22 November, 2016

BOTK4 meet up dan The Awakening

Ahad lepas, 20 November 2016 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, geng geng Buasir Otak The Komik telah bertemu untuk menerima hasil usaha yang berbulan di usahakan. Buku ke empat Buasir Otak The Komik : The Awakening.



Buku ini menampilkan 56 pengkarya dan setebal 926 mukasurat baq hanggg... memang berbaloi beli dari hangpa beli buku memahai tapi ada dua perkataan jer satu page. koh koh koh...

Antara yang abang jumpa dalam meet up tu, ialah blogger yang femes macam Prince Of Noob Buasir Otak, Deaday Vespa Buruk, Lee Kun, cErolian dan Amna Shark. Itu first time aku jumpa Amna yang peramah.

Sesi tersebut sangat happening sebab memasing gigih menurunkan signature pada buku semua orang dan sessi sketch mengsketch. Amna orang pertama yang menghulurkan sketchbooknya.

Rupanya, bila berdepan dengan artist pro, kompiden ko semua ke laot.. kah kah kah... menggigil tangan weh. Dah laa Amna tu sketchboard artist... perghhh.


Si Day Vespa Buruk menunjukkan skil mengwatakala kan OC beliau


Sesi menurunkan OC masing masing


Abang pun tak ketinggalan, dek kerana tak bawak buku sketch, buku Awakening jadi mangsa.. koh koh koh..


Dah jumpa Amna. Another achievement unlocked πŸ˜„πŸ˜„


Buku Buasir Otak The Komik : The Awakening boleh di dapati hanya melalui cara pembelian online.

- Harga buku BO:TK (AWAKENING): RM25 seunit tidak termasuk kos penghantaran
- Caj penghantaran PosLaju: RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)
- Jumlah mukasurat: 296 mukasurat (Ya komik ini memang tebal, macam buku sejarah.. koh koh koh...)
Cara-cara pembelian:

- PM page Buasir Otak The Komik atau FB admin Putra Nubhan ; atau
- Hantar pesanan ke alamat email princeofnoob[at]gmail[dot]com; atau
- Whatsapp/SMS agen kami SangKancil: 013-9313541

Yang duduk di Area Putrajaya dan Cyberjaya, COD pun boleh. Oret, sudi sudikanlah mendapatkan buku ini samada untuk diri sendiri, buat koleksi atau di hadiahkan kepada orang tersayang.Koh koh koh... 

Adios 

12 comments:

  1. bestnye bila jumpa ramai ramai...cantik katun felt tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.. ha ah. Itu Amna punya OC 😁

      Delete
  2. Ngaaahhh next meetup kena bawak patung jugak, hahahhaha. Jeles tak abis lagi. *klik butang pangkah tab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa, sila bawak... saya pun kena buat felt jugak.. wkwkwkwkw

      Delete
  3. 926 muka surat kau tulis. Tebal gila macam kamus wahahaha.
    It always a pleasure dapat jumpa kau, Ojin hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahahaaha, tebal gila. Tertaikpo plak 😁😁

      Delete
  4. Nyesal gila tak bawak sketchbook utk korang lukiskan oc masing-masing. Nak bagi journal, aku tak setel lagi keje2 dalam tu. Adeh. Len kali ko jaga. kena lukeh, aku x kira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha, samalah... aku pun bijak gak tak bawak buku sketch walhal dah tahu nak jumpa para artis πŸ˜…

      Delete
  5. Woah!!!! Dia punya cara tulis dapat jumpa Amna tu, macam la Amna tu superstar. (Sebenarnya, saya yang eksaited giler jumpa Aujinz)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng jeng jengggg... kalau level melukis komik, saya rasa Amna atas saya πŸ˜„πŸ˜„

      Delete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD