20 July, 2013

Pizza De Ranggi



Aku nie, kabo jer ini entri last masak masak, ini entry last masak..tapi haghammm... ok, ini entri last masak masak yang ke err... lapan ratus pat puluh dua. hiks.. nah, resepi sempoi untuk berbuka nanti.

Hari nie gue nak tepek resepi masak pizza. Asik Jepun jer kan, kali nie kita ke Itali plak.. koh koh koh. Walopon melambak resepi pizza kat internet, tapi ape pakcik kesah yer dak. Macam biasa, resepi aku, cara aku laa kan kan kan...

Sebenaqnya, buat pizza sempoi jer baq hang. Dulu aku rasa nak buat doh dia paling leceh. Tapi bila dah dua tiga empat belas kali buat, hek eleh, pejam mata pon boleh buat. Haa.. gietue..

Baiklah.. bahan bahan yang korang kena ada untuk buat pizza:

DOH
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak zaitun sameon
2 sudu teh yis @ ragi (rendam dalam secawan air)
*cukup untuk dua keping pizza nipis berkerak, bergantung kepada saiz pizza pan korang*

TOPPING
1. Sebiji bawang Holland (potong separa bulat)
2. Lada Benggala Hijau (capsicum)
3. Frankfurter (potong bulat) atau crab stick.. eh ikut suka korang laa..
4. Sos Tomato
5. Keju Cheddar
6. Keju Mozarella

1. Masukkan tepung gandum, gula ke dalam mangkuk. Gaul rata. Lepas tue, curah minyak zaitun kedalam adunan. Gaul rata sehingga tepung korang jadi berketul ketul. Last sekali masukkan air campuran yis . Sikit sikit laa jangan gelojoh. kang tercair plak. Gaul sehingga jadi kental dan melekit.

2. Dah siap, tutup mangkuk korang dengan plastik wrap atau apa apa jer janji kedap. Aku guna pinggan kaca jer.. Biarkan selama setengah jam.


3. Doh korang akan jadi dua kali ganda kembung buncit dia. Ambil segenggam tepung dan taburkan keatas doh korang dan penyekkan doh guna tangan untuk keluarkan angin. Dengan cara ini, doh yang melekit takkan melekat di tangan.

Uli dengan cepat, golek golek, hempuk dan lambung sesuka hati. Pizza korang sendiri makan kan.. lantaklah kalau pening pon.. koh koh koh. Biarkan doh kembang sekali lagi.

4. Ratakan pizza pan korang dengan minyak zaitun, bahagikan doh kepada dua dan leperkan doh ke dalam pizza pan. Aku suka pizza nipis berkerak so aku leperkan pizza lebih kurang setengah cm. Masa bakar dia akan jadi tebal sikit dan berkerak. Kalau korang suka pizza tebal, tebalkanlah dia punya doh.



5. Oleskan minyak zaitun pada permukaan pizza. Ratakan sos tomato dan taburkan lah topping korang ikut suka hati koranglah nak susun macam mana. Aku guna cheddar cheese jer. Kalau nak efek melekit macam pizza hut, taburkan lah mozarella cheese.

6. Panaskan oven atas bawah pada suhu 180 darjah selama sepuluh minit, lepas tue bakolah korang punya pizza selama 20 minit. Aku suka bau pizza yang tengah masak. Bau efek bawang Holland dengan capsicum tue.. perghhh.. menggude..


Siap! Boleh buat untuk berbuka.
Itadakimasu! eh.. salah.. 
Buon Appetito

Lepas makan sila pergi jogging.

P/s: Topping boleh tukau dengan sardin pon sedap baq hang. Letak crabstick, bawang Holland, capsicum dan cheese. perfffff... ~

P/s 2 : saje dengki letak gambo makanan kat blog bebulan puasa nie kan kan kan... koh koh koh

84 comments:

  1. Aaaaa....meleleh air lioq cheq tengok..
    Errrmmm errrmm...
    Nak kena try nih!

    ReplyDelete
  2. adehhh. sepatutnya bukak entri ni malam nanti. tak pasal2 terlioqq. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hua hua hua... takpe... tengok awal pagi, boleh buat untuk petang nanti.. XD

      Delete
  3. cheese tu kan, saya tau chesdale je....kakaka~

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer awak.. cheesedale tue adalah keju cheddar... hahhahaha

      Delete
  4. ni bukan campak2 ni mmg masak haha..pernah sekali ja buat pizza lepas tu tak nak dah buat sbb jadik keras semcm kekekekekeke..maybe klu buat lepas ni guna roti gardenia ja kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keras?.. terlebih yis kot... kalau tebal keras memang tak sedap.. tapi kalau dia nipis keras, itu best.. hue hue hue

      Delete
  5. huishhh babap juga si budak aujinz ni..awat la ni baru nak post..post lah malam2 kang...fav tu huwaaaa....bolehlah kak lea paksa mak try buat sama2 he3...

    owh sepatutnya ada kategori blogger untuk masterchef terbaru..kami vote aujinz kaw2,pasti juara he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. huishhh.. tak nak aaa... tak pasal pasal femes lak kang.. koh koh koh

      Delete
  6. dah buat org teriur je bulan2 pose ni..
    kejam encik ojinz..
    T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha... sorilah Cik Ezy... eh.. silap.. Puan Ezy.. huhuhu

      Delete
  7. manarik..rs mcm nk try tp xde oven..cmno tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. ade pemanggang ajaib tak? Kalau ada pon boleh buat.. hehehehe

      Delete
  8. huiyyooo... dasat ah... seumur hidup blog ankel dah 4 kali post gambo masakan ankel.... dan semuanya adalah megi goreng... akekekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. tau ankel. Tau... bila nak tukar resepi?

      Delete
  9. pergh.. dasat.. mula2 aku dok bayang rupanya mesti tak cantik.. tiba2 kluar gambo last tu terus aku berdiri tegak nyanyi asmaul husna.
    bleh berniaga ko ni.. pasar maghrib

    ReplyDelete
  10. hebat kamu ni...aku reti makan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde hebat mana. Cuma suka masak jer. Hehehe

      Delete
  11. fehlamaks..kecur ayaqliur tgk gambar last sekali tu :O

    ReplyDelete
  12. Fuyooo...nmpak cam pizza hut delivery....hah, buat dua ketul kan...meh pos sni stu...ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... seketul jer. Makan sorang takkan nak buat dua.. koh koh koh

      Delete
  13. lagi sedap kalau ada orang buatkan... betul x?

    so ojin, bila nak ajak bukak puasa?? hohoho~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. bila nak berbuka bersama? Wkwkwkkw

      Delete
  14. untung anak bini cucu cicit mak pak mertua hang ojin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh.. kenapa plak? Hahahahaa

      Delete
    2. pandai mengalahkan orang pempuan. kalah aku weh

      Delete
    3. eh nanti email nama and alamat kat ckecikcomeldani@yahoo.com asap eh.hehe

      Delete
  15. aik mano cendawan? apsal tak letak cendawan? arrrhhh stress aku tengok picture pizza tadak cendawan! <-- mental betoi tadak cendawan pn bleh stress mehehehew XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. aku bukan buat pizza chicken mushroom. Wakakaka

      Delete
    2. huehehe... dolu2 aku agak slalu jugak la buat pizza, topping tomato + chilli sauce, minced beef, button mushroom, onion rings, cheddar cheese, oregano, dan sikit gula tabur kat atas... kekadang boh mozarella cheese instead of cheddar... lama dh tak buat, dlm 2-3 hari ni maybe aku akan buat pulak huhuu... hang punya pasal laa wargh!! oh my calories wawawaa~ (">3<)

      Delete
    3. hahahhaa.. ape plak salahkan aku.. wkwkwkwkwkw

      Delete
    4. http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2013/08/jom-try-buat-ni-pepperoni-cheese-pizza.html

      hehehehhh~

      Delete
  16. Hello, ni PHD ke?
    Saya nk buat tempahan pizza delivery..^^

    Hebat terr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cik, kawasan cik diluar liputan kawasan penghantaran. Hiks

      Delete
  17. waaaaa... boleh dah buat pizza sendiri..... :-)

    ReplyDelete
  18. salam beroo^^ bijik bijan mane? Tabur sikit..kekeke, ang mmg berbakat, aku pnah buat honey garlic chicken pizza, tuna n minced beef(betui ka spelling) ja dlu, pastu mls dah smpai expired yis aku..mls sbab cheese mahal kot..ahaks^^

    -m84, kb brunei-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Powerlah ang.. hahaha...baiklah, nanti aku cuba gak

      Delete
  19. Replies
    1. i like komen ni... kt mana nk like ni.. hahaha

      Delete
    2. I pon like... eh... hua hua hua

      Delete
    3. like..like..like..

      ojin, nti dtg meru bawak piza ok..
      tq.. :P

      Delete
    4. kena bawak ker... berlenggang jer tak boleh ker? hua hua hua

      Delete
  20. sahaja aku berbuka kerana allah:-)

    ReplyDelete
  21. SALAM....
    Nak tumpang tny sket leh?
    Doh tu kan boleh wat 2 pizza kan?
    Tp pada hari penyediaan tu kite nak wat satu pizza je, the another half doh tu boleh simpan ker?
    Satu lagi, selain cheddar ngan mozarella cheese, leh tak pakai cheese lain seperti parmesan ke?

