07 December, 2010

Salah soalan.

Terkocoh kocoh aku berlari turun untuk ke kedai...demi memastikan aku tak kempunan Dorayaki lagi. Dengan berbaju tak berlengan dan berseluar treksuit, agak macho jugak laa walaupun tukang angkut sampah pun malas nak jeling aku. Mungkin di dalam hati beliau berkata; "Bulu ketiak bersepah ada hati nak pakai sleeveless.."

Sampai separuh jalan, aku patah balik, meredah anak tangga yang entah berapa bijik semata mata nak ambik wallet yang tertinggal atas meja. Giler punya loser. Tukang angkut sampah mencebik dan kehairanan.

Berlari turun kembali untuk ke kedai dengan gaya macho dan kacak walaupun tukang angkut sampah tadi dah balik rumah malas nak tengok aku dan beliau beranggapan lagi best balik tengok Cinta Kirana.

Aku sampai ke kedai dengan tersenyum simpul dan dengan sopan kucing bertanya pada abang kedai,

"Bang, telur ada tak?"

dan di jawab dengan jawapan ikhlas;

"Ada, dua bijik. Tapi tak jual!"


"Ahh.. chicklucker!"
Aku menepuk dahi.

Salah soalan.

***

Oiii bangg..gua nak telur ayamm!!!

17 comments:

  1. hehe kalo aku, malu dah aku nk jmper brader tu lagi....

    ReplyDelete
  2. @Ann:

    hahahah..
    nasib baik aku spesis sama kann..

    ReplyDelete
  3. ahaha...
    nasib dia tak jawab.
    ada!!!
    free jee...
    koh koh koh

    ReplyDelete
  4. @Sab buenoo:

    kalau free pun aku tak ambik..
    aku pun ade stok..

    koh koh koh..

    ReplyDelete
  5. @Miss Firefliees:

    weihh.. mane ade.. soalan ikhlas tue..

    ReplyDelete
  6. @♥ Si Mawar Khayalan✈:

    hahahhahha..
    soalan laaa tue..

    contoh macam,

    "Bang, gula ada tak?"

    "Bang, susu kat mane?"

    kan kan kan

    ReplyDelete
  7. "Bang, telur kat mane?"


    soalan laa nih kan..

    ReplyDelete
  8. @Fiq:

    Fiq..jauh nyer aku nak pos Dorayaki tue...

    ReplyDelete
  9. lalalalla~

    *tunggu jawapan smbil wat muka comel*

    ReplyDelete
  10. saya pernah mengalami benda yang sama.. bukan saya kena.. tpi kawan saya, merah muka dia.. nak ceria kat sni panjang.. nak tulis kat blog ti macam lucah.

    ok, saya cerita ok..

    kawan saya laki, cashier perempuan.

    kawan laki makan nasi lemak.. amik telur rebus and telur goreng..means 2 biji..

    tiba masa nak bayar.. saya cakap dengan dia.. jangan lupa cakap awak makan telur dua..

    so, masa kat cashier dia cakap
    "kak, saya makan nasi lemak dengan saya punya telur dua"

    cashier: awak punya telur memang dua..

    kawan saya: a'ah, dua..

    cashier: betullah kan??

    masa tu cashier dah buat muka jahat, tersenyum2 simpul.. sampai lah saya dapat tangkap apa yang cashier tu maksudkan.. malu punya pasal, saya lari keluar..tapi muka kawan saya tu, merah padam.. malu gilerr..

    keluar kedai dia cakap "siot betul akak tu"

    ok fine, maybe tak lawak, tapi saya malu dekat situ cz akak tu pompuan.. cakap macam tu dengan laki.. apakah?

    ReplyDelete
  11. ini ~! LOL ! HAHAHAHAHAHHAA ~! ekhem, machonya abam pakai baju sleeveless. itew tergoda betoi kalau nengok laki pakai baju hak gituh~ kbai~

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD