28 March, 2010

Lampu kereta.

Tempat: Muar Bandar Maharani
Masa : semalam

Belum sempat aku panaskan punggung montok aku atas kerusi lepas perjalanan jauh, Angah ajak aku ke Muar. Berkaraoke.

"Ko tak reti penat ker?"

"Tak pun!"
jawab Angah dengan konpiden.

"Mana tak penat, dier berdengkur kat sebelah, adik yang drive!"
Adik aku yang bongsu mencelah.

Hampeh!

***

Lepas Isyak, kitorang bergerak menuju ke Muar. Aku tak heran ngan karaoke. Aku set jer.

Dalam perjalanan, aku baru perasan lampu kereta Angah tak menyala. Puas Angah dok pulas pulas suis lampu. Tak jugak menyala.


"Weh..lampu depan takde!"
bebel si Angah.

"Terbakar ker?"

"Entah...dua dua lampu tak nyala. Nie pasang spotlight jer nie!"
jawab Angah. Lepas tue dier sibuk membebel salahkan si Kenit asyik flip high beam masa kat highway. Tak pernah nak salahkan diri sendiri mamat nie.

"Jom laa patah balik! Nak jalan jauh nie!"

"Alaaa.. gian nak karaoke nie!"
jawab Angah.

Lantak ko ler..

Perjalanan di teruskan. Tapi masing masing layan blues

"Ko tau beng kenape keta wa tak leh on lampu?"
soal Angah tetiba.

"Apesal?"

"Ko tengok jam!"
Angah memuncungkan mulut menunjukkan jam dashboard.

"kenape ngan jam?"
soal aku blur.

"Pukul 8.45 beng. Sekarang nie Earth Hour. Keta wa nie sokong earth Hour! Mesra Alam!"

Hampeh.

***

Angah tergagap gagap bila kena tahan masa roadblock pasal lampu depan tak menyala. Nasib baik lepas. Kalau tak, aku buat Gelak Hour sebab mamat tue degil sangat tak nak patah balik sebab gian nak berkaraoke.

Aku sawan bila tengok diorang karaoke...
Ayah aku layan lagu dangdut, angah layan lagu sejarah Mungkin Berulang...! sudahnya aku layan lagu Selamat Malam Faizal Tahir tepi longkang sebelah Giant menghadap sungai Muar.

Tak mendatangkan hasil lansom!

15 comments:

  1. hahaha, pandai pulak keta tu bajet masa earth hour.

    karaoke dangdut? terangkat!

    ReplyDelete
  2. KETA PON MCM TAU2 AJE EARTH HOUR,.

    ReplyDelete
  3. hahah..kereta ngn tuan2nya sama2 sengal..

    ReplyDelete
  4. agak2 ler.. klu iye pun nak support earth hour tu.. sib baik selamat spi ke destinasi..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Yobsumo:

    itulah pasal Yob..
    tapi..
    aku tak layan dangduttt...

    ReplyDelete
  6. cikTi:

    itulah yang di namakan smart car.. environmental friendly...

    ReplyDelete
  7. wanie:

    ...hang gelakkkkkk.....

    ReplyDelete
  8. Lia3003:

    agaknye kot....huhuhu

    ReplyDelete
  9. sue:

    sib baek tak kena saman..

    ReplyDelete
  10. ntah ko nie..xmenyokong earth hour taw..keta pun pandai sokong earth hour...aku pun layan konsert AF dalam gelap gak..nasib baik aku xbuat konsert nan laki aku lak dalam gelap tue kan..hahahahaha tettttttttttttttttttt

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD