03 April, 2009

Dalam memilih filem untuk ditonton..aku sukakan filem dari genre Sci Fi, Thriller, Action, Fantasy dan Humour ataupun gabungan kesemuanya.

Antara filem yang mendapat tempat di hati aku ialah Star Wars, Lord Of The Rings, Krull ( cerita lama), Labyrinth ( cerita lama), Titanic, Ocean Eleven, Twelve dan Thirteen ( best..best..), Italian Job dan banyak lagi yang aku tak listkan di sini.

Dalam kategori animasi pula, Shrek dan Cars, anime Ghost In The Shell dan filem tempatan Geng serta Upin dan Ipin.

Kalau cerita cinta, sori aku tak layan ya terutamanya dari Malaysia. Bukan aku tak nak sokong filem Malaysia, tapi carilah pembaharuan dalam buat filem. Sekurang-kurangnya banyak juga pilihan kami rakyat Malaysia nie.

Aku sukakan pengarah kreatif macam Afdlin Shauki. KRU pun boleh meletakkan kekreatifan mereka di luar kotak. Kalau filem Yusoff Haslam, terima kasih jer la. Kalau orang nak ajak aku tengok cerita dari pengarah yang tak berkembang dan asyik asyik dari genre cinta, korang belanja lah aku. Aku takkan keluarkan duit poket sendiri untuk tengok cerita macam tue.


Aku rasa kalau Afdlin Shauki di berikan modal dan bereksperimentasi dengan kreativitinya, pasti ada saja filem dia yang meletup di pawagam. Los dan Faun juga tak mengecewakan.

Ada lagi pengarah filem Malaysia yang bagus, cuma kadang kadang filem yang mereka cuba sampaikan terlampau tinggi penggarapannya. Rakyat Malaysia nie santai. Diorang nak tengok filem yang senang di cerna dan tak perlu fikir banyak.

Pada aku bukan filem Malaysia tak boleh maju, batasan modal sahaja yang menjadi batu penghalang. Oleh itu pengarah filem Malaysia lebih suka membuat filem yang tak perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Filem cinta lah jawapannya.

Kalau dah tak ada filem yang best di panggung mungkin aku akan pertimbangkan menonton filem cinta Malaysia. Jangan marah aaaa....




0 Ngomelan:

Post a Comment

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD