Aku sebenonya ada *koff koff koff* rumah. Rumah tu dah terbiar setahun lebih tak berjaga walopon tuannya seorang jaga yang berkakilebar. Malas nak pindah sebab rumah sekarang dia punya best lain macam. Ramai awek cecomel sebenonya.. belum sanggup lagi nak tinggalkan awek-awek cun semata-mata nak duduk rumah atas tanah. Koh koh koh
So, bila sorang member aku nak bina masjid baru ganti masjid lama dia yang roboh, dia pun kecek nak menyewa rumah aku. Sebab dia pun member rapat aku, aku bagi jugalah. Kiranya dia perasmi rumah aku lah nantinya sebab sejak dapat kunci, rumah tu lipas pun belum rasmikan lagi. Lipas pun malas nak singgah sebab takde almari baju ka, almari dapur ke nak nyorok.
Aku kabo ke opismate aku yang lain, nak pinjam peralatan dia. Dia buat muka tak percaya bila aku kabo aku nak basuh rumah sengsorang. Macamlah aku kabo ke dia aku nak gali lubang jamban guna tangan. Heh..
Dia pun beli rumah sederet dengan aku. Dia kabo nak patah pinggang basuh rumah. Itupun dia berdua dengan suaminya dan bantuan dari anak-anak sedara. Kemain riak aku jawab takpe. Dalam pada tu, aku buat juga muka lima sen kot kot dia nak offer tolong aku basuh rumah. Harammm.. selamba jer dia makan cengkodok ikan bilis sambil buat-buat tak faham.
Maka, berlalulah aku ke rumah tempat jin bertendang selama setahun setengah. Sampai depan pintu pagar, bau yang aummm menusuk ke lubang hidung. Hampeh betei. Bau taik kucheng!
Rumah aku jadi public toilet kucing-kucing jiran sebelah. Itupun tengah aku tertonggeng tonggeng jadi balaci kutip tinja depa, ada juga yang kongasam pergi memerut kat part lain. Khfhhsdhfhuwefn... NAsib baik aku dengan kucing tak berkira sangat.
Macam orang sewel gak laa aku membebel kat kucing yang baru nak memerut tu. Nasib baik dia jenis selamba gak macam aku.
Kawasan rumah aku tu baru lagi. Orang pun tak ramai. Masa aku membasuh, kemain sunyi baq hang. Macam dalam gua yang dipasang dengan sound proof wall dan noise canceller jenama Bose. Aku berdiri depan pintu tegak macam tiang bendera pun tak dengo bunyi apa. Jiran sebelah kiri kanan pun tak berbunyi langsung. Ingatkan boleh laa dengor bunyi katil berkeriut ke ape ke masa diorang buat amal atas katil.. Haghammm.. Sunyi giler. Ya tuhan, ini kawasan perumahan ke kawasan perkuburan.
Tanpa mengendahkan kesunyian yang aku lalui, aku teruskan misi membasuh rumah. Membasuh lantai rumah sebenonya sebab dari pagi sampai petang, tak leh siap basuh pun satu rumah. Dah laa paip kat rumah tu tak mesra paip getah. Terpaksalah aku tadah air manual sebab paip laman rumah belum pasang. Korang bayangkan setiap kali nak basuh, aku terpaksa angkat air satu baldi. Aku rasa ada laa kot 100 kali aku ulang alik bilik air mengangkut air. Tangan pun berketak-ketak. Bicep menonjol. Tapi perut tetap boroi.
Sambil membasuh tu teringin gak main slide-slide. Ibarat masa kekecik dulu main slide-slide masa mak bapak korang sibuk basuh lantai rumah.
*flashback*Habis flashback. Ko ingat ini filem Sayang Salmah?
"Mak, mak tengok ni!" *slide*
"Jatuh kang hoi budak ni!"
"rilekslah mak!" *slide, tergelincir, berdebuk macam nangka busuk*
"Kan aku dah kata!" *pak pak pak ligat tangan mak menampar punggung montok aku mencalarkan keegoaan. Lari bawah pokok rambutan tanda protes*
*/flashback*
Dah sampai part penat nak angkut mop pun tak larat, beransurlah aku balik ke rumah. Time tu aku rasa, kalau kereta aku boleh drive sendiri, nak jer aku suruh dia drive sendiri parking sampai depan pintu rumah naik tangga kat tingkat tiga nun... Nak tarik lever signal pun tak larat baq hang... aku singgah beli Coconut Shake pun, minum dah rasa macam air perahan mop basuh lantai.
Punyalah putus selera.
Malam tu dah macam orang tua dah aku gosok pinggang sendiri guna minyak Sakal Serai Putung Wangi berangin dengan bacaan doa 30 kitab Tok Guru Universiti Ontahmano. Susahnya takde orang nak minta tolong urutkan. Kalau bini ada jual kat Giant, dah lama aku beli empat terus mintak tolong urut kaki tangan dan belakang.
Sob sob sob ~
sekangkang kera gergasi lah tu... hahahah, oh tahniah atas kejayaan anda membeli dan memiliki rumah sendiri ye unkel aujinz~ ;3
ReplyDeleteHahahahaha.. terima kasih plain.
Deletebtw, join my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
DeleteContest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD
join laa, join laaa~ ;3
Eksen kemain nk bsoh umh sengsorang..
ReplyDeleteHakhak..
Lelaki kena laa macho basuh rumah sengsorang. Wkwwkwkw
Deletepunya panjang cerita minggu ni sakit jari scroll scroll hahaha
ReplyDeletelenkali nak basuh apa pun ajak reramai, pastu boleh piknik lepas siap cuci, padan muka..hahaha
Hahahahaha.. eh suka hati laaa... saya sorang² pon boleh
Deleteapakah kau aujinz.. Aku pun cuci rumah sengsorang time pindah rumah dulu. Siap tukar tombol, repair kepala paip. Kemon la Lanun.. Ganas sikit ye..
ReplyDeleteHelehhh.. helehh.. hang tak cerita laa bab sakit urat pinggang tu semua.. kan kan kan.. kakakaka...
DeleteAku punya penat adalah akumulasi dari tak tido semalaman, basuh kereta, basuh rumah, angkat air dan membongkok basuh lantai. Haaaa.. gitulah.
Kakakaka
kesian kena bersih rumah sorang2. ajak la geng laen kali. pastu belanja seoul garden. confirm berduyun dtg nak tolong.
ReplyDeleteMasalahnya bro, masa tu semua pakat² balik kampung. Nak cuti sekolah kannnn...
DeleteHAHAHAHAHAHAHAHA!!! Maigood.
ReplyDeleteApa? Apa?
DeleteKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA. Eksyen lagi. Padan muka.
ReplyDeleteAmboiii, seronoknya gelakkkk.. kakakaka
Deletex ajak mem kecik 'tolong' sekali ke?? haha..
ReplyDeletesekali sekala bakar lemak tepu yang berkumpul kat perut tu.. apa salahnya, :P
Tak ajak. Sebab dia balik kampung. Cuti aekolah kannnn
DeleteLen kali ajak le teman sorang dua tolong...
ReplyDeleteAku pon boleh tolong kalo ko nak...hehehe
Tp apsal bg org sewa?
Apsal ko je tak dirikan rumah tangga (**ehem ehem**) dan beranak pinak dekat situ je...hehehe
Aku nak ajak tapi ko jauh kakakaka...
DeletePasal sewa tu.…. *koff koff koff* sebab rumah yg aku duduk sekarang pun rumah sendiri gak. Dan dia punya prasarana sekeliling dah ohsem. Wkwkwww... member aku pun kabo dia nak sewa setahun jer. Kira, bolehlah aku cover duit rumah tu setahun. Wkwkwkw ~
wah.. kayanya tuan ojinz kita ni. ada byk rumah sendiri tu. hebat.. hohoho. :D
DeleteTak kaya pun. Kaya dengan hutang. Wkwkwkwk
Deletealooloo cian ayong tu...cuci lantai umah bru mmg penat walau sekcik mna pown...sebabnya lantai berkarat ya ampun...lain la umah yang dah pernah ada org tinggal dan pernmem mudaah cuci lerr...klu sunyi len kli bawak penghibur yea...mem kecik pown okay...hahaha...bab kuceng tu, kena slow talk ngn owner larr...
ReplyDeleteHahahaha.. kucing saya tak kisah. Saya pun suka kucing. Silap² kucing tu saya culik bawak masuk rumah. Wkwkwww
Deletetahniah ade rumah sendiri.. memang rumah nampak sekangkang kera.. tapi mengemasnya memang penat.. hargailah suri rumah.. hehehe
ReplyDeleteHahahaha.. baiklah. Saya hargai suri rumah.
Delete*Cari suri rumah*
hahaha, kalau kecik-kecik basuh rumah sebab banjir, memang duk main slide...bila dh tua, tak larat dah main slide, kang jatuh gedebuk, boleh patah pinggang...hahahha
ReplyDeleteKannnn.. tak kuasa. Dah tua² tulang dah reput. Kakakaka
Deleteaku nak sewa rumah yg ko duduk sekarang boleh bero?hehheh
ReplyDeleteHahahaha... jauhhhhh ~
Deletewahh.. tahniah dh ada rumah. takpe bersihkan skit2, nnti nak duduk tak penat dah
ReplyDeletehahahha.. saya basuh rumah sebab nak sewakan.. koh koh koh... penatlah jugak..
DeleteTahniah atas kecekalan dan ketabahan hati yg cukup luar biasa.
ReplyDeletekalau dah bina masjid senang sket nak buat gotong royong bersama ahli qariah jemaah bersihkan kawasan mesejid tu.
Kat Giant tu kalau pandai cari dan pandai ayat boleh je dpt bini. Awek cashier kan ramai haha
kat Giant tempat aku, cashier depa semua mak mak orang.. koh koh koh
Deletebasuh bilik asrama sebiji pun susah, inikan rumah sebiji...haha
ReplyDeletebasuh asrama ramai-ramai takpe... ini sengsoranggg.. hua hua hua
Deletedulu basuh umah sewa time bujang2 punn ber3..terkial2 esok memasing jln mcm penguin..otot terkejut sesekali ber eksesais..
ReplyDeleteHahhaha.. mesti jalan mcm robocop kan.. wkwkwkwkw
Deletetetiba teringat gambar ko basuh rumah yang kengkonon sekangkang kera ni. aku dapat bayangkan cane keadaannya. mati-mati aku ingat ko yang nak tinggal kat rumah tu. :3
ReplyDeleteWkwkwkw.. aku sewakan jer
Deletedari awal baca sampai habeh, aku bantai gelak je. buleh tahan gak si brader ojinz ni.
ReplyDeletepart "kalo la bini ada jual kat giant" tu aku rasa paling win. hahahahahaahaha
tu la eksyen lagi konon terer sangat basuh rumah sensorang. haaaa hamekaw kehkehkeh =P
Alaaaa.. lelaki kena laaa berlagak macho.. wkwkwkw
Delete