13 November, 2009

Harga Sebuah Cinta part 2

Tempat : Sekolah Kebangsaan Gersik
Masa : Lapan belas tahun yang lalu..

Bila loceng berbunyi, aku jumpa Riza secara gentleman face to face di depan kantin. Aku tanya kenapa bila aku nak belanja dia tolak, bila Zakie ajak makan KFC dia nak pulak.

Riza menjawab, si Zakie yang nak belanja KFC. Tapi muka Riza gelabah giler.

"Awak tak nak makan tempe lagi ker?"
"Alaa.. hari hari makan tempe boring la. Muka pun dah macam tempe!"

Alasan. Aku hari hari makan tempe, takde pun muka macam tempe. Lagi hensem ade laa.

"Baiklah. Takpe. Mulai hari nie, saya takkan belanje awak tempe lagi. Dan saya pun nak diet jugak"

Dengan langkah Azroy, aku berjalan menuju ke kelas meninggalkan Riza yang terpinga pinga.

Dah hampir dua puluh meter aku jalan, aku berhenti sebab teringat sesuatu dan berpaling. Aku jerit pada dia..

"Eh..Riza! Lupa nak tanye. Diet tue ape?!"

***

Si Riza ngan Zakie masih lagi makan di kantin sama sama. Berbulu ketiak aku tengok diorang bermesra mesraan macam tue. Tapi takde la makan KFC lagi.

Aku tengok dia belanja Riza Mee Goreng ngan tempe gak.Itu jer la skali kot dier jual minyak pakai KFC. Ape la punye mamat. Aku punye taktik jugak dier guna. Tau pun ko kopak poket nak beli KFC hari hari.. hahahaha..

Beberapa hari kemudian, aku terjumpa satu kertas berlipat terselit di dalam meja. Kertas tue berwarna pink dan wangi. Bila aku buka lipatan, berterabur serbuk putih atas seluar aku. Aku risau gak kot kot dadah ker. Tapi dadah takkan wangi kot. Bedak nie.

Aku baca surat tersebut. Isinya panjang dua muka surat. Tak kuasa aku nak baca semua. Tapi yang last part tue menarik perhatian aku yang berjiwa Romeo ni..

Kita mintak maaf sebab menyibuk. Kita dengar awak tak kawan dengan Riza lagi. Sebab itu kita hantar surat ini. Kita dah lama nak kawan dengan awak. Tapi kita segan sebab awak kawan dengan Riza. Kita harap awak sudi kawan dengan kita.

Pecah kaca pecah gelas. Sudah baca harap di balas.

Yang benar
Faizah
Ada secret admire rupanya aku nie. Faizah nie budak kelas aku gak. Tak cun tapi ok jer. Comel. Dia duduk di belakang Zakie. Aku balas balik..

Saya suka awak nak kawan dengan saya. Awak suka tempe atau KFC?


Yang Benar
Apidz


Pecah kaca pecah gelas
Soalan tue aku tanye sebagai reverse psych kot kot selepas ikatan suci terbina, aku bakal kalah dengan KFC lagi.

Esok paginya bila aku sampai, aku tengok ada lagi lipatan kertas di dalam meja. Aku baca..
Kita pun suka kat awak jugak. Kalau awak nak belanja KFC, kita ok jer.

Yang Benar
Faizah
Ceh.. Ada harapan terpancing dengan KFC jugak nie. Aku mana mampu nak beli KFC.

Tiba tiba aku tersengih. Sengih Jahat. Syaiton Nirrojim menguasai jiwa. Aku pandang kiri kanan. Takde orang. Semua dah keluar untuk buat Pendidikan Jasmani. Aku pergi ke meja Riza. AKu keluarkan buku teks Alam dan Manusia dia. Aku selitkan kertas tue di celah buku teks. Aku letakkan buku teks Riza dalam meja Zakie.

Aku keluarkan pulak buku Alam dan Manusia Zakie, mamat tue harap muka jer hensem, buku teks dia macam pembalut belacan. Aku letakkan buku teks Zakie dalam meja si Riza. Aku keluar dari kelas untuk bersenam.

Selepas kelas Alam dan Manusia hari tu, aku tengok Riza tak lagi berborak mesra dengan Zakie. Sampai ke waktu rehat di kantin pun aku tengok sama jugak. Aku tengok si Zakie makan sorang sorang dengan muka kompius tahap Gaban.

***

Aku tersenyum puas. Hari itu aku order Tempe Goreng Pak Aris tiga keping. Aku percaya tempe Pak Aris yang membuatkan otak aku yang bergeliga ini menjadi bertambah power.

Hari itu juga, aku rasa Tempe Goreng Pak Aris giler punye sedap!!

13 comments:

  1. ahhahaahahaha dasar budak jahat yang iri hati..wakkakaak
    petua nak otak geliga ka makan tempe???akahkahakahkahakha nanti akan ku praktik kan..

    ReplyDelete
  2. gile punya jahat [-( tapi saye sokong! :))

    ReplyDelete
  3. haishh ko nih...

    mkn tempe leh jadi jht ek?? owhh patut laa kwn2 aku jht belaka wakakk

    ReplyDelete
  4. Ojin : Tang tempe sedap tu saya setuju. maknanya saya kena amalkan selalu la makan tempe ni hari2 untuk menggeligakan otak supaya bole psiko bf saya sampai dia nanges:)):))

    ReplyDelete
  5. hahaha.. aku tak pernah rs tempe.. tgk tempe aku jadi takut,.. tapi aku berazam nak makan jugak suatu hari nanti..

    (siap berazam tuuu.. hahaha)

    knp ko jahat sangat kenakan org? lalala~

    ReplyDelete
  6. Purple : sila sila...ahaks..

    Dayana : sweet revenge..

    Cikgu Farha : owh.. jangan salah konsep.. tempe cuma meningkatkan tahap iq sajer.. ahaks..

    Fen : boleh cuba try test... keh keh keh..

    Pinky : sweet taste of revenge..lalallala

    ReplyDelete
  7. hahaha...org lain pun nk kfc jugak...

    hik3...

    (xnak tnya sy ke..pilih kfc @ tempe?..ahaks..)

    (^_^)"

    ReplyDelete
  8. Miss Nurul : awak suka KFC ke Tempe?... ahaks..

    ReplyDelete
  9. wah, citer ni makin menarik... ader episode 3 tak?

    ReplyDelete
  10. Zul : ahaks..kisah mase kecik kecik..

    ReplyDelete
  11. ya betulll...mknla tempe selalu utk otak cergas n pintar..lagi 1 utk awet muda..bak kate khir toyo..dia awet muda selalu sebb selalu makan tempe... :p

    ReplyDelete
  12. Intan : kan kan betul kan.....khoh khoh khoh..

    ReplyDelete
  13. x baik buat org camtu! jahat la..

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD