31 October, 2010

Sushi-jinz..Itadakimasu!



Yang suka sangat perabih duit makan Sushi King, ape kata korang buat sendiri Sushi. Ini request oleh dak Fentomatot. Dak chubby nie tak penah makan sushi.
Prepare bahan jer.

Bahan paling utama..
Beras sushi..
Yang ini kampit kecik harga lebih kurang RM10. Kampit lima kilo RM33-36. Aku beli kat Tesco Rawang. Aku servei kat Giant ngan Carre4 pon ade jual.


Yang kedua ialah seaweed atau nama manja beliau Norizan Idris. Okeyh..salah..Nori.
lain lain:
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
crabstick
Timun jepun
Lobak

Salmon, Tuna.. [..apa jer yang ade dalam peti ais korang..] nak kekalkan keaslian, isi salmon kena makan mentah.. korang boleh ker?

Masak beras macam nasi biasa. Jangan korang tanya macam mana nak masak nasik. Aku sepak lutut korang kang.
 Aku masak satu cawan. Boleh buat dua roll. Untuk sorang makan macam aku..boleh bawak sampai ke dinner nie..

1. Selepas nasi masak, campurkan dua sudu besar cuka, dua sudu besar gula dan satu sudu teh garam. Gaulkan sebati. Jangan kasar sangat, hancur plak nasik korang kang.

2. Letakkan Norizan Nori atas tikar Sushi. err.. aku takde tikar sushi, aku guna lapik periuk..chef jepun mesti geleng kepala kat aku....takde tikar sushi pon, korang improvise laa.. sebelum nie pun aku gulung guna kertas manila jer....Yang penting, bahagian kasar Nori sebelah atas, yang licin sebelah bawah.

3. Letakkan nasi atas Nori. Sapukan kicap sikit [..nak sapu mayonis pon boleh], letakkan crabstick, Timun Jepun atau ikut-suka-korang-la-nak-letak-apa-ada-sape-kisah.

4. Gulung dari hujung. Mula mula gulung memang susah. Lepas tue dah senang. Tak yah pening kepala, Nori akan melekat dengan sendiri. Tengok, sampai tersembul nasi kat tepi. Tekankan jer nasik tue masuk dalam Nori.

5. Basahkan pisau korang yang paling tajam untuk potong roll kepada lima bahagian dan susun dalam bekas. Kicap, aku improvise jer. Guna kicap kipas udang, cairkan dengan air, tambah seasoning Maggi.

Nom nom nom.. sedap kalau korang makan sambil menonton Kamen Rider!
Hait..
Itadakimasu!!!


soalan cepukmas : Kenape blog aku semenjak dua menjak nie jadi blog makan makan?! Ok..ini yang last.......kot?

12 comments:

  1. aaaar..

    =p~ *lap saliva

    nak try nak try!

    tp kena tengok bahan-bahan ni suma ada juai dak kat sini :|

    ReplyDelete
  2. fentot:

    sila sila..tengok kat pasaraya yang femes.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. en aujinz!!!buat saya satu!!
    plzzz!!!!nak2!!!
    kang saya hentak2 kaki kat blog en aujinz!!

    ReplyDelete
  4. itadakimasu...

    nom nom nom...wa pn suke makan sushi..aritu kt sushi king amik set..mmm

    p/s..salmon mentah!i LIKE!

    ReplyDelete
  5. wanie-sang:

    errr..alaaa..jangan la macam tue..huhuhu

    ReplyDelete
  6. MiszNoRuL:

    erm erm.. boleh makan salmon raw gak..tapi tak leh bebanyak..(^_^)

    ReplyDelete
  7. aujin

    asal aku sangat3x tertarik dgn entri2 ko sjk akhir2 nie..

    oh no....


    adakah kerana aku minat GLAY?


    apekah?

    ReplyDelete
  8. fiq

    apekah? Apekah? Apekah?


    Apekah GLAY itu?????

    ReplyDelete
  9. nah..

    http://www.youtube.com/watch?v=SfMu-kRJySA

    inilah glay pujaan hati!

    hahahaha

    ReplyDelete
  10. fiq:

    aaishhhh.. layan Jopun plak dier..

    ReplyDelete
  11. wah wah kagum betul org lelaki masuk dapur neh.. hantar kt sni sket! LOL

    ReplyDelete
  12. nk try lah bt..bru trjmpa resipi ni..nk tnye klu ltak cuka lbh xpe kn??sbb sy suka msam2..

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD