06 July, 2015

Awalnya anyam ketupat


Kadang-kadang aku pelik gak laa sesetengah makhluk tuhan ni yang suka sangat bergossip tak kira waktu, masa dan tempat. Datang kerja gossip, tengah kerja gossip, dalam toilet gossip, kat surau gossip, balik kerja depan pintu opis pun gossip,  pendek kata makan tido berak semua depa nak gossip. Yang dalam jamban tengah memerut sebelah menyebelah pun diorang boleh berborak lagi. Aku yang tengah meneran sembelit keluar masuk keluar masuk pun terjebak sama dengar depa gossip. Duh!
Oh ya, dah tentulah tandas lelaki dan yang bergossip pun lelaki. Hilang akal ke apa aku nak memerut kat tandas pompuan. Koh koh koh...

Kengkadang aku pun terjebak sama secara paksa rela. Iyer lah, kalau kat cafe  tu tengah makan baru dua tiga suap depa dah bukak topik, takkan aku nak angkat pinggan duduk ke tempat lain.  Kang diorang label aku kera sumbing plak kang. Eh.. sumbang. Dan lagi orang-orang lama kabo, makan pindah randah nanti bini banyak. Tak nak aku bini banyak. Kang tak terjaga acaner... koh koh koh ( amboi, tinggi bebeno angan-angan... ) Paling-paling dayus aku buat ialah pekakkan telinga walau pun dah pernah sound tapi kalau jenis telinga kuali  cap buaya muka lesung ada diorang nak kesah?

Tapi, sebab kaki gossip ni jugaklah, banyak berita yang aku tahu lagi cepat dari surat khabo..
koh koh koh...
Apa pun tak boleh...

36 comments:

  1. "taknak aku bini banyak.." betul ke?

    haritu puasa ke berapa ntah, dah mimpi abah suruh balik rumah buat ketupat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah.. ingat senang ke bini banyak. Tonggengjawab tuuuuu.. koh koh koh...

      Amboi, awalnya nak anyam ketupat.. kakakaka

      Delete
  2. sebelum bini banyak tu, bila nak berbini? lapor nasik lemak dengan air sirap punya lama dah tahan ni hahahahaha
    kan, gosip ni kadang kadang tak perasan, terbuat. nak cakap benda lain, end up bergosip hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ni jangan tanya soklan sensitip gitu boleh.. kakakaka... libas dengan mop kang baru tahu. Wkwkwkw

      Delete
  3. apa yang penting, kita tahan diri kita daripada ikut dorang gosip. ye dok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. ya betul tu cik Nur Haziqah Mohd Rosli hue hue hue ~

      Delete
    2. fuyooo... sebut nama penuh tu, jeng jeng jeng? kakakaka ;p

      Delete
  4. hahahhahah tajuk entri WIN!

    saya pernah terbaca lawak kat mana ntah ckp dekat penjara di duna ni ramai lelaki, tp dekat neraka nanti lebih ramai perempuan, buhuhu..
    sekrg nk berckp kena fikir nambelas ribu kali dulu, hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. betul betul.. sekarang kalau berborak, kita tapis jer semua maklumat. Huhuhu

      Delete
  5. Dosa oi dosaaaaa.kakaka

    ReplyDelete
  6. Hahahahahaha.. Dah culture aku rasa gossip gossip ni. Aku tak rapat ngan mak-mak sedare sebab tak join bergossip. Tapi sebab tak join jugaklah aku kena chop sombong. Anyway, orang gossip bukan aku boleh tutup telinga. Buat-buat tak dengar dan tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn.. dah memang macam tu. Kengkadang kalau family borak aku boleh agak itu maklumat atau gossip. Masalahnya, kalau memember opis borak, kebanyakkannya gossip. LoL

      Delete
  7. gossip tu makanan..sehari tak gossip, boleh ketar lutut.huhuhuhu..
    aihhkkkk..lelaki pun kaki gossip ehhh??kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa..jangan ingat gossip ni perempuan jer pakar Puan Hani.. lelaki pun power ooo.. wkwkwkw

      Delete
    2. jinz, aku ada dengar beberapa orang ada kata (bukan aku yang kata), lelaki ni kalau bergossip memang teruk dan low class gila2, dia mesti ada mengata sampai libatkan unsur xxx sekali pasal manusia yg menjadi subjek gossip itu... ya ka? ish ish ish... aptb...

      Delete
  8. biasanya bulan posa budoxe xcakap banyak..
    nk mengelakkan ketupat ni laa.
    tapi 1jer terpaksa dengar pulak org lain punya anyampan ketupat..
    kang kalo blah dr situ kang terasa lak.. keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. alaaa.. buat buat nak gi toilet ker, gi ambil kertas kat mesin potostet ker.. kan kan kan... wkwkwkw

      Delete
  9. time puasa pun bergosip2, tak kering ke mulut tu. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jenis gian bergossip memang takkan kering mulut.. wkwwkwkw

      Delete
  10. la org lelaki pun gossip juga eh..haha emm tapi betullah..kalau kt ofis saya berjam-jam gossip...terfikir gak bila masa dorg siapkan kerja ye..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki pun gossip. Mungkin bukan semua tapi ada. Hahahaha...

      Delete
  11. Jap.. apa kena mengena tajuk entri dengan isi kandungannya ? Hahahahaha. Aduhhh punchline tak sampai.

    Ermm ermmm sama ahhh.. kite pun tak suka sangat bergosip ni. Masa life kat matrik pun hebat apatah lagi U, pekerjaan.. hahahaha.

    Kalau renung balik firman Allah dalam surah al-Hujjurat, ayat 12 mesti kita takut nak gosip. Allahhuakbar :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah.. takde kena mengena. Cuma ketupat bunyi seakan akan mengumpat. Gitulah.. wkwkwkw

      Jadi.. jauhi gossip. Saya ingatkan diri saya juga. Wuwuwuwuwu

      Delete
  12. org lelaki pun bergossip gak ehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergosssiiipppppp... itu yang kita tak tahu tuuu.. hahahahha

      Delete
  13. tempat last saya keje, sume perangai camni. elok sngt saya berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrmmm.. setahu tempat yang last Amna kerja ialahhhhh...
      mereka pun macam tu?

      Delete
  14. Aku rasa mengumpat ni macam dah jadi makanan sesetengah orang...
    Nak tinggal tak boleh, kena buat jugak.
    Kekadang macam tak perasan tetiba dah masuk mengumpat.
    Dan jenis org yg mengumpat ni, kekadang bila kita tegur kata dia mengumpat, diorang takkan ngaku.
    Diorang akan kata "Alaaa, nak bagitau jer..." Tahi! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh btw, mantap arr kau lukis perempuan bertudung.
      AKu sampai laa ni nak lukis perempuan memang fail, apatah lagi yg bertudung. HAHAHAHA

      Delete
    2. hahahahhaha.. tahi!

      owh, dulu aku pun fail... tapi selepas aku download banyak gambar awek bertudung dari Google dan kaji lipatan, selitan dan segala kepitan tudung, baru aku kompiden nak lukis... dulu pun aku fail gak lukis perempuan bertudung.. huhuhu..

      Delete
  15. Zaman skg ni, dah canggeh.. 'Anyam ketupat' ONLINE.... kalau tak dengar, kita baca pulak.. kadang tak nak baca, tapi terbaca jugak .. aish..~
    huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. saya faham.. saya faham.. wkwkwkwkw

      Delete
  16. kat office aku xde pulak umpat mengumpat sebab x ramai sgt staff....tp bila nk kena pergi office org lain dan buat kerja kt sana....memang akan ada la terdengar org mengumpat2 ni...cuma yg bagusnya aku x faham apa pun yg diorang cerita tu sbb aku bukan kerja kt situ. so, aku buat2 x dengar je la.....kalau aku dengar betul2 pun bukan aku faham sgt pun.....yg peliknya sentiasa ada je benda diorang nak cakap masa buat kerja tu...

    tapi tu kebanyakannya perempuan la....yg kau punya case ni lelaki...hmmm...ada gak lelaki layankan gossip2 ni rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. yang dalam jamban tu lelaki... yang dalam opis kebanyakkannya prempuan.. koh koh koh

      Delete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD