Showing posts with label No Bell. Show all posts
Showing posts with label No Bell. Show all posts

25 June, 2010

Harga Sebuah Cinta - Part 4 ..err..dan setengah..

Ini sambungan dari part 1, part 2, part 3 dan part 4.
Korang dah bace? Nanti tak paham.


Masa : Zaman aku sekolah sekolah dulu
Tempat : kampung tempat aku buat onar

Angah keluar dari bilik di dukung oleh ayah sambil tersedu sedu.
"Bang Long, bukan macam kena giget semut, macam kena giget ngan raksase! Padan muka ko!"
Cipan sungguh si Angah. Dengki. Dah tersedu sedu pun nak kenakan aku lagi.

"Along..dah. Gie masuk!"
arah ayah aku.
Jantung aku dah laju macam nak terkeluar.


"Ayah, tunda taun depan tak leh ker?"

Ayah aku jeling. Aku menonong masuk dalam bilik. Huh..baru jeling jer tue.
Atok Andak dan Cikgu Amin yang memang dah ade dalam bilik tersengih sengih kat aku.
Doktor Sood dan sorang jururawat yang tak berapa nak cun tengah siapkan katil. Aku naik atas katil tengah tengah bilik tue.


""Hah..tanggalkan kain tu!"
Arah jururawat tersebut. Giler rakus. Bawak bawak bersabar kak.

"First time kan?"
soal Doktor Sood.

Ofkos laa.. Ade ke orang yang buat benda nie banyak kali?
Dalam hati jer laa. Masa tue, sora pun tak leh kuar dah.

"Saje tanye..sebab dulu ade yang dah nak buat, terus lari balik rumah. Setaon lepas tue baru datang balik"
terang Doktor Sood. Oooooo..

"Toksah takut. lepas nie dah leh mengurat!"
celah Tok Andak.

Aku tersengih. Yes..lepas nie, aku pasti akan lebih macho lagi. Aku dok bayangkan aku semakin kacak dan di apit oleh dua orang awek cun sekolah. Hana dan Riza.

"Sekolah mana?"

"SKG"
Nampak rock sikit kalau sebut nama sekolah macam tue.

"Owh..sama ngan Hana la kan?"

"Ha'ah..pakcik kenal dia?"
soal aku. Dalam hati dah rasa lain macam..

"Mesti la kenal............"
balas Doktor Sood sambil menyusun segala mak bapak gunting, pisau ngan selotape atas troli.
Aku masih lagi menunggu sambungan ayatnya.

"....sebab saya bapak dia!"


Aku telan air liur..

dan.....dunia aku rasa gelap!

***

23 February, 2010

Harga Sebuah Cinta - part 4

Tempat: Kampung Tempat aku buat Onar
Masa : Lapan belas tahun yang lampau..

Selepas tragedi tempohari, aku dengan secara gentleman meminta maaf pada Hana. Dia pun tak kisah katanya. Dia kata aku tak sengaja. Dah la cantik, bertimbang rasa lak tue. Ai like..

Aku tulis surat kepadanya.  Dah nak masuk lima muka surat aku tulis, aku hilang idea. Masuk plak idea baru, aku keronyok kertas, tulis balik. Habis satu buku kajang aku dok pikir susun ayat yang paling best. Tapi tetap tak leh dapat feel paling meruntun jiwa.

Last last, aku tulis satu muka surat guna kertas buku latihan.


Saya minta maaf sebab kejadian tempohari. Harap maafkan saya. Saya suka dengan awak. Boleh kita berkawan?

Pecah Kaca Pecah Gelas,
Cepat sikit ye kalau nak balas.

Aku masukkan dalam sampul surat kaler kuning. Si Kembar kate kalau nak mintak maaf, tulis guna kertas pink. Aku tak jumpe kertas pink. Yang ada kertas putih. Layan jer laaa..Aku masukkan surat ke dalam sampul, aku bubuh bedak Cuticura sebab bedak wangi Emami, Diktator Sadis simpan dalam bilik dia. Lepas tue aku jilat dan lekatkan penutup sampul surat.

Aku letakkan dalam beg Hana masa kelas belum mula waktu pagi. Dia kelas lain. Aku kelas lain.
Selepas puas hati, aku terus ke kelas.

Masa kelas Alam dan Manusia, tengah syok syok aku belek belek bunga Setawar, si Riza datang dekat ngan aku.


"Saya nak mintak maaf"

"Ok"
jawab aku sambil sambil jual mahal.


"Awak suka kat saya lagi tak?"
soalan direct.

Aku terkedu. Nak jawab ape? Aku dah hanto surat kat Hana. Tapi lom konfem dapat kapel. Yang nie terang terang aku leh kapel terus.

Aku jeling pada Zaki. Zaki jeling jeling gak.
Heh..aku tersengih kejam. Inilah masanya aku tunjukkan, sape Romeo.

"Suka!" jawab aku sambil buat muka paling macho habis..

Riza tersenyum.

**

Waktu rehat, belum sempat aku jamah tempe mabeles Pak Aris, Si Kembar, Adik datang jumpa aku bagitau si Riza dan Hana bergaduh di belakang kelas Satu.

Riza face to face ngan Hana bagitau aku suka kat dia. Hana pulak tunjukkan surat yang aku tulis bagitau Riza yang aku suka kat dia gak. Akhirnya dua dua gaduh tarik tarik tudung.

"Riza panggil ko datang sane!" si Adik memaklumkan aku.
"Ok!" jawab aku pendek.





Aku sambung balik makan Mee Goreng berulamkan tempe mabeles Pak Aris.
Perghhh sangat sedap. Sampai jilat kaki meja. Lepas makan, aku basuh tangan dan selamba badak terus masuk ke kelas.

***

Nak jumpe dua orang awek yang bergaduh di sebabkan oleh aku? 
Hilang akal?! 



bersambung..

13 January, 2010

Harga Sebuah Cinta - part 3

Entri nie part 3. Yang part one ngan part two korang dah bace?

Masa: Masa zaman aku sekolah
Tempat: Sekolah Kebangsaan Gersik

Macam biasa, bila waktu rehat aku akan ke kantin. Pekena Mee goreng Pak Aris yang mabeles dan memang jarang jumpe. Kesedapannya amat menusuk ke jiwa dan tekak. Apetah lagi bila di gandingkan dengan tempe goreng dier yang memang tahap jilat tangan tue.

Walopon aku makan sorang sorang tak macam dulu bertemankan si Riza..aku tak kisah. Asalkan Pak Aris tak kecikkan lagi saiz tempe dier, tambah rempah yang bukan bukan..aku tetap menjadi peminat setianya.

Tapi satu hari aku perasan..memang betul aku perasan..ade awek lain yang dok skodeng aku masa aku makan. Bila aku toleh dier buat buat tak pandang.

Nama dia Hana. Kawan kawan semuanya panggil dia nama tue.

Esoknya dengan gaya seorang lelaki gentleman, aku beli 2 keping tempe. walopon duit aku cukup cukup, aku tak kisah. Siap hutang dulu ngan Pak Aris, esok bayo. Pak Aris tak kisah..sampai sekarang aku tak ingat aku dah bayo ke belom...

Aku angkat pinggan ngan cawan air sirap duduk semeja mengadap si Hana. Dier dah menggelabah puyuh.

"Makan mee hoon jer?"
soalan aku dengan gaya Kotaro Minami.
Gaya kena macho. Tapi dalam hati nak jer menyanyi lagu Ramlah Ram - Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu.

"Ha'ah"
Jawabnye. Muka dah merah merah..

"Nak tempe?"
Soal aku lagi. Ape lagi yang aku ade. Tempe la modal aku. Nak beli KFC aku tak mampu.

Dier geleng kepala.
"Tak makan tempe?" soal aku lagi.

Dier angguk kepala.
"owh..segan eh?"

Dier senyum.
Aku angkat tempe sekeping dari pinggan aku dengan sudu. Dengan gaya seorang gentleman, aku nak letakkan tempe dalam pinggan dier...

Plushhhhh...
"erkkkk..."

***

Hana terus tinggalkan meja.
Aku plak dengan muka tebal setebal lapan belas keping tempe Pak Aris duk diam mengunyah dua keping tempe yang aku nak bagi dier tadi.