    Sekian, terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya jer... hehehe...
      Doh yg tak guna tue boleh simpan dalam peti ais. Tapi saya cadangkan sehari jer laaa sebab pernah simpan lebih dari sehari dia jadi tak elok.

      Kalau nak guna Parmesan pon boleh. Takde masalah. Kita yg masak dia... koh koh

      Delete
  22. stress aku tengok gambo makan tetengahari buta ni.

    ni aku nak tanya ni ojin. kalau idak ada minyak zaitun sameon. apa substitute?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde minyak zaitun, boleh jer guna minyak masak biasa.


      Tapi guna minyak zaitun dia punya aroma tue lain sikit. Sedap.

      Delete
  23. pakcik, memang kena pakai minyak zaitun ke? minyak masak boleh tak? minyak jagung ke. hmmm.hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer makcik. Minyak masak biasa pon boleh guna. Takde masalah.

      Delete
  24. aaaah terase nak terai pulak haa..

    ReplyDelete
  25. ojin, nk ngidupkan yis yg hamba lemah ni..ayo tu kena suam ke ayo besa2 jerr pun bley? ce citer ce citer.. men ngn yis ni mmg fail sokmo..n api oven hok mana satu nk pakai? hahaha..aku ke pompuan, ojin yg pompuan ni?? napa dia lagi teror ni?? cisss!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... adoiai.. bukan hang dah biasa buat roti ke chesue...

      Yis sila rendamkan dalam air suam suam kuku. nak elok, Campurkan sikit gula dalam air (gula memang menggalakkan yis). Aku tak pernah campur pon, selalunya gula aku tabur dalam tepung jer. elok jer dia naik... lepas rendam, dan larut, hang biaqkan dia sampai berbuih. Dah berbuih, dah boleh guna laa tue.

      Hok api tue plak, aku guna atas bawah, tapi pizza pan aku letak sebelah bawah. Dulu aku letak kat tetengah, cheese dia jadi hangus. So, kalau letak bawah, dia jauh dari besi panas. So, hang dapat la pizza dengan crust tapi cheese tak hangus.

      haaa.. gitu... koh koh koh

      Delete
  26. Berkeroncong perut tgk pizza tgh hari cmni....
    Nampak tak saya terliur ni..?grrrr....

    Alaa..xpayahlah last entry masak ni..
    Lepas ni kalau ada resepi lain masuk je...
    Xbaik tau kedekut kedekut..
    Hehehehe.....

    -NA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. iyer laa.. iyer laa.. InshaAllah kalau ade lagi saya tepek laa kat sini... huehuehuehue

      Delete
    2. Haaaa...macam tu la...
      Xbaik tak kedekut kedekut ni...
      hehehe...

      Resepi awak ni semua mudah2...
      Itu yg best tu...
      :D

      -NA- a.k.a Cik Anon....-
      Hahaha

      Delete
    3. hahahhaha.. sejak akhir akhir nie jer mudah kan kan kan.. selalunya susah jer.. koh koh koh

      Delete
  27. dah macam blog ketuk2 periuk, tepung berterabur bersama aujinz.
    hahahaha lama tak singgah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... hai cik Dewi.. lama tak singgah sini woh.. sihat?

      Delete
    2. tentu la sihat, tgk orgnya pun dah tau.. koh koh koh, hahahaha

      Delete
  28. salam hai..tanya pasal custom made case kan.. boleh pergi fanpage kat FB : https://www.facebook.com/NFHStyleCollection

    Boleh contact kat situ ye =) tq..

    ReplyDelete
  29. bulan pose ni tgok pizza ni sedap..leleh air liuq..adehhh..

    ReplyDelete
  30. yumeehh. apesallah rega cheese kt malaysia mahal. ingat nk tabur kat atas sampai xnmpk toppings, hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. boleh guna cheese cheddar chesdale jer.. sedap gak rasa dia.. hue hue hue

      Delete
  31. nak buat doh tu yang susah T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah pon cik pensil... yang penting, kena rajin.. hue hue hue

      Delete
  32. paingggggggggggggggggggggggggggggg painggggggggggggggggggggggggg (oh my english!) tersilap time datang blog aujinz sorang ni !haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahhaha... siapa suruh salah timing... koh koh koh

      Delete
  33. dah, dah buat dah.. lama dulu.. mmg terbaik la. new year nak buat lagi.. good!!

    ReplyDelete
  34. dah, dah buat dah.. lama dulu.. mmg terbaik la. new year nak buat lagi.. good!!

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD