03 April, 2010

Laju jer Bang!

Pepagi nie, aku berkejaran dengan masa kerana terlambat ke opis. Hari Sabtu pun aku kena keje. Nasib baik esok tak keje.

Ini lambat sebab nak siapkan kontes DeRanggi laa nie. Punyelah seksa nak siapkan koding bagai. Memang mencabar jiwa raga tul.

Aku sempat siapkan klu untuk kunci ketdua sebelum pukul sembilan. Siap jer, terus aku mandi manda dan berkemas ape yang patut.

Dengan gaya Michael Schumacher, aku drive kereta aku ke jalan raya. Aku cilok lori aku cilok kereta Kancil, aku potong Bas. Punyelah nak cepat. Aku perasan ade sorang pakcik tue tengah syiokkkk layan korek hidung bila aku pancung kete dier, menggelabah dier tarik stereng. kesiannn.. dasar lanun!

Bila menghampiri trafik light aku tengok kereta dah berbaris panjang. Dah lambat..aku tak sempat nak baris baris nie. Aku cilok ikut tepi dan terus berhenti sebelum tiang trafik light, tak keh nak jalan lagi sebab ade divider.

Aku toleh ke kanan.

Sebuah Kereta Peronda Polis berwarna putih berkilat jenis Proton Waja di sebelah aku.

Aiseymen. Ada dua orang polis di dalam yang jeling jeling manje kat aku.

Lampu dah hijau. Tapi diorang still tak jalan. Yang duduk sebelah passenger turunkan cermin dan juntaikan tangannya.

"Laju jer bang, nak kemane?"
soal Abang Polis tue dengan ramah tamah penuh kesopanan dan keperlian.

Aku tersiput siput kemaluan. Jem!

"Dah lambat encik..nak gie keje!"
jawab aku ikhlas malu malu siput sedut..

***

Hampeh betul. Dah nak dekat lampu oren baru dia jalan.
Yang keta lain kat belah belakang sekor pun tak hon. Tau plak korang takot eik!

Nasib baik aku tak kena saman!

17 comments:

  1. huhuhu :P nasib kau baikk sungguh

    ReplyDelete
  2. potong bas? :o
    incek aujinz potong bas guna apa?
    bas tuh terpotong x?
    terpotong brp? :-?

    ReplyDelete
  3. dekat lampu oren baru dia jalan?
    agak kuang asam...haha

    ReplyDelete
  4. selamat ...kalau x melayang duit, x kena marah bos ke datang lambat

    ReplyDelete
  5. cik Dyas:

    isk isk isk..sekeh nak?

    ReplyDelete
  6. Peja:

    ha'ah.. sungguh kuang asam..

    ReplyDelete
  7. Lia3003:

    tak pon.. bos takde.. :D

    ReplyDelete
  8. hahaha.. abg polis tak saman punye..:)

    ReplyDelete
  9. hahahah nasib baik ko mandi pagi tue sebelum g keja...klu x..kompom kena..dan terpaksa la ko menyanyi ala..la..latok..tolong jangan saman...hahahaahha

    ReplyDelete
  10. Iena:

    abang polis tue bz nak kontrol jalan kat F1 ..hehehhe

    ReplyDelete
  11. eiyda:

    cett..aku tak mandi kalau tak keje jer...

    hahhahahaha...

    ReplyDelete
  12. aujinz: polis tue mngerti ko..hahahah

    ReplyDelete
  13. Mish Lollipop:

    beliau sangat memahami... ♥

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD