05 January, 2011

Diari Budak Lanun - Part 5 The next level


Tempat : Somewhere in KL laa..(Aiseyh..spiking London plak..)
Masa : Dua tiga empat lapan taon yang lepas.

Seingat aku laa, lepas si Hana, aku takde lagi nak menggedik ngan mana mana awek. Ada la dua tiga empat lima orang. Tapi semua nak jadikkan aku adik angkat. Bila entah nak apgred jadi pakwe angkat.

Aku rasa badi tue membawa sampai laa aku sambung belajar di Shah Alam. Masa belajar di SMT Segamat, lagi laa. Semuanya jantan. Ada gak yang jambu jambu.. tapi sori nok, aku masih okeyh ( baca..aku bukan Gay, aku ok..)

***

Bas uzur yang aku naik setiap hujung  minggu ada reputasi nak tersangkut di Bukit Kanching. Tapi apakan daya, itu jer laa bas yang ada untuk aku ulang alik. Harapan di hati nak ada kereta ngan drebar sendiri. Tapi..harapan jer laa..nak makan pun mintak ngan mak ayah lagi.

Kot kot aku mintak kereta sebijik ngan ayah, kalau tak dapat stereng kereta, ada harapan dapat tapak kaki padu di rusuk.

Aku dok melayan angin sepoi sepoi language open air bila mana hidung aku terciom bau wangi perfume awek di seat depan. Perghh... syiookkk!!!

Nampak kepala jer pun. Muka tak nampak. Gilo mung kalau duduk belakang boleh nampak muka orang depan. Sah sah menipu.

Bas berhenti di Pasar Seni. Nak kena turun tukar bas ke Shah Alam pulak. Aku malas nak berasak asak, so aku tunggu laa orang lain turun dulu. Diorang nie, macam laa drebar bas tu nak tutup pintu siap pasang mangga lapan bijik kalau diorang lambat turun. Entah hape hape.

Awek yang duduk seat depan aku pun bangun.
Semerbak lagi bau perfume beliau menusuk nusuk hidung aku yang kembang macam bunga matahari nie.

Bila dah lengang sikit, baru aku bangun dan membetulkan backpack aku. Aku tunduk dan terpandang sebijik purse di atas seat awek tadi.

"Ada can nie!"
otak bergeliga aku merancang rancangan jahat. Paling koman pun, mintak nombor telefon.

Aku capai purse dan bergegas menuruni tangga bas. Lima anak tangga bas aku lompat macam tue jer. Awek punya pasal. Kalau jantan..lantak ko laa..silap silap aku buat dokno jer masuk dalam poket.

 Mata melingas mencari awek berbaju biru berperfume wangi. Aku nampak dia berdiri di hadapan bas yang lain membelakangkan aku, tengah tunggu kawan dia kot.

Aku cuit bahu awek baju biru berperfume wangi.
Dia berpaling dan memandang aku dengan muka kompius.
Aku pandang dia dengan muka blur. Comel sehh...takashimaya terkesima aku seketika.

"Iyer?"
suara dia membuatkan aku mula teringat tujuan aku.

"Err.."
Aku hulurkan purse yang aku pegang kepada awek baju biru. Dia teragak agak.


Dia cuma ambik, diam seketika, pusing dan mula berjalan meninggalkan aku. Cipan awek nie. Takkan blah macam tue jer oii. Nombor telefon rumah takde ker?.. paling koman pon, nombor telefon kedai pajak gadai depan rumah pon ok gakk!!!..

Sombong betul. Kalau aku tau, aku sebat semua duit dalam purse dia.. grrrrr..

Tapi aku cool. Gua pro bebeh.
Aku cuma garu kepala dan pusing untuk berjalan ke Central Market. Mak kata, buat baik jangan harapkan balasan. Aku ikhlas la nak tolong tue dan harap dapat nombor telefon sekali... ikhlas la tue kan?..

"Awak..!"
suara lunak tadi menyapa. Aku berpaling.
Si wajah comel berperfume wangi memandang aku sambil tersenyum.



..dan tersenyum lagi...dan lagi... dan lagi..sebelum dia memanjat tangga bas.

Perghh... masa tue, aku rasa, itulah Terima Kasih paling sedap di dunia. Macam makan ayam. Ayam KFC. Aku tersiput siput malu. Ahh.. malu laa sangat. Aku menyambung perjalanan sambil tersengih lapan inci.

Separuh jalan aku berhenti. Aku tepuk dahi.
Ahh..lupa plak nak jawab sama-sama.

Aku sambung jalan dan kemudian..aku tepuk dahi lagi.
Ahhh.. lupa plak nak mintak nombor telefon dia!

***

30 comments:

  1. mesti dia pakai silky girl kan?

    ke time tu silky girl takde lagi

    ReplyDelete
  2. adeih...meleleh aku baca entri ni bro...hahahaha~

    ReplyDelete
  3. tepuk dahi lagi skali..
    gatai naaa..mak suruh belajar, mata dok pandang makwe yer..

    ReplyDelete
  4. apekelembap bebeno ko nih aujinzz oiihh??hahaha

    ReplyDelete
  5. terpana eh..smp tlupa skrip..hehe

    ReplyDelete
  6. taip "komen"..ahahahahaha
    ojinz gataiiiii...ngahahaaa

    ReplyDelete
  7. laa ojin, ko rupenye yang...yang...yang pulangkan purse aku tu..!

    sori wey time tu aku malu giler. aku tengok ko pun merah padam je muke. tu la aku lambat sket cakap tme kasih tu.

    hahaha =))

    ReplyDelete
  8. xpe2,hana masa silam mu.kini,haleen kan ade!muahaha :P

    ReplyDelete
  9. @Lalingloi Wanie:

    mane ade silky girl masa tue..koh koh koh

    ReplyDelete
  10. @A-m-i-r:

    huhuhu.. meleleh air mata kaaa meleleh air liur??..

    ReplyDelete
  11. @cik 18:

    bukannn.. sekadar menghargai makhluk tuhan yang comel itu..

    ReplyDelete
  12. @Ann:

    huhuhuhu.. agak laaa.. tapi okey jer.. koh koh koh...

    ReplyDelete
  13. @Pinky Lucia:

    nak buat macam mane.. terlebih makan perut ikan bilis..

    ReplyDelete
  14. @MaiMoon:

    mane ade melepas.. koh koh koh.. memandai jer..

    ReplyDelete
  15. @Aleen:

    huishhhh.. best best.. aku tunggu ang.. koh koh koh..

    ReplyDelete
  16. @Sab:

    hahahahhahha... dah dah dah.. laaa... ko ker??.. perghhhhh.. kah kah kah..

    sekeh mo??..

    ReplyDelete
  17. gatai no...
    report sama bonda u..
    hohoho

    ReplyDelete
  18. out of topik jap.. sajer menjengah.. nak maklum, i'm back walaupun ko tak kesah pon...hahahhaha

    ReplyDelete
  19. @Iena:

    hahahahha... iklan silky Girl...

    ReplyDelete
  20. @Wanie-sang:

    koh koh koh.. alaaa.. bonda dah tau.. bonda sporting..

    ReplyDelete
  21. @zul:

    lame betul menghilang..koh koh koh..

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD