Sihat ke? Jangan nak merayau sangat musim-musim Kobid ni. Walaupun kerajaan bagi longgar PKP, tak bermakna korang leh londehkan terus suka suki jenjalan sana sini macam takde esok hari. Koh koh koh...
Aku lak macam biasa. Start dari awal PKP, aku tetap kerja beb. Mengharungi sekatan jalan raya yang banyak dugaan seperti cinta kita yang penuh ranjau dan duri. Chewah.
Masa PKP sebelum PKPB, ada pro and cons lah. Pronya, jalan lengang gila baq hanggg... Sangat best. Lancarrr jer gi keje. Yang tak bestnya, kat opis aku kesepian, tiada berteman, hidup keseorangannnn... Sebab yg lain semua
Ahh, bagi rujukan korang yg datang dari masa depan, PKP tu Perintah Kawalan Pergerakan. PKPB tu pulak, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Ada satu lagi, PKPD, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat. Yang ini paling brutal. Syukur tempat aku takde kena PKPD.
Berbalik kepada royanan aku tadi, memula best, lama lama rindu ngan member2 opis. Mesin potostet aku buat scan2, kertas A4 aku lipat lipat buat kapal terbang, siap berlagak jadi boss bila duduk kat meja boss, kaki atas meja beb.
"Hah, kau, apesal lambat? Dah pukul berapa ni Nak keje ke tak nak keje?"
"Suraya, I nak report ni siap sebelum lunch"
"Suzie, bawakan file projek kita yang bernilai 16 belas trillion ringgit tu? Ya, projek dengan Tan Sri Ahmad Zulfaelei Ivankhamonaov tu... Cepat sikit!"
"Suzie, batalkan semua appointment I hari ni.... Apa? Hari ni takde appointment? You tulis apa apa appointment, lepas tu you batalkan! Itu pun I nak ajar?"
Gila bosan beb, nasib baik aku tak potostet muka sendiri banyak2 tampal kat dinding. Itu pun ada tergerak gak nak buat.. nasib baiklah mesin potostet tu nak guna kena scan ID sendiri, kantoi lak kang.. koh koh koh
Ahhh, rindu pagi yg aman seperti ni... |
mantapppp. jaga diri bebaik ojim
ReplyDeleteMakasih bosss .. koh koh koh
DeleteYeaaaaa. Setelah setahun ahaha~
ReplyDeleteTak yang dialog atas tu drama tv3 pukul 7 ke hahahah
Hahahahaha.. drama pukul 1 pagi π
Deletemuncul semula semasa PKPB.
ReplyDeleteKoh koh koh
DeletePergh ada update tuuu
ReplyDeleteWuuuuu
Kah kah kah.. terharu tak? π
DeleteLama ko tak update. Dah habis buang sawang ke belum kat blog ni ojin? hehehehe
ReplyDeleteHahahaha, sesekali singgah blog tebas lalang jer.. π
DeleteAmboihhh... Musim PKPB dah muncul Aujinz kita... Kami Tido From Home. Eh..silap.. Work From Home sampai 4 May je. 5 May kena kerja dah... Siap kena buat SWAB Test lagi kalau nak masuk site. I is redha je la. Kang tak berkat plak Rezeki duk pertikai arahan bos. Hehehe.. Selamat Hari Raya Aujinz. Bedil kasi Gegar tahun ni...
ReplyDeleteHeehehehe, selamat hari raya Han Hanni... Samalah kita π
Deleteni kalo PKP sambung lagi risau encik ojinz dh xseperti org normal.. haha
ReplyDeletesy baru start keje arini setelah hampir 3 bulan goyang kaki dpt gaji kat umh.. kehkehkeh
Malangnya, PKP bersambung lagi di tahun 2021 hahahahaha
DeleteSELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Saya pulak masih tido from home... eh work from home. sampai 10/6
ReplyDeleteSaya syak, awak masih lagi Tido from Home kan kan kan... kakakaka
Deleterujukan utk dorg yang datang dr masa depan erk...ko sorg je ke kerja kt opis tu....gila sunyi....bukan ko sorg je main scan scan mesin fotostat...kihkihkih....
ReplyDeletehahahaha, sama gak ke main mesin potostet?
Deletewakakaka comel betul luahan perasaan anda ekhhhh. tetiba terasa part tido from home lol. memang byk kali time online lecture, mula2 study, lama2 tidur
ReplyDeletehahahaha, dah agak dah... kekekeke
Deletehahaha semoga dah tak bosan dah nanti
ReplyDeletePKP v2 bersambungg... kroh kroh kroh...
Delete