Aaaa.. ingat kalau korang terer main boling dah cukup urban?.. cer terai main Tuju Tin plak kalau korang terer.
Ini Versi Kampung Sungai Senduk. Kitorang panggil Bola Baling Tin (.. nampak tak..betapa penggunaan Bahasa Melayu amat di titik beratkan di kampung aku...)
Kumpulan
Kena ada dua kumpulan. Kumpulan Peruntuh dan Kumpulan Penjaga. Nak pilih ahli kumpulan korang kena pilih yang kuat lari, tangan tak pengko kate orang MuO dan kacak. Okeyh..kacak kalau tak reti main boleh membawa kepada kekalahan hakiki..boleh lempo ke parit.
Tangan tak pengko sebab nak jatuhkan tin dan baling bola kepada pihak lawan, kuat lari sebab nak kena elak serangan pihak lawan dan mengutip bola bila tersasar.
Betapa pemilihan sebegini membawa kepada ketakseimbangan keterreran pasukan. Pandai pandailah korang import pemain.
Objektif
Misi pihak Peruntuh adalah menjatuhkan semua tin. Jangan ada satu pun yang berdiri. Setiap ahli kumpulan boleh mencuba tiga kali. Sekiranya semua ahli kumpulan gagal menterbalikkan tin dengan sempurna, pihak lawan akan mendapat giliran sebagai Peruntuh. Heh.. ingat senang?.. kalau main atas simen, cer terai tengok susah ke tidak.
Sebaik saja semua tin jatuh, bertempiaranlah mereka berlari untuk mengelak serangan pihak Penjaga. Misi mereka seterusnya ialah menyusun kembali tin tin tersebut kembali ke bentuk asal.
Pihak Penjaga pulak kena bersedia untuk menyerang. Sebaik saja pihak Peruntuh menjatuhkan kesemua tin, mereka perlu mengambil bola dan menyerang ahli kumpulan Peruntuh. Time nie adalah sweet vengeance. Serang tanpa belas kasihan. Setakat makian dan cacian kepada Penjaga adalah perkara biasa.
Pihak Peruntuh tidak boleh komplen banyak. Kalau merungut sakit-sakit baik korang suruh diorang gie main pondok pondok. Siapa yang terkena bola, dia hilang kelayakan untuk menyusun tin.
Pastikan pihak Peruntuh tidak menyusun kembali tin tin tersebut. Penjaga di larang sama sekali mensabotaj tin yang separuh di susun atau berdepan dengan kakiku di mukamu kalau salah gaya.
Markah di berikan sekiranya pihak Peruntuh berjaya menyusun kembali tin-tin ke bentuk asal. Pihak paling banyak markah adalah pemenang. Jika kesemua ahli Peruntuh hilang kelayakan menyusun tin, servis akan bertukar tangan.
Permainan ini amat mementingkan kesepakatan.
Korang kena guna apa cara sekalipun untuk menang.
Yang penting enjoy..
tapi kena ingat, bola itu bulat...koh koh koh..
***