01 January, 2018

Selamat datang 2018


Ahoii, lukisan di atas akumpost 31 Disember 2016 semasa 2017 menjenguk. Apakah pencapai yang aku lakukan 2017 sama atau tak dengan 2017 punya azam?

Well, setelah berhempas pulas dengan melukis komik untuk buku, update Facebook page Lanun Ranggi, Alhamdulillah ada improvement tapi cikittt angattt... kah kah kah...

Aku hampir dapat buat 2 buah buku tapi banyak sangat gangguan hoi.. koh koh koh.. maafkan aku sesiapa yang terlibat sekali. Koh koh koh...

Kurus? Takde maknanya. Aku berjaya turunkan sikit tapi kemudian aku makan tanpa rasa bersalah. Jadi, berat sama mcm awal tahun. Kah kaah kah.. kena usaha lagi agaknya.

Apa lagi pemcapaian tahun ni? Ermm.. owh, aku ada upgrade sikit dengan join event macam Animangaki di Sunway dengan Anifest di Summit USJ. Kalau ikutkan aku tak suka tempat crowded cenggini ๐Ÿ˜…



Animangaki di Sunway Piramid




Anifest 2017 di Summit USJ

Ermmm, 2017 pun aku masih tak keluar negara, banyak ronda dalam negeri jer. Buat Tour De Sarawak atas urusan kerja. Tahun 2016 aku buat Tour De Sabah ๐Ÿ˜„

2017 juga adalah aku mengalami stress yang teruk. Hampir ke depressi. Sebab aku terlampau tertekan sampaikan ada masa aku rasa nak sakitkan diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, tak ke arah yang lebih teruk. 

Aku join CKOM 2017. Lupa plak nak bagitahu. Tema tahun ni Sukan. Tahun lepas tak join sebab tema dia susah. Kalau korang nak baca komik komik tu boleh ke Matkomik CKOM2017
Komik aku tajuk Rejam baidewei.. koh koh koh



Penutup bulan 2017, sehari selepas birthday, aku dapat surat promotion. Alhamdulillah, setelah bertahun memangku jawatan tersebut. Kah kah kah.. jenuh menunggu weh. Ia bukan satu keseronokkan sebab maksudnya lepas ni aku tak boleh mengelat. Tanggungjawab pun berat ๐Ÿ˜…

Aku harap tahun 2018 aku boleh buat lebih baik.
Aku masih simpan cita cita nak ke Jepun. Nyiahahaha..

Ok, itu jer. Nanti aku uodate lain.
Adiosa

7 comments:

  1. Happy New Year 2018, bero Ojim :D

    ReplyDelete
  2. tahniah, sebab kita berdua berjaya survive 2017. huhuhu... tahniah gak sebab berjaya update satu entri setelah sekian lama. bahahaha...

    ReplyDelete
  3. pergh lama x update
    dh nk abis tahun

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, tolong la update blog yang bersawang ni.. ekekeke

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD