15 January, 2011

Kalau betul..aku takde hal nak hulur. Ini..

Semalam.

Aku bawak si Putih pergi servis. Almaklumlah, aku rasa aku dah abaikan beliau lebih tiga bulan kot. Pandai lenjan jer, tak pandai nak manja manjakan. Putih pon dah lama kot tak mandi. Last mandi.. errr.. taon lepas.. sebelum raye.. erkk..

Sementara menunggu, aku dok pandang sekeliling. Ada sorang mamat nie, pakai kopiah, baju melayu kaler oren, seluar slack ngan selipar jepun datang dekat ngan aku.

Yang tak syoknye, sambil jalan dier pegang telor dia celah kelangkang dia, gatal kot..pas tue hulur tangan nak salam ngan aku. Aku buat buat tak nampak. (..jangan salahkan aku..kalau korang.. nak sambut ke salam tue? koh koh koh)

"Assalamualaikum Bang,

"Waalaikumussalam..."

" ..mintak derma untuk tahfiz (..merepek, merapu.. meraban..percakapan tak jelas..)"
sambil menghulurkan satu fail berisi macam macam dokumen. Aku cuma tengok jer. Tak pegang pon. Mamat tue pon macam tak konfiden. Muka takde perasaan.

Tiba tiba satu kertas melurut jatuh dari fail. Dia bongkok nak ambil. Hampir hampir tersembam ke lantai. Lain macam jer mamat nie.

Dier macam pening. Nak masukkan balik kertas tue dalam folder plastik tue pun macam sengal. Walhal bukaan folder tue memang jelas nampak. Dia cuba nak koyakkan plastik untuk masukkan balik kertas. Cepat cepat aku tunjukkan bukaan folder.

Dia cuma mencangkung garu kepala sambil mendongak memandang aku.

"Takpelah Bro, lenkali laa yer.."
aku rejek dengan baik.

"Tolonglah bang, derma..."
rayu mamat tue dengan suara yang tak jelas.

Aku tak jawab. Aku tinggalkan dia dan masuk ke dalam worksyop.

Dari jauh aku pandang mamat tue jalan terhoyong hayang.

"Itu orang betul ka tak betul abang?"
soal budak pomen kepada aku.

Aku geleng kepala.

Tak sampai sepuluh minit, dia datang lagi. Masuk terus ke dalam bengkel.
Bagi salam dan hulur tangan pada aku. Macam itu baru first time dia jumpa aku. Ulang ayat yang sama.
Tokey bengkel terpaksa suruh dia pergi tempat lain.

Dalam kepala aku dok fikir.. dari mana dia dapat semua dokumen tue?
Anak yatim mana yang dia paw?


Donia donia.

16 comments:

  1. perenggan ke3 tu aku da macam was2 nak bace.ang kene paham..aku nih maseh d bawah parental guidance..mane bley bace yg senset2...bahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha. pelik betul. perlu ke macam tu?

    ReplyDelete
  3. @Aleen:

    hahahhaha.. sori beb.. aku lupa Ang budak bawah umor lagik..

    ReplyDelete
  4. hehehe..
    mcm2 aksi ya dak..duit punya pasal..

    aku penah jugak,,alah banyak lah kat mesia tu siap tunjuk anak lah apalah dari pakistan la sangkut la terlepas bot lah mcm2! last2 yg sedap aku tgk ada makcik ni siap kata anak2 tak makan, aku wat donno semedang tgk2 dia blah naik wira..

    kejadah hape? okeh fine aku pandang rendah kat pengemis.pengemis skg terer2 hebat2..tapi aku naik bas je klu nk balik umah.

    ceh! poooodah!

    ReplyDelete
  5. mcm xbetul jer dak tu, seram jer aku baca kisah ko ni...

    ReplyDelete
  6. @Fiq Vertigo:

    ha'ah.. aku pun sama..
    aku sekarang dan skeptikal dengan peminta sedekah.. rasa macam tak percaya jer..

    ReplyDelete
  7. @Ann:

    memang tak betul pun rasanya.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. @Silah:

    tak paham takpe.. itu semua donia.. koh koh koh

    ReplyDelete
  9. penah last 3weeks , lepak kat subway wangsa walk . ada budak kecik mintak derma untuk tahfiz . dia cakap umor 10 tahun n baru masuk tahfiz tuh . boy yaya taya da hafaz surah apa . dia cakap yassin n ada la 2-3 surah lagi . boy yaya tebuk ayat yassin part tengah2 n suruh dia sambung . wahh dia dapat sambung dengan jaya nya . lepas tu baru hulur . huhu

    ReplyDelete
  10. hoh. kat sini pn slalu jek orang datang kutip derma. paling femes kat depan pintu bank, stesen minyak n kat kampung. sakit hati je.

    kadang2 terpaksa buat hati keras tanak kasi walaupun kesian. bukannya apa. melampau.

    pernah terniat nak amek picture diorang. agak2 diorang bagi x?

    ReplyDelete
  11. @yaya:

    terbaek... boleh guna cara tue selalu..

    ReplyDelete
  12. @Fentot:

    koh koh koh... ambik jer.. ape diorang nak kesah...

    ReplyDelete
  13. haha tapi make sure kita pon kna hafal la . buat nya bdak tuh gebang ayat laen kita pon cakap betol jek . hahaa

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD