Hei Orca,
Di suatu petang belas tahun yang lalu,
di bawah para batu, aku lihat kau yang kecik comel duduk sambil memandang aku. Berbulu kelabu tetapi dada dan kaki berwarna putih. Aku gelak sebab ia kelihatan seperti stokin. Kau seperti kucing biasa cuma pada hujung telinga dan ekor kau berwarna putih. Itu yang membezakan kau dengan yang lain.
Aku tau, Cik ada semput dan alergik dengan bulu kucing. Alang lagi sadis sebab kalau dia nampak kucing, dia libas dengan penyapu lidi. Pendek kata, mana mana kucing yang tengah makan angin kalau bertembung dengan Alang akan mencicit lari tak jejak tanah. Tapi aku beranikan diri jugak untuk membawa kau pulang.
Nama kau ku beri bersempena nama ikan paus Orca. Hitam dan putih, cuma kau, kelabu dan putih. Tapi nama kau rare kan?
Alang yang bencikan kucing pun boleh get along dengan kau. Alang panggil kau si Kelabu. Cik pun takde masalah dengan kau.
Kau tahu kenapa kau istimewa? Kerana kau sangat comel dan manja. Kau kucing aku yang pertama dan kau sangat istimewa. Bila kena marah, kau cuma duduk setempat, kembangkan dada dan memandang aku atau sesiapa dengan mata kau yang bulat. Sape sape pun takkan marah lama lama. Dan juga trademark kau yang suka sengetkan kepala bila sesiapa merenung atau bercakap dengan kau.
Kau jarang mengiau. Aku ingatkan kau bisu. Tapi kau memang jenis tak kecoh satu dunia. Dan rumah aku tidak lagi kedengaran bunyi tikus semenjak kau ada. Dah habis tiga generasi tikus kat rumah atuk kau kerjakan. Kau susun bawah dapur minyak atuk.
Kau temankan aku tidur. Kau temankan aku makan. Bila aku balik sekolah, kau mesti ada di depan pintu. Bila aku sibuk menonton Satria Baja Hitam, kau sibuk bertenggek atas peha aku.
Tapi aku tak kisah. Tapi aku tau, kau minat tengok Moero Attack macam aku kan kan kan?. Dasar jantan!
Aku ingat hari itu, aku marah marah dan pukul kepala kau dengan kuat sebab koyakkan buku latihan aku. Kau macam biasa, duduk setempat memandang aku. Aku tak pandang kau pun. Hati aku masih marah. Tak lama kemudian kau keluar rumah mungkin untuk bermain.
Aku bergegas keluar rumah bila mendengar kau mengiau kuat seperti kesakitan. Dan hati aku luluh bila melihat kau terbaring tak bergerak di bawah kereta Tok Ngah. Aku berlari mendapatkan kau dan memangku kau di atas peha. Aku usap usap badan kau dan terasa ada tulang yang bergerak. Darah keluar dari hidung dan mulut kau.
Aku memanggil nama kau dengan suara tersekat-sekat, tapi tiada lagi mata comel yang menyahut panggilanku. Mata kau terpejam dan dengan susah payah kau menarik nafas. Dan aku masih memangku tubuh kecilmu ketika kau terkulai kaku. Aku kehilangan teman yang comel.
Aku sangat menyesal memukul kau pada hari itu. Walaupun kau seekor kucing, namun kau tetap makhluk yang ada perasaan sakit.
Tiada lagi peneman tidur, makan dan menonton Moero Attack bersama sama. Dan semenjak hari itu, aku tak pernah lagi membela kucing. Dan aku amat benci mereka yang menganiaya spesismu.
Hei Orca,
Aku cuma ingin catatkan di sini, Terima Kasih kerana menjadi teman aku walaupun cuma setahun.
orca comel macam . . . yaya !
ReplyDeletekeh keh keh
ala comelnyer...huhuhuh
ReplyDeletesedihnyer.......aku pun pnh jd cam ko dulu..aku halau kucing yg sgt kurus...dgn kejam bila cuba masuk umh aku
ReplyDeletesejak tu, aku xnmpak dah kelibat kucing tu.........aku nyesal tak sudah smp ke ari ni...wpun dh berbelas taun
@yaya kechiq:
ReplyDeleteececececeh.. hahahaha...iyer iyer laa..
@Sue:
ReplyDeletesape? ai ker.. (^-^)..koh koh koh
@Ann:
ReplyDeletekejamnya hannggggg.... huhuhuhu..
teringat maxis gemok!
ReplyDeleteoh..nama kucing jiran beta maxis..gila coo kan?hehe
mmg kucing pemalas sebab nak mengiau pun jenuh..kena ugut xnak kasi makan baru dia mengiau..tu pun sekejap je...huhu
-->Wanie-sang:
ReplyDeletehahahhha.. tue laa pasal. Ade kucing yang jenis malas nak mengiau
wey awat wat cite sedih sgt nih...
ReplyDelete-__-"
--> Sab Buenoo:
ReplyDeletemane ade sedih.. sob sob sob..
hahaha ! [^^,]V wink . wink .
ReplyDeleteyaya kechiq:
ReplyDeletekoh koh koh..
siootttt sadis beb!!! gua ikut sob sob baca stry lu bon. pencinta kucen mmg mcm tuh! hail orca!
ReplyDeletekan wa dah kata, rogol n ramas2 kucen mmg nikmat!
Frodo:
ReplyDeleteGua sampai sekarang ade rase kesal der..sebab tu gua tak bela kucing lagi..
tak sanggup dah..
ooh..sedihnya...kat kampung banyakla kucing tapi kat umah sendiri takde..tapi tetap suka kucin..tomeiiii
ReplyDelete-->Kniedaz:
ReplyDeleteBonda pun ade bela kucing. Tiga ekor.
Tapi baru dengar berita, dua ekor mati kena langgar.
Terus senyap..tak tanye dah.
sobs.... sedeyhhhh T__T
ReplyDeletetomei...
ReplyDeletepengajaran untuk ojin agr sentiasa bersabar dan bertindak mengikut kewarasan. kan? setiap perkara mematangkan kita...
ohmai. ini sedih. benci.
ReplyDelete☺ Fentot:
ReplyDeletesob sob sob..
teringat kat kucing aku. aku bagi nama dia kucing. tp, dia dgn aku beberapa bulan je. lepas tu kucing aku hilang sampai sekarang tak jumpa kucing aku tu. sob sob sob.
ReplyDeleteOJINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN....KEJAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!! KALI NI KO DPT BUAT AKUY NAGIS BILE BACE BLOG KO !!!!!!!!!!! UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..SIYES AKU NAGISKAT OPIS NI :((
ReplyDelete