27 December, 2011

Trauma kekal

Mata aku memang dah malap malap. Yang aku fikir adelah, katil dan bantal. Tiga hari menapak, merangkak, memanjat dan berbelas belas jam di dalam kenderaan adalah menjerihkan. Member aku yang lain semua dah dapat bilik masing masing.

Check in. Bagi passport. Awek kaunter bagi kunci bilik. Aku capai dan terus menuju ke lif. Dari sampul kad kunci bilik aku baca nombor tulisan tangan tertera 205. Jumpa bilik 205 di hujung koridor. Aku jolok dalam slot pintu. Lampu merah menyala. Aku jolok lagi. Lampu merah menyala dan pintu masih terkunci.

Tiba tiba pintu terbuka sendiri. Aku tergamam. Di depan aku seorang lelaki Mat Saleh berbadan ketak ketak. ..yang tiada sehelai benang pun di badan. 

Cepat cepat aku blah selepas ucapkan maaf menuju ke lobi.

Bedebah. Aku periksa semula nombor bilik di kaunter check in.
Nombor bilik aku ialah 705 bukan 205.
Tulisan buruk awek kaunter telah memberikan trauma kepada aku pada hari tersebut...


............................sampai ke lutut tueee...


P/s : Pengalaman yang berlaku semasa di tempat orang. (T___T)







26 Ngomelan:

Blog Fatin Fadhillah said...

bwahahaha.. lawok2!

SekupangDuaKupang said...

hahahahaha auww.. bertemu jejaka ketak2 <3

aleen aiden said...

kalau badan ketak2,kalau hemsem dan kalau die berdiri depan aku,gamaknye bertemulah aku dengan sorga dunia ketika itu.muahahaha

Ezy Chiaki said...

kuikui..
xleh blah..

Abang Zam said...

real seh muka rage lu ni
haha

Cik Bulat said...

HAHAHAHA!! tahniahhhh ! nasib dia tak ajak masuk dalam. HAHAHA!

Aujinz said...

@ Fatin : cit... kena kat dia baru tau erti trauma..

Aujinz said...

@ Mimiot : bahahahahha...

Aujinz said...

@ Aleen Aiden : ang jangan nak sorga donia sangat laaa.. neraka tahu. Ang tau kaa ayat yang last tue aku maksudkan ape?.. wakakakka

Aujinz said...

@ Ezy : kannn.. trauma..

Aujinz said...

@ Abang Zam : koh koh koh koh... janji rage.. XD

Aujinz said...

@ cik Bulat : koh koh koh.. mau tak cukup tanah aku lari..

Fina Fento said...

haha..
pandai awek kaunter tu menghanjeng :))

merahitujambu said...

ahaha..aaaaAAAA nampak apa haaa???

mashy_entah said...

hahaha..ingt jumpe antoo...

FH said...

pergghhh.. betuah! hahaha
kaunter tu macam saje je :PP

misz_eyza said...

erkk sila marah kerani kaunter....hahaha

Aujinz said...

@ Fina Fentomatot

Koh koh koh.. bukan salah dia..

Aujinz said...

@ merahitujambu

Takkan nak jawab kot... Huhuhuhu

Aujinz said...

@ Mashy :: antoo pon tak ngeri mcam tue..

Aujinz said...

@ FZ :: tak kot... Dia memang tulis no bilik yg betul. Tapi tulisan dia buruk..

Aujinz said...

@ misz_eyza dah lepasss.. koh koh koh

keri ikhwan said...

haha..trauma aku dengar

budakampung said...

perghh..mengena! kalau awek ketak2 oke la jugak..hahaha

Aujinz said...

@ Keri Ikhwan : tau takpe..

Aujinz said...

@ budakampung : kalau awek ketak ketak pon , aku lari jugak..