Macam mane tangan aku boleh terlanggar cawan air sirap dier.

Abis basah kain awek tue.
Tangan tak bedung betul.

Saham dier ker atau saham aku yang jatuh...
aku pun tak tau.

13 November, 2009

Harga Sebuah Cinta part 2

Tempat : Sekolah Kebangsaan Gersik
Masa : Lapan belas tahun yang lalu..

Bila loceng berbunyi, aku jumpa Riza secara gentleman face to face di depan kantin. Aku tanya kenapa bila aku nak belanja dia tolak, bila Zakie ajak makan KFC dia nak pulak.

Riza menjawab, si Zakie yang nak belanja KFC. Tapi muka Riza gelabah giler.

"Awak tak nak makan tempe lagi ker?"
"Alaa.. hari hari makan tempe boring la. Muka pun dah macam tempe!"

Alasan. Aku hari hari makan tempe, takde pun muka macam tempe. Lagi hensem ade laa.

"Baiklah. Takpe. Mulai hari nie, saya takkan belanje awak tempe lagi. Dan saya pun nak diet jugak"

Dengan langkah Azroy, aku berjalan menuju ke kelas meninggalkan Riza yang terpinga pinga.

Dah hampir dua puluh meter aku jalan, aku berhenti sebab teringat sesuatu dan berpaling. Aku jerit pada dia..

"Eh..Riza! Lupa nak tanye. Diet tue ape?!"

***

Si Riza ngan Zakie masih lagi makan di kantin sama sama. Berbulu ketiak aku tengok diorang bermesra mesraan macam tue. Tapi takde la makan KFC lagi.

Aku tengok dia belanja Riza Mee Goreng ngan tempe gak.Itu jer la skali kot dier jual minyak pakai KFC. Ape la punye mamat. Aku punye taktik jugak dier guna. Tau pun ko kopak poket nak beli KFC hari hari.. hahahaha..

Beberapa hari kemudian, aku terjumpa satu kertas berlipat terselit di dalam meja. Kertas tue berwarna pink dan wangi. Bila aku buka lipatan, berterabur serbuk putih atas seluar aku. Aku risau gak kot kot dadah ker. Tapi dadah takkan wangi kot. Bedak nie.

Aku baca surat tersebut. Isinya panjang dua muka surat. Tak kuasa aku nak baca semua. Tapi yang last part tue menarik perhatian aku yang berjiwa Romeo ni..

Kita mintak maaf sebab menyibuk. Kita dengar awak tak kawan dengan Riza lagi. Sebab itu kita hantar surat ini. Kita dah lama nak kawan dengan awak. Tapi kita segan sebab awak kawan dengan Riza. Kita harap awak sudi kawan dengan kita.

Pecah kaca pecah gelas. Sudah baca harap di balas.

Yang benar
Faizah
Ada secret admire rupanya aku nie. Faizah nie budak kelas aku gak. Tak cun tapi ok jer. Comel. Dia duduk di belakang Zakie. Aku balas balik..

Saya suka awak nak kawan dengan saya. Awak suka tempe atau KFC?


Yang Benar
Apidz


Pecah kaca pecah gelas
Soalan tue aku tanye sebagai reverse psych kot kot selepas ikatan suci terbina, aku bakal kalah dengan KFC lagi.

Esok paginya bila aku sampai, aku tengok ada lagi lipatan kertas di dalam meja. Aku baca..
Kita pun suka kat awak jugak. Kalau awak nak belanja KFC, kita ok jer.

Yang Benar
Faizah
Ceh.. Ada harapan terpancing dengan KFC jugak nie. Aku mana mampu nak beli KFC.

Tiba tiba aku tersengih. Sengih Jahat. Syaiton Nirrojim menguasai jiwa. Aku pandang kiri kanan. Takde orang. Semua dah keluar untuk buat Pendidikan Jasmani. Aku pergi ke meja Riza. AKu keluarkan buku teks Alam dan Manusia dia. Aku selitkan kertas tue di celah buku teks. Aku letakkan buku teks Riza dalam meja Zakie.

Aku keluarkan pulak buku Alam dan Manusia Zakie, mamat tue harap muka jer hensem, buku teks dia macam pembalut belacan. Aku letakkan buku teks Zakie dalam meja si Riza. Aku keluar dari kelas untuk bersenam.

Selepas kelas Alam dan Manusia hari tu, aku tengok Riza tak lagi berborak mesra dengan Zakie. Sampai ke waktu rehat di kantin pun aku tengok sama jugak. Aku tengok si Zakie makan sorang sorang dengan muka kompius tahap Gaban.

***

Aku tersenyum puas. Hari itu aku order Tempe Goreng Pak Aris tiga keping. Aku percaya tempe Pak Aris yang membuatkan otak aku yang bergeliga ini menjadi bertambah power.

Hari itu juga, aku rasa Tempe Goreng Pak Aris giler punye sedap!!

12 November, 2009

Harga Sebuah Cinta

Tempat: SKG
Masa : beberapa taon yang lampau

Pagi tue satu kelas teruja sebab ade budak baru masuk. Bila lagi nak buli budak baru. Smart dan juga hensem macam buaya. Baju dier putih melepak dengan lambang sekolah lama tak tanggal lagi. Seluar dier pon bergosok ketat dengan side tajam potong jari.

Aku tau, boleh jadi persaingan dengan aku yang telah menyebarkan reputasi sebagai budak paling kacak di sekolah. Persaingan!

"Nama saya Mohd Zakie Erwan" budak baru tue perkenalkan diri.

Dalam kelas tue (sekolah aku kecik..satu kelas untuk setiap darjah) aku sorang jer yang nama paling panjang. Tiga belas huruf.Nama dia plak lebih satu huruf dari aku. Persaingan awal nie. Aku dah tergugat!

Cikgu Rogayah setkan meja ngan kerusi di sebelah Hasriza, awek paling cun dalam sekolah. Tapi aku rilek. Aku tau hati si Riza takkan tergugat dengan kekacakkan budak baru tue.

"Riza, jumpa kat kantin. Saya belanja awak makan mee goreng Pak Aris ngan sirap. Hari nie saya belanja makanan peberet awak" - dengan gaya macho aku mempelawa Hasriza.

"Okey" jawab dier lembut.

Aku tau makanan peberet dier. Tempe Goreng. Nak kate Jawa, bukan.. sebab muka dier ade tempias anak Ah Lek..putih dan bermata sepet. Dan dengan hari2 belanja tempe goreng Pak Aris yang extra special itulah aku berjaya membina sebuah ikatan tulus suci murni dengan awek paling cun dalam kelas. Biasak aa.. Pakwe hensem kenalah kapel ngan awek cun.

Jangan salahkan aku sebab kacak!

***

Selang beberapa hari kemudian, Riza tak banyak cakap dengan aku. Dier sibuk berborak dengan Zakie yang duduk di sebelah.Tapi aku tetap cool.

"Riza, hari nie macam biasa eik" aku berbisik perlahan kepada Riza semasa cikgu Rogayah menulis di papan hitam yang tak hitam.

"Hari nie tak kot. Diet aaa"
"Oh.. ok" jawab aku.

Otak aku yang bergeliga dok pikir...Ape kemende menatang diet tue??

Di kantin waktu rehat, selepas membeli Mee Goreng dengan tempe Pak Aris yang spesel berserta air sirap, aku cari tempat duduk.

Tiba tiba langkahku terhenti bila terpandang Riza dan Zakie duduk satu meja. Zakie mengeluarkan dari begnya kotak merah putih dengan muka orang tua tertulis perkataan KFC.

Patut aaa dia tak nak makan tempe yang aku nak belanja. Rupa rupanya nak makan ayam goreng KFC si Zakie.

Hati aku berkecai berkeping keping..macam tempe Pak Aris di goreng garing..

Sampai hati ko Riza.. tak nak makan tempe aku belanja semata mata nak makan KFC!..Baru aku tau..harga sebuah cinta yang telah tersemai boleh di beli dengan KFC.

***
Ape..ko ingat tempe takde kelas ker?!
Kecik kecik dah materialistik!