26 May, 2014

Haru

Dua tiga menjak ni, aku rasa nak tido jer bila datang opis. Kerja bersepah-sepah. Dengan audit, site visit, meeting. Kalau dah selalu meeting meeting, habis susu tinggal tin. Sekali dua  kali meeting sebulan oklah.. ini sampai direct lima hari meeting lepas tu tiap tiap minggu meeting, kucing pon boring naik tingkat sembilan dia terus terjun wehhh..

Dan boss arahkan aku masuk meeting lain pada hari Isnin. Kebiasaan boss aku kalau suruh masuk meeting, dia suka bagi verbal. Dia tak tahu ke email tu penting untuk aku claim mileage. Hah?! hah?! dan lagi Isnin adalah Monday Blues tahu tak. Duh!.

Aku dengan penuh dedikasi tapi berat hati, pergilah menunaikan tanggungjawab buku akaun aku walopon report kat opis bersusun tak siap lagi. Sesampai ke kat Subang, aku termangu-mangu masuk dalam opis department group IT. Bilik meeting depa kosong. Hampeh betei depa ni. Janji kabo meeting pukul 9, dah 9.10 sekor pon tak sampai lagi.

Riak jugaklah rasa diri sebab selalunya kalau meeting, aku mesti lambat dua tiga minit.

Beberapa staf group IT mula jeling jeling aku melalui cermin kaca. Aku dengan selamba melayan twitter di handphone. 

Setengah jam aku tunggu, sekor pon tak nampak batang hidung. Aku jalan hentak-hentak kaki tanda protes menghampiri setiausaha pejabat.

"Puan, meeting dengan Puan Suvin kensel ke?"

"Meeting? Puan Suvin cutilah hari ni, encik!"

Berderau darah aku. Cecepat aku Wechat ke boss aku.

Aku lupa nak bgtau, meeting tu kensellah hari ni :)   Balas boss aku. 

****

Habis bersepah tong sampah kat lobi aku terajang.
Aku tak kesah dia lupa, yang aku kesah kenapa letak smiley kat hujung ayat.


Dia dan smiley dia dah boleh pergi menebas!

38 comments:

  1. meeting waktu Monday Blues sangat mengundang sesuatu sungguh.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. mengundang sesuatu sungguh.. hahaha

      Delete
  2. takziah..
    pegi layan nasik lemak sepinggan dua dulu sebelom masok opis ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak best. nasi lemak tinggi kalori.. koh koh koh

      Delete
  3. Pagi2 ni memang elok pegi menebas.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi tak best menebas.. rumput liat.. koh koh koh

      Delete
  4. sedihh citerr U_U...hah hah hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. hua hua hua... eh.. salah.. wuwuwuwuwu

      Delete
    2. komik KAMI dah selamat sampei..
      blom khatam lagik tapi BESTTT..!

      pssstttt..Aujinz, kem salam kt nazha anua yep...haha

      Delete
    3. laaaa.. kenape tak kabo ke dia terusss.. kakakkaka

      Delete
  5. Xpasal je tong sampah menjadi mangsa..ekekekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tong sampah paling dekat... takkan nak tendang pintu lif plak.. koh koh koh

      Delete
  6. mesti hang tak sangka hang kena troll ngan boss hang...

    ReplyDelete
  7. bestnya jugak tu, lepas geram kat tong sampah. tak pun jerit kuat2 dlm lif. tp masa tk der org la. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. dalam lif tak pernah lagi jerit jerit... takde pekdah... kitorang ada tempat test enjin kapal terbang... haaa.. jerit kat situ.. kakakkaa

      Delete
  8. pandai betei bos hang troll staff dia noh... takleh nak claim millage plak tuh, mmg dia nak troll tu, sbb buh smiley... hahah, sabaq ja la jinz noh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh.. aku claim gak mileage... ingat minyak kete aku free kaa.. koh koh koh

      Delete
  9. Kahkahkah..smiley tu..kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diam momo diamm... bila nak ambik buku ni??.. hoh? hoh?

      Delete
  10. gila arrr, mmg kene troll habis, mcm kene prank ade gak dgn smiley tu... mmg berasap je telinga dgn hidung... nyiaha...

    ReplyDelete
  11. adoyai boss..kena amek assistant lagi satu ke cmne ni boss?

    ReplyDelete
  12. n lg bengang gk boss x mintak maap sbb lupe. kalo mntak maap, sojuk skit bace.

    ReplyDelete
  13. Hahaha,
    aku dapat rasa mmg bos hang nak kenakan hang sedas...
    Kalau aku bos pun aku akan suka kenakan staff...
    Kalau aku bos laa...hahahah

    ReplyDelete
  14. mmg nak perang dunia ketiga boss kau tu ojin.. pegi calarkan la keta boss kau tu. hoho

    ReplyDelete
  15. dengan tanpa rasa bersalahnya ;) kehkeh

    ReplyDelete
  16. Sabo yea ayong....mnta ckaim milage double....

    ReplyDelete
  17. sabar lah bang, nak adik tenangkan?

    ReplyDelete
  18. nasib baik dia tak reply tambah troll face...kalau x abeh
    semua bangunan kena terajang ngn ojinz..XP

    ReplyDelete
  19. hahaha, kadang2 tanda smiley uh, boleh buat kita terbang melayang, tapi kalau salah tempat nak je terajang...sebab bos punya pasal, nak terajang, tak boleh, terajang tong sampah, jadi lah...haha :P

    ReplyDelete
  20. rupanya ada waktu smiley jadi tak berguna kahkah

    ReplyDelete
  21. kahkahkah
    cuba ko reply
    nak kena terajang ke bos?
    pastu letak tanda smiley kat hujung ayat
    amacam?

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD