27 July, 2015

Selamat Hari Raya.. koh koh koh

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Amboi, bulan puasa takdak entri, tetiba raya ke sepuluh baru nak wish... koh koh koh..

Alaaa, aku bizi der. Dengan kerja lagi, puasa, malam plak kekenyangan makan lagi...
lepas tu raya plak.. koh koh koh... sampaikan berat aku naik lagi tinggi dari sebelum puasa itu hari... sob sob sob. Tahun ni aku sempat beraya dua hari jer kat kampung. Hari Sabtu balik ke Muar, hari Ahad balik ke Nilai. Jem nokhorom. Dari kampung aku, nak masuk tol kena jem kat Serom 3 sampai ke Tol Tangkak ikut kabonya, patah balik lalu tol Bukit Gambir, dah kat highway sebelum sampai tol Tangkak kena jem sampai ke Alor Gajah. Duh... Malaysia ni nama jer ada highway, takde high mana, lowway ada laa! Tapi ok laa.. aku redah ikut jalan dalam lepas Alor Gajah. koh koh koh...

Ok, tahun ni tak sempat main mercun sangat. Aku rembat mercun 2 bijik nokhorom power giler bunyi dia adik aku punya. Itu jer laa mercun aku tahun ni. Dah tua tua ni, takde nak main mercun sangat. mercun mahal.
Dua tahun lepas kot, ada aku up entri pasal mercun-mercun femes masa Aku kecik. Tahun ni, Aku nak up pasal Meriam yang underdog ni. 
Meriam Tin!







Koh koh koh ~
Adios

38 comments:

  1. Hahahaha kenmain cerita fasal ilmu fizik, yg last tu kelako, wahahahaha..

    Kalau tak salah rasanya dulu ada bebudak kampung main meriam tin ni kat belakang rumah. Tp takde power mana pun, macam bunyi kentut ke perginya.. hahahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. memanglah.. sendu jer bunyi diaa... tapi oklah, boleh layan kalau main sorang sorang... koh koh koh

      Delete
  2. kite mampu main mercun ketupat je.. tu pun orang lain yg cucuhkan... yg berani cucuh sendiri cuma bunga api bunga bunga je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. mercun ketupat tuuuuu... koh koh koh. kalau orang lain cucuhkan, lagi baik awak main bunga api jer.. koh koh koh

      Delete
  3. meriam tin pun jadik laaa..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji happy kan Cik Hani kan kan kan

      Delete
  4. wow...bestnye.....ok gak men meriam smbil belajar kimia n fizik...fizik subject fav rietta...

    Selamat Hari Raya Ayong...Mohon Ampun Dan Maaf Atas Segala Salah Dan Silap Yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. samalah kita...

      Selamat Hari Raya Rietta, maaf kalau ada terkasar bahasa, terlajak bicara... koh koh koh

      Delete
  5. selamat hari raya encik ojinz.. ada terasa tulang rusuk bergetar tak di hari raya? kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.. Selamat HAri Raya Puan Ezy, tulang rusuk bergetar?.. ada ada... itu hari terlanggar meja masa nak hanto kuih raya dari dapur ke ruang tamu.. koh koh koh

      Delete
  6. mesti berat naik sebab yoyo effect ni.. ada orang kata bila kena yoyo effect berat mmg naik lagi banyak dr masa sebelum diet kehkehkeh senang cerita tak payah laa diet bagai niii..
    tahun ni pencen terus dari main meriam, mercun, bunga api. busy pasang langsir punya pasal hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yoyo effect?.. hahahha.. mungkin juga... tapi raya kelima dia start steady balik... hua hua hua... mungkin terlebih air... koh koh koh

      main mercun tak sepertinya nak bako pum pam pum pam cheta, bako sikit sikit janji heppi dah laa... koh koh koh

      Delete
    2. Just nak menyampuk.

      Bagi yg tak tahu,
      Yoyo effect dlm konteks diet ialah bila yang diet tu berjaya turunkan berat badan masa diet tapi gagal nak kasi maintain berat yg rendah tu, hasilnya berat dia naik semula malah kadang2 lebih lagi dari berat asal, membuatkan yang diet tu nak berdiet semula. Proses berulang tu yg dipanggil yoyo effect, macam yoyo turun naik turun naik.

      Sekian kelas dietetik kita malam ini. Kelas bersurai.

      Delete
    3. kalau itu Yoyo Effect, kes gua ni mungkin efek Yugi-Oh

      Delete
    4. cEro: sebagai seorang yang gigih berdiet, aku tahu pasal Yo Yo effect. Tapi body aku jenis takung air banyak. Minum lebih, buang kurang sebab tu bila aku timbang, kejap up kejap down.. koh koh koh

      Zyra Roxx: apa itu efek Yugi Oh?

      Delete
  7. bahaya jugak meriam ni.. anyway slamat hari raya lanun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bahaya pun Razfira. Selamat Hari Raya jugaaa... koh koh koh

      Delete
  8. Next time naik flight ojin.naik flight.kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. deyy... mana ada apot kat kampung aku... koh koh koh

      Delete
  9. kuikuikui...kena skali dengan mercun buatan sendiri. nasib baik xputus jari. xpe...orang2 besar main da cukup terer da..XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh.. mercun buatan sendiri tttuuuuuuu.. hahahaha.. lagi terer

      Delete
  10. hahaha... ooo yakin betoi dia penghuni2 kubur kat belakang rumah dia tu tak kisah noo, kehkeh ;3

    meriam tin melo = mini science project = mini rocket. buleh bajet rasa macam rocket scientist gitu bila tengok tin melo tu blast off ke langit, roket kabaid... lulz ;3

    salam syawal-10 jinz, kosong - kosong la hendaknya kita noo... *pis yow* ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau secara terkawal, mungkin boleh kot buat roket.. hahahaha

      Salam Syawal ke 11 Plain, kosong kosong hue hue hue

      Delete
  11. Aku macam nak demand video tutorial utk buat meriam ni...hehehe

    One fine day kalau aku beraya dekat kampung kau boleh tak?
    Zaman kecik aku tak ada langsung kenangan main meriam...Aku baca Gayour punya kenangan main meriam dlm majalah Ujang kecik2 dulu je. Terus terliur nak merasa. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya...
      meh balik kampung saya, belakang rumah tu masih sesuai dibuat port main meriam ><

      Delete
    2. cEro: kat youtube ada kot... huhuhu

      Zyra Roxx: boleh tak saya buat kampung awak port main meriam? koh koh koh

      Delete
  12. sempat lagi mengajar camne nak main meriam tin. koh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.. ilmu kena turunkannn.. hue hue hue

      Delete
  13. saya ada ayah yg semangat main meriam mengalahkan anak2 lelaki dia..jgn tanya camna rupa meriam dia hahaha..sakan sangat tapi tu dulu punya cerita lah...skrg takdak dh meriam tu..
    anyway selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah awak mesti cool.. hahahaha
      Selamat Hari raya Stickynote XD

      Delete
  14. Aku memang tak suka mercun...suka tengok je. Nak main bunga api pun kena guna extender sebab takut percikkan api tu kena kat tangan. Bila percik sikit je, mesti meleleh air mata. HAhahahahah sumpah mcm bebudak perangai. Tetiba rasa nak lempang diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikiki... amboi, main bunga api pun siap ada extendder.. ingatkan handphone jer ada extender.. huhuhu

      Delete
  15. orang mmg selalu lupa bab graviti kalo main mercun. nyohohohoho.
    btw,
    selamat hari raya, jinz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. selamat hari raya The Maniac-goofy-clumsy playmaker koh koh koh

      Delete
  16. den ni duk bando x delarh dpt merasa meriam underdog mcm kt atas ni, koman2 pun mercun naga je tu pun nanti jiran sound huhu, btw Selamat Hari Raya buat tuan blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kawasan perumahan, memang susah sikit nak main mercun mercun ni... huhuhu

      Delete
  17. oooo.. macam ni main meriam tin?

    dulu ada kabaid kt rumah, suka campak dalam longkang berair je.. sbb dia berbuih2. kalo tau bole terbakar, cucuh api da.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk isk isk... satu pembaziran... huhuhu

      Delete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD