13 October, 2009

Mat Rempit Wannabe..

Tempat: Kampung Sungai Senduk
Masa: 20 tahun yang lalu..

Semasa lepak di Panggung, Abang Black datang bawak moto Suzuki Best bapak dia. Pergh... baru darjah tiga dah pakai moto. Aku dok pakai basikal BMX tercabut pedal rantai kendur lagi. Yang aku tau, Wan, Abang ngan Adik pun dah boleh bawak moto. Dah boleh mengurat awek balik sekolah sambil bako bako enjin sikit. Aku yang kacak nie, berpoloh ketiak dok mengayuh basikal pegi balik sekolah...jemm!



Aku panas hati setiap kali kami bergerak samada ke pekan Gersik ataupun ke Hujung Tambak, aku paling last sampai. Diorang siap dah makan dua bungkus Mamee, Kam Kam dan Bon Bon baru aku sampai, putus nafas cari oksigen. Kadang kadang time datang hati mulia diorang, dapat gak aa aku berpaut kat besi belakang moto diorang. Tapi selalunya, memang aku tercicir sembilan blas tiang....haram tul!

So, satu hari tue, aku jalankan projek evil aku. Motor Cik selalunya kalau siang, dia parking kat luar rumah. Itu jer satu satunya harapan aku untuk menjadi seorang Kaki Motor...yess!..tapi projek nie berisiko tinggi. Apetah lagi aku memang cari nahas men'kidnep' motor kesayangan diktator paling sadis yang pernah aku kenal.

Berbekalkan segugus kunci rumah, selo selo aku tolak moto dia ke belakang rumah. Aku godek sampai naik pecah lubang kunci dan akhirnya aku berjaya menghidupkan suis. Hati aku berdebar kencang. Peluh jantan mula menitis. Rasa berahi mula memuncak bila kaki dah bersedia menendang starter. Dengan sekali henjut, berderum enjin moto Suzuki Cub 80 lampu petak dengan nombor pendaftaran SA7603E. Rasa teruja yang amat. Baru berjaya hidupkan enjin. Belum lagi masuk gear.

Aku masukkan gear satu dan perlahan lahan memulas throttle. Moto mula bergerak. Mula mula perlahan dan kemudian mengumpul kelajuan. Aku masukkan gear dua. Yess.. aku berjaya menunggang moto pada percobaan kali pertama.

Dengan kelajuan tertinggi 50kmsj pada gear 3, aku bergaya dengan moto kidnep. Aku bawak ke pekan Gersik. Aku hon awek awek yang dok tunggu bas di tepi jalan. Mesti diorang teruja melihat aku menunggang moto. Masa tue terasa kekacakkan dan kemachoan aku di tahap kesempurnaan. Tak sia sia aku kacak, terer plak bawak moto...

Aku berenti kat kedai Ah Lek. Beli tembikai potong doplosen. Ah Lek memuji "Waaa..lu sulah pandhai bawak moto aaa..". Terasa kembang hidung tahap gorilla. Beli air limau oren dia yang sedap (dah beso baru aku tau ais yang dia guna, tadah terus dari paip! Cilakak lu Ah Lek!). Aku rilek kejap sambil duduk atas moto tongkat sebelah sambil mem'peewwitt' awek awek sekolah aku yang datang ke kedai Ah Lek naik basikal. sebijik gaya Azroy dalam cerita Gila Gila Remaja. Terasa macho tahap Gaban..makin tinggi la saham aku.

Setelah puas berpusing pusing di pekan Gersik, masa untuk balik sebelum diktator ganas bangkit dari tidor. Aku menghidupkan enjin, masukkan gear satu dan terus memecut. Aku pulas minyak sampai habis. Gear empat aku blom test lagi nie. Kena test sebelum Happy Hour berakhir..aku pecut sampai boleh masuk gear empat. Kelajuan angin yang menderu deru buatkan aku tak leh buka mata. Telinga pun dengar bunyik angin jer. Perghh.. macam nie rasanya menjadi pelumba moto.

Sampai di depan bus stop depan sekolah, aku nampak si Ikin, Enon ngan Suzi, awek awek kelas aku tengah lepak lepak. Aku teringat Abang Black selalu bako bako enjin moto bila nampak awek. Aku pun kena buat macam tu gak...biar nampak macho.

Aku lepaskan minyak dan kemudian pulas throttle sekuat hati. Prengggggggggggggg!!!!!!!... berdesup moto melonjak ke depan. Aku tak sempat tarik brek...yang sempat aku guna, brek mulut...eh eh eh eh..

Gedegang!!!!!

***
Hari tu selain motor Cik tercalar gila babeng punya , reputasi aku sebagai hero kacak dan macho juga sama. Berbirat peha aku kena libas dengan penyangkut baju selain saguhati berbakul bakul seranah yang Cik bagi aku secara tulus, ikhlas dan dari lubuk hati yang paling dalam...

Aku juga baru tau, nak bako bako enjin, kena tekan sikit pada gear sebelum pulas minyak. Tak hingat punya aku kena gelak dengan Abang Black, Is, Abang dan Adik dan sekutu sekutu yang lain.

Tapi aku boleh terima itu semua, yang aku tak leh terima, dua minggu aku terpaksa menahan kutukan dan caci nista dari Ikin, Enon dan Suzi sebab aku tertonggeng bersama moto ke dalam parit sekolah...Jemmm!!
http://emo.huhiho.com

2 comments:

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD