29 October, 2014

Nak seribu daya, tak nak ko boleh balik

Setelah sekian lama memendam rasa, aku berhajat untuk menggantikan handphone HTC aku yang dah kaput sikit masa dahulu. Oleh kerana aku teringin nak guna Tab, maka aku mengambil keputusan untuk mendapatkan sebijik Tab sebagai peneman membaca manga secara online di dalam jamban. Walaupun awalnya dulu, aku nak Note 8.0 sebab boleh melukis sesuka hati, tetapi setelah di racun oleh kawan kawan, pujuk rayu dari pamphlet dalam peti surat, membuat timbang tara dan melambung dadu, akhirnya aku pilih Tab paling latest dari Samseng.

Setelah mengserveikan merata tempat dan secara online, aku tetap berpatah arah ke kedai yang biasa aku beli handphone kat Subang Jaya SS15 tu. Aku malas nak promote nanti korang penuhkan kedai tu susah aku nak beli handphone..hiks , tapi siapa yang tahu kedai paling murah dan jual handphone original, korang tahulah. Koh koh koh.

Tapi, setiap yang best itu mesti ada halangan onak dan duri yang perlu kau tempuhi dan jem kau perlu harungi.. Ko ingat benda yang best ni senang nak dapat? Huh!

Setelah aku mengekol kedai tersebut bertanyakan stok Tab idaman dan menerima jawapan yang memberangsangkan, aku menyetart kereta dan menuju ke Subang.

Aku cukup menyampah dengan jem. Aku bukan kipas susah mati jem jem ni. Kena beratur nak bayo parking pun aku dah cepat hangin. Inikan pulak menempuhi jem yang langsung tak boleh nak sapu kat roti Gardenia tanpa lemak trans dan dengan germa penuh. Kalau boleh sapu kat roti Gardenia tanpa lemak trans dan dengan germa penuh makan masa tersangkut kat jalan, sedaplah jugak. Diorang ni tak reti duduk rumah kepe?


Dan lagi, bila dah jem, aku cepat hangin. Orang hon aku marah, orang himpit aku marah, orang jeling aku marah, orang menyelit aku marah, hatta orang kereta sebelah yang tengah korek hidung dan tak tahu apa apa pun aku marah sampai tercengang dan kompius menitiskan air mata dan hingus mengenangkan apa dosa beliau kepada aku..

Lagi satu, parking kat sana susah sikit. Dah laa parking kena bayo. Tapi dah nama pun dasar lanun kan, mana suka nak bayo bayo ni. Kalau boleh parking dalam kedai dah lama aku parking dalam kedai.  Last last mana ada parking kosong, aku masuk jer. Itu yang kekadang kena menapak jauhhhhhhh tu.Tapi takpe, demi Tab idaman punya pasal.

Nak lagi tensen, dah la menapak jauh, ketiak berlengas, masuk masuk tengok kemain ramai manusia bersardin dalam kedai. Itu tingkat bawah tu. Tab idaman aku kat tingkat atas. Pusing-pusing tangga, tedia, sampai ke tangga kena beratur. Dah macam beratur nak beli tiket konsert artis Koreya idaman anak anak Melayu. Siapa eik artis Koreya paling femes skang ni. Aku tak ambik port pun. koh koh koh.

Nak menunggu turn aku sampai ke kaunter memang jenuh laaa... sempatlah aku menyebar seribu fitnah di Twitter, skodeng makwe makwe cun dan kurang cun serta tak cun kat Instagram dan mengumpat bigboss aku di Facebook. Itu belum lagi mengadu ke crush kat Wechat lagi tu. Memang buang karen jer. Kena gelakkan lagi ade laa.. huh!

Setelah sabar menunggu dan beratur sampai kejang semua urat kaki dan pinggang, akhinya sampailah giliran aku. Berbaloi jugaklah aku menempuh jem selama sejam, menapak 800 meter dari parking ke kedai tersebut dan beratur hampir sejam sebab akhirnya aku berada tak jauh dari Tab idaman. Hua hua hua hua... gelak weh gelak sekali dengan aku.. dah nak happy ending nie.. hua hua hua




 Masa tu aku rasa memang nak bako jer kedai tu!
Jicklempers!

Hah, korang berani korang gelaklah! Korang gelak!  (-_-)

55 comments:

  1. HAhahahahahahhahahahahahhaahahahahahahahahaha kesian ojin :P

    ReplyDelete
  2. tengah gelak tutup mulut ja neh aujinz...xpe kan??

    ReplyDelete
  3. hahahaha, bukan main banyak kompelin dia. ini kalau masuk aduan rakyat, maybe boleh terpilih pengomplen paling berjaya

    ReplyDelete
  4. hiks..

    aku tak gelak jinz..sila PM aku address kedai tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah PM. Ko google jer nama kedai Directd

      Delete
  5. Takyah kabor pun , DirectD tu memang dah sedia ramai orang macam kat pasar malam. Lenkali try kat SatuGadget pulok, harga lebih kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.. masalahnya itulah masalahnya. SatuGadget tu kat KL. Lagilah jemmm.. wkwkwkw

      Delete
  6. Basuh kaki sat kat sini.

    Malam ni mai baca len. Hihihi

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Lelaki mana boleh nangis. Lelaki kena cool. Koh koh koh ~

      Delete
  8. Note 8.0 laahh tab ape keleesssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Tab S adalah Tab Samseng paling premium... haaa gitu

      Delete
  9. erkk... aku tak rasa nak gelak, aku rasa kesian... beli via online cuba? lamido.com.my? ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... takpe. Kedai tu pun jual henfon kat Lelong. Tapi kalau bab handphone, aku suka beli direct kat kedai. Koh koh koh...

      Delete
  10. hahahahhaaa....
    ni gelak "belas ehsan" kah kah kahh...

    sorik yep Ojinz :p

    ReplyDelete
  11. Kite tau kedai mana! Eh jap.. sebelum tu...HAHAHAHAHA, kena gelak dulu. Btw, subang situ mmg jem. Kalau kurang tahap kesabaran tekan minyak, tekan brek tak yah ar masuk situ. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. Tak leh book ke masa ko call awal2 tu?
    Hampeh sungguh setelah berpenat lelah berakhir dgn kekecewaan.
    Alang2 kau carik yg ori, kenape tak pegi butik Samsung terus?
    Kalau beli situ dpat jimat berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh bro. Kedai tu memang sentiasa penuh ngan orang. Hatta kalau ko sampai sana baru nak tanya tanya pun depa x layan. Kena tetapkan handphone apa nak beli baru pegi. Aku dah tanya butik Samsung. Bezanya RM300++ gak laaa.. huhuhu

      Delete
  13. sadis~ next time cube lagi ye..
    apepon SS15 MMG SELAMANYA JEM.aku yg dok area dekat2 ctu pon mmg selalu elak masuk SS15.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..dulu kini dan selamanya.. tak yah cuba dah..
      Wkwkwkw..

      Delete
  14. hahahahhaahahh... adoiii... ini pengalaman yg paling sadis dalam misi pencarian tepon... hahahahhaahahhaha... adoiyaiiiii.... penah g situ gak.. tapi masa tu 1st time nak beli tepon.. beratur punya beratur.. dah sampai kaunter.. g tau nak samsung.. skali dia cakap.. ini kedai jual Lenovo saja.. u nak samsung pegi kedai depan T_T.. gilesss tul... masuk la kedai depan beratur balik... T_T queue sampai luar... terus tuka option tuka pilihan tepon lain.. kikikiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahaha... haaaa kann ... kedai dia ada 3... itu hari saya masuk kedai masa bak belikan handphone boss.. jenuh jugaklah nak beratur balik..

      Delete
  15. Aku bersimpati… tp best jugak gelakkan kau. Muahahahaha đź‘ż
    Kalau aku dah maki hamun n tonggang terbalikkan dah brg2 dlm kedai tu… tapi benda2 tu dlm imaginasi aku je la.

    Biasanya aku keluar je dgn pasrah. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... alaaa bro, dalam imaginasi aku lagi ganas.. koh koh koh

      Delete
  16. tak mampu nak tahan gelak aihh, dah agak dah HAHHAHAHAHHA

    ReplyDelete
  17. lps tu brader tu pun ckp, "awak dtg la esok lusa ye". hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. brader tu sengih jer sampailah diriku meninggalkan kaunter dengan penuh kekecewaaaannn,,,

      Delete
  18. kalo ahkak, dh terbalik lama dh meja cashier tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan.. ahkak kannn.... masa tu aku dah bako dah kedai tu... tapi dalam imaginasi jer laa.. koh koh koh

      Delete
  19. aku syak ko p digital mall ni. kalau situ, parking je kat parking bertingkat dia. ok je.
    share la kedai mana ko p tu. aku pun nk beli tepon baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah... kedai biasa kat SS15 Subang Jaya tu... huhuhu

      Delete
    2. Apa nama kedai tu? Bagitau la weh. Landmark dia ke?

      Delete
  20. ok x gelak hihihii...okey la ojinz boleh turunkan kalori dalam badan aritu hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbako banyak gak laa kalori time tu... koh koh koh

      Delete
  21. tediaaa punya jenuh merentasi segala rintangan onak dan duri sekalinya sad ending.
    HAHAHAHAHAHA hadoiyai krem urat perut aku gelakkan ko ni jinz =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa tu.. kemain sanggup meredah semua.. sekali sad ending...grrrrrr

      Delete
  22. x gelak... baca pn terasa stress sekali. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu.. alaaa janganlah stress cik amna... ape apehal pun, setelah tiga kali percubaan, akhirnya happy ending gak... koh koh koh

      Delete
  23. Lama xgelak kt cni,hahahahaha
    peace pakcik kacak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu.. hai Puan Noli... sibuk jaga Wafa yer.. XD

      Delete
  24. tengah pikir ni samada nak nangis sama or nak gelak tahap nak makan penampar hahahahaha

    ReplyDelete
  25. fffffffffffuuuwah kahkahkahkah :")))

    ReplyDelete
  26. jangan jadi samseng aujinz heh heh

    ReplyDelete
  27. kita pun dah pergi kedai tu.
    sambar lenovo tab 10.1 inch.

    haha..

    ReplyDelete
  28. elleh diretc td letuwww.... fadan muker..... den lomah sikit gi sutu bau masakkan cino... seriau terbau dio masak vavi... hadehhhh.... keliling eh kodai makan cino

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD