20 December, 2009

Kisah hari Jumaat - 2 dalam 1

Hari Jumaat Awal Muharaam, aku ngan member unit semua kerja. Yang opis hour tak keje. So, opis department, kitorang la yang konker. Buat macam opis sendiri. Siap boleh baring meniarap atas meja boss taip report.

Aku sampai sampai opis jer, dah terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Kurang menyenangkan perasaan sebab aku terbau kari Penang. Alamak..jahanam lagi laaa..

Memang betul. Encik Din dah prepare makanan untuk tengahari. Adoiiiaiii.. Diorang bagi bagi tugas. Nasi diorang masak kat opis jer, sebab rice cooker ngan beras semua ada. Kari Penang Ikan Mayong Encik Mad yang bawak dari rumah.

Aku sampai jer, Pak Zali dah gelak gelak.

"Piz, jahanam lagi laa diet ko hari nie..." tegur Pak Zali
"Tau dah..."

Time public holiday macam nie, diorang keje santai. Sambil buat keje, sambil borak hisap wokok. Aku plak, macam biasa aa..taip report dua tiga baris, pas tue layan YM ngan ehem ehem.

"Dah dah dah..tinggal. Jom santap dulu!"
"Ok, ok!" aku cuba lengah lengahkan duduk menghadap lauk diorang.

"Piz, ko tak makan nasik, lauk nie ko leh makan!"
"Ok! Ok!"


Aku teruskan layan YM. Diorang dah mula jadi Piranha menghabiskan lauk.

"Piz! Makan dulu oiii!" Encik Din mengarahkan aku tinggalkan keje.
"Ok ok!"

Bau Kari Penang Encik Mat menggoda perut. Aku tak makan nasik. Sekurang kurangnya aku leh ratah ikan. Fikir aku dalam hati. Yang lain lain dah tersandar di kerusi kekenyangan.

"Ko ratah ikan tue bagi perabih! Aku nak bawak balik periuk jer!" arah Encik Mat.

Aku amik pinggan. Aku cedok Kari dalam periuk. Aku cedok, yang naik.. terung..aku cedok bawah lagi..yang naik terung gak. Aku cedok, cedok, cedok,..yang naik tetap terung, terung, terung.

Dengan hati yang pasrah, aku amik terung, masukkan dalam pinggan. Makan selo selo.

"eh?.. ko tak makan ikan ker?" soal Encik Din.
"Takpe..saya memang diet makan terung jer!"

Dalam hati...sentap terkulat kulat nak rasa ikan mayong masak Kari Penang. Hampeh diorang nie..Sob sob sob..

***

Selepas kekenyangan, semua dok lepak sambil goyang kaki atas meja. Encik Din yang selalu berpeluh bila makan, bukak baju. Berlenggeng. Time cuti, ekon opis tak on. So memang dah biasa kalau hari takde opis hour, dier akan bukak baju, berlenggeng menaip report.Pak Zali pulak komplen seluar dier yang dah longgar pada Encik Din.

"Ko tengok Ustaz Din tue Piz, kalau ko amik gambo Ustaz Din dari dada ke bawah, sure orang ingat gambo pompuan.." perlahan jer Pak Zali start mengutuk Encik Din.

Aku dan yang lain lain gelak.

"Meh..biar aku tanye dier.."
"Tanye ape?" soal aku nak tau.

Pak Zali buat isyarat diam.

"Din, ko pakai saiz ape Din?" Pak Zali tanye dengan suara kuat.

Encik Din yang khusyuk memprepare report menoleh..
"Aku pakai saiz 40!" jawab Encik Din konfiden.

"40?!...Bini aku pun tak pakai saiz 40!"
Pak Zali ketawa tak hingat. Aku dan yang lain tompang dua belah kaki gelak guling guling.

Encik Din plak.. blur terkebil kebil tak tau ape.

***
Notakaki: saiz 40, beso ke weh??

13 comments:

  1. adehh~ hahha~
    =))=))=))

    tp sian kamu xdpt mkn ikan tuh.
    mana le cr eyh?
    nk masak kari mcm tuh mesti xkick cam tuh.
    :-s

    ReplyDelete
  2. hahaha...tang ceduk kari kuar terung tu klasik la...x bole bla!

    bapak aku pky saiz 40 ga. serius, besar...

    ReplyDelete
  3. saiz seluar ke saiz yg lain heheheh !

    ReplyDelete
  4. Adza : boleh blajaq...nanti nak curik resepi dier..

    avid gunner : hoh...hahahhaha..

    Si Budak aboi : ssshhhh..diam diam sudahh..

    Applemintlady: erk...:">

    ReplyDelete
  5. GILER SENTAP XDAPAT MAKAN IKAN TU...KO BUAT2 LA TERUNG TU CAM IKAN KAN...BENTUK PUN LEBIH KURANG JE TU..HUAAHAHHAHAHA

    ReplyDelete
  6. abg ayu...sy curik2 widget yg kamu guna :"> sebab nampak besssssssttt.... :-bd

    err....sy dah komen ni. namo majuk lagi ye...ye... :">

    ReplyDelete
  7. Bullet : iyer laaa....

    Dayana : baru nak komeng..:-w

    ReplyDelete
  8. abg ayu....sy leh je leave komen kat entri. first try tu mmg dia kate "cannot publish comment...please try again", tapi sy click lg skali baru boleh.

    tapi tak tau la abg ayu dpt error yg mcm mn

    ReplyDelete
  9. Dayana : kamoo boleh laa.tak de word verification..kotak word verification tak kluar...

    ReplyDelete
  10. hahahaah pamela tengok nangis air mata darah wei..wkakakakakaka....

    tue la ko..ngadap lagi YM..padan muka makan la ko terung sampai lonjong..

    ReplyDelete
  11. Purplelicious : hahahha.. terung pun terung aaa...;))

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD