Aku terangkan kepada Pak Zack bahawa kepanasan global yang di alami sekarang nie berkemungkinan akan berlanjutan sehingga bulan April dan Mei. Aku juga mengetengahkan fakta bahawa kawasan paling panas adalah di Cuping Perak, Petaling Jaya dan Kampung Sungai Senduk dan Kampung Parit Zing di Muar.
Pak Zack mendengar dengan penuh khusyuk.
Lepas tue aku menguatkan lagi fakta bahawa lapisan ozon yang menipis sejak bertahun tahun yang lalu kesan daripada efek rumah hijau tak lagi menapis sinar ultra lembayung dari sistem solar dan pendedahan yang berterusan kepada sinar lembayung boleh menyebabkan kanser kulit, kurap, panau dan juga sengklar.
Pak Zack menganggukkan kepala lagi.
Aku konkritkan pulak dengan fakta bahawa pemanasan yang berterusan begini boleh menyebabkan penyakit migrain menyerang kepada pesakit pesakit migrain tegar dan boleh menyebabkan mereka bertindak melampaui batasan seperti berlari lari di tengah padang, makan dengan lebih rakus, tido tak menentu dan juga lewat ketempat kerja.
"Pak Zack tau tak, kalau panas macam nie berterusan, bil bil air akan mencanak naik, ABC, air sirap, teh tarik hatta air mineral pun akan naik harga" aku sambung lagi menguatkan hujah.
Pak Zack berfikir sejenak dan kemudian mengurut dagunya.
"Kepanasan yang melampau ini gak boleh menyebabkan kadar kelahiran bayi di Malaysia berkurangan kerana ibu bapa tidak lagi bersama kerana kepanasan baik di waktu pagi, siang atau malam dan menurunkan produktiviti mereka.." aku tampal lagi fakta dengan gigih.
Pak Zack mengangguk. Muka cuak bila aku sebut pasal penurunan aktiviti rumah tangga.
"Lagipun Pak Zack, kalau terdedah terlalu lama kat panas, kita boleh kekurangan air dalam badan. Kalau macam tue selalu, orang gemuk pun leh kurus, Pak Zack!" tambah aku lagi bila aku lihat Pak Zack dah mula menerima hujah yang aku utarakan.
Pak Zack mengangguk dan kemudian tersenyum.
"Eloklah tue, ko kan selalu diet nak kurus..hah..ape lagi..jom laaa..!"
jawab Pak Zack sambil menghulurkan kunci Pajero kepada aku.Aku tepuk dahi!
Salah bagi fakta.
***
Hujah aku untuk menggagalkan rancangan bos aku meronda kawasan kurang berkesan.
Baru aku berhasrat nak melatih refleks dan moto-skil aku berfesbuk.
Dah terpaksa bawak bos aku tu ronda kawasan. Panasssss tuuuuuu!!!!
Gelap malap balik laaaaa aku lepas nie...
sob sob sob..
hehe... pak zack igtkan auta je kot..
ReplyDeletepak zack lebey makan garam.
ReplyDeletekau jgn ah nk pusing fakta sama org tua seumpama pak zack..
hahaha!!
ko ade hati nak bagi fakta2 kat orang tua...dia lagi byk makan garam dari ko tau x...
ReplyDeletehahahaha...
ReplyDeletefakta2 ko 2 agak bernas la..
tp xdpt tipu pak zack..wakaka
muka aku dah sun burn beb~ ngah salin kulit ni~
ReplyDeletelately alergy aku makin truk~
tu sumer sbb aku takley kne terik matahari~
seksa~
tu la..mandai lagi tunjuk pandai dengan bos..ngahaha
ReplyDeletefakta2 yang menjerat org yang memberi fakta..haha
ReplyDeleteMiss Nurul : heh..pakcik tue lagi expert...huhuhu
ReplyDeleteNini : isk isk isk...kalau banyak makan garam..leh kena darah tinggi wooo
ReplyDeleteBullet :
ReplyDeleteiyer laaa...aku tau..sob sob sob
ko gie mane hilang lame bro??..
wanie-sang : itulah pasal.. nanti aku bagi fakta lagi power punye...
ReplyDelete♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ :
ReplyDeletekenape beb?... ko gie bertape kat mane???
Fentomato:
ReplyDeletemane ade tunjuk pandai...
Kniedaz :
ReplyDeleteitulah pasal...sob sob sob
hahaahaha.. kan2~ da kne turun site... len kali stop smpai penurunan bayi 2 je... ngeh3~
ReplyDeleteAki : terlampau nak kuatkan fakta...keh keh keh
ReplyDeleteboleh kurus ekkkk,.
ReplyDeletebkn makin lapa ke,.
tahla,.,
tp mmg pns pon,.
nak dok dlm peti raase,
air cond dah xterkesan sgt dahh
cikTi : haaaa..kan kan kan..skarang nie paneh diO len macam jo...ngalahkan Afrika
ReplyDelete