02 October, 2010

Nostalgia Pokok Kuini

Dulu masa kau ada, aku selalu merungut katakan kau amat menyusahkan. Setiap pagi Sabtu, Diktator Sadis menyuruh aku menyapu daun-daunmu yang berselerakkan.

Aku takik batangmu dengan parang tanpaku hiraukan nasihat orang.
Aku potong dahanmu yang merimbun dengan gergaji.
Aku tebuk akarmu dengan gerudi.

Tetapi, kau jugalah aku jadikan peneman. Tatkala hatiku tak keruan bila di marahi dan di kasari.

Kini kau sudah tiada. Halamanku panas sentiasa. Tiada harum baumu setiap pagi. Tiada daunmu yang merimbun yang meneduhkan. Tiada dahanmu untuk aku bergayutan. Tiada daun keringmu untuk menutup becak di halaman.


Sesungguhnya baru ku sedar, aku kehilangan.
Aku rindukan kehadiranmu yang mendamaikan.





Setiap kali ku pulang ke kampung halaman, aku berasa kekurangan.
Tiada lagi kau sebagai peneman.

22 comments:

  1. alololoo~ ciannye....



    psssttt.. cantik laa umah tu...

    ReplyDelete
  2. zyra:

    rumah kampung..tapi prefer yang lama lagi. Tradisional habis..

    ReplyDelete
  3. 2la...
    time dia ada xhargai..
    time die dah pergi baru nak sedih2...
    dah xguna en aujinz oi...hahaha

    ReplyDelete
  4. Wanie-sang:

    hahahhaha... betullll...

    ReplyDelete
  5. lagenda pokok kuini.keh3
    ehem2,aku dgr ade org mimpi2 aku nak propose la,hapela..ang ke?muahahah

    ReplyDelete
  6. ishiko:

    sedangkan hanger baju lagi di ingat, inikan pula pokok kuini..

    ReplyDelete
  7. tanam pokok baru la aujinz...rambutan ke..ciku ke...pendek kata tanam pokok buah-buahan tempatan...hehe:)

    ReplyDelete
  8. mne layout scroll??
    alaa... pe ni metal2 color ni..
    hye pokok bacang

    ReplyDelete
  9. tu la manusia, bila ada, taknak dihargai..bila dh hilang, br lah nk terkenang2..dh tlmabt

    nasib baik pokok, kalo orang..lagi lah kene hargai...hehe

    ReplyDelete
  10. mesti ko pnh kene bogel.,pastu kene ikat kt pokok tu...kan?kan?ala..ngaku je..tu sbb ko rindu ngn pokok tu

    ReplyDelete
  11. lia3003:

    pokok kuini aka kuinin.. :D

    ReplyDelete
  12. Aki:

    aku nak tuko tuko kaler laa..
    asik kuning jer..sakit mate wooo..

    ReplyDelete
  13. xtionkamen:

    ehhh.. macam bese kene jer bro..wakakakaka

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD