu yang kadang kadang aku suka buli dia. Bukan slalu dapat buli budak bandar.
Aku suka kalau dia balik kampung. Sebab dia bawak skali konsol game MicroGenius dia yang jarang jarang jumpa di pelusuk kampung aku. Tak pernah ada sebenonye. So tiap kali dia balik, aku sesekali akan mengendeng dia supaya onkan game tue. Dapat men sejam dua layan gak. Ada game Mario, katun bermisai yang terloncat loncat tumbuk batu bata kat atas kepala dia. Aku pelik, tak sakit ke tangan dia?..ada game donkey kong, tetris, jackal, contra, Double Dragon dan banyak lagi yang mampu leburkan masa aku dua tiga jam tanpa hasil.
Tapi aku cuma lepak umah atok dia bila atok dia takde kat umah. Atok dia yang kitorang panggil Atok Busu nie lain macam sikit cengeng. Muka brutal gila. Kalau dia jeling jer, gugur suma sifat kejantanan dan keheroan kami. Itu belum lagi dia tengking si Osman. Kalau dia tengking, kami yang takde kena mengena di luar rumah dia pun berterabur lari balik umah.
Satu hari Wan macam biasa ajak lepak di Panggung. Panggung yang di maksudkan di sini bukanlah Panggung Wayang ataupun pecah panggung tetapi merupakan sebuah teratak tepi sungai yang di gunakan sebagai tempat mandi dan membasuh pakaian. Walaupun kampung aku dah ada bekalan air paip sendiri, kadang kadang ada gak makcik makcik datang basuh baju di Panggung. Jimat air kata diorang. Aku tau bukan sebab nak jimat air, tapi lebih kepada nak bergossip sesama sendiri. Mengumpat la tue...Tapi Panggung tetap markas rasmi kitorang masa hujung minggu dan masa ponteng sekolah.
"Man, jom ke Panggung!" aku mengajak si Osman.
"Tak nak aa.. nanti atok aku maraah" Osman menjawab dengan muka serba salah.
"Alaa..atok ko ade ker?" soal aku lagi.
"Takde..dia pegi Bukit Kepong"
"Hah..tue. Aku tau..dia baghu pegi tadi kan" si Wan pulak meracun.
"Bukan atok ko tau pun...jom aaa.. agak agak sebelum dia balik..kita blah aaaa.." sekali lagi aku mencucuk jarum.
Osman menganguk kepala.
"Dah jom pegi!" ajak si Wan kepada Aku dan Osman.
Markas rasmi kami tak jauh mana. Lebih kurang dua minit berjalan dari rumah Atok Busu. Dekat sangat. Aku rasa kalau kitorang memekik pun, atok dia boleh dengar.Sebab itulah si Osman serba salah.
Sampai di markas kami, aku dan Wan terus masuk ke belukar. Salin seluar spare. Si Osman takde seluar spare. Dah tukar seluar tanpa berlengah lagi terus melompat ke dalam air. Air pasang memang peberet kitorang. Kalau air surut, nak mandi pun takde feel sebab air rendah. Kalau terjun dari panggung, konfem jejak lumpur. Aku lumpur-lumpur nie aku lemah sikit.
"Man, turun la cepat!" aku memanggil si Osman yang masih lagi berdiri di atas tingkat atas Panggung.
"Ko tau berenang tak?" soal si Wan plak.
"Tau laaa..." Osman menjawab dengan nada kerek.
" Hah..ape lagas... kecebor laaa!" racun aku lagi.
Wan dah berenang ke luar pagar panggung. Aku mengikut. Sungai yang aku mandi tu namanya Sungai Muar. Lebar dan dalam. Ada banyak space untuk kitorang mempraktikkan kuak kupu kupu, kuak lentang mahupun terjun tiruk. Ikan kat Sungai tu , macam macam ada. Macam Astro. Ikan Baung, Sepat, Patin sesat, Ikan Sengat, Panto.. Buaya pun ade. (Tapi skang nie, nak cari belacak pun susah. Ikan hardcore apetah lagi. ....)
Sambil berenang, aku memandang kepada Osman. Aik..dah takde? Dah terjun ker? Mata aku melingas mencari si Osman. Tiba tiba aku nampak tangan si Osman terkapai kapai di permukaan air.
"Cilake Man, jangan main main laa...haram lu!" aku mengomel sambil ketawa.
Si Man masih lagi terkapai kapai. Muka dia masih lagi di bawah air. Bila mukanya timbul, dah macam ikan tak cukup air. tercungap-cungap. Laaa.. lemas betol ke?
" Woi..Man lemas!" jerit Wan pada aku.
Dengan gaya seorang pendekar laut, tanpa berlengah aku terus berenang ke arah Man. Walaupun tak belajar teknik menyelamatkan orang lemas secara rasmi, aku tau teknik asas yang tak di praktikkan sangat oleh mana mana Baywatcher. Tarik rambut dia!!
Aku bawak Osman ke tangga panggung. Tercungap cungap dia ambik nafas.
"Ko nie pehal?" soal aku.
"Oii..." Wan menegur aku. Bila aku pandang dia yang kat luar pagar panggung, aku tengok dia memuncungkan mulut ke arah atas panggung. Aku pandang ke arah tebing...
Alamak! Atok Busu dengan muka brutal dia berdiri tanpa suara dengan senapang patah di tangan kanan sambil tangan kiri mencekak pinggang. Terpancar aura pembunuhan yang melitupi sekitar panggung dan kawasan sekeliling. Aku tak tunggu lama, terus terjun ke dalam air. Wan menyelam tahan nafas. Si Osman plak terketar ketar atas tangga.
******
Aku baru tahu yang Osman memang pandai berenang, tapi kat Kolumpo dia berenang dalam kolam komuniti sekali masuk bayo singgit. Adohaiii... sungai ngan kolam komuniti bayo singgit mane same!!
Atas kesalahan melanggar undang undang parol agar tidak menghampiri sungai, Osman di jatuhkan hukuman maksima mandatori oleh Atok Busu. Dah la hampir lemas, kena libas plak ngan tali pinggang polis, dia di ikat seharian di perdu pokok manggis dan tambahan bonus sarang kerengga dan semut api. Kesian Osman...I'm sorry Man...
Dan sejak itulah jugak, aku kempunan nak main game Mario menggunakan konsol MicroGenius dia. Atok dia dah kunci pagar umah bila keluar. Aku hero gak, tapi tak sampai hati nak panjat pago umah dia. Ada dawai duri tuuuuu...
bes dpt bace novel pree...wat arr lagik..tehee...
ReplyDeleteyanie : memang nak suruh bace pon...khoh khoh khoh
ReplyDelete