26 March, 2009

28 Mar 2009 nanti, hari sabtu adalah Earth Hour. Seluruh dunia akan bergelap. Bukan kerana masalah kuasa, tetapi sebagai tanda kita sayangkan bumi ini.



So, malam sabtu nie, dari jam 2030 sampai 2130 (8.30-9.30 malam), korang matikan lah semua suis lampu. Bergelap selama sejam sebagai tanda kita menyokong Earth Hour.


Kita asyik menjahanamkan bumi nie, tak terasa ke sekali sekala kita bagi dia berehat sekejap.


Aku dah praktikkan lama dah. Menjimatkan tenaga elektrik adalah salah satu daripadanya.


Jadi kawan kawan, jangan lupa malam Sabtu nie, kita bergelap selama sejam. Tunjukkan semangat yang Malaysia juga menyokong Earth Hour. Dan jangan lupa untuk sign up untuk Earth Hour bagi menyokong event ini. Aku dah sign up sebagai sokongan. Korang bila lagi...


Selamatkan lah Planet Bumi. Dan pesanan juga kepada mereka yang suka mengambil kesempatan, selamatkan lah diri anda sekali. Rakyat Malaysia nie kan kreatif. Takut nanti sembilan bulan lepas Earth Hour kita bergelap, rakyat Malaysia bertambah sekali...har har har...:)) okeyh...itu acara lain..
Vote For Earth..with your light switch.

0 Ngomelan:

Post a Comment

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD