Showing posts with label masak masak. Show all posts
Showing posts with label masak masak. Show all posts

03 February, 2016

Acah acah hipstur

Seumur hidup aku, tak pernah minum kopi Starbuck. Dan jeles gak bila diorang dok tayang kopi siap lukis lukis corak bunga guna froth atau foam susu.

Jadi, aku pun mulakan misi sendiri tahun lepas. Aku pun nak rasa hipstur jugak. Wkwkw...


Ok, first sekali korang kena ada semua benda di bawah. Walaupun aku ada espresso maker, aku still gak suka buat cara macam ni.. wkwkwkw



Kopi segera paling senang, Nescafe jer. Satu sudu besar Nescafe dan dua sudu besar air panas. Kaciau sampai larut.


Korang guna susu segar. Fresh milk. Susu krim atau low fat susah nak jadi foam halus tu. Percayalah, aku dah try semua jenis susu. Panaskan susu tu sehingga 70°c. Guna termometer kalau ada. Takde, guna jari pon boleh. Wkwkwk
Jangan terlebih panas, nanti susu pecah lemak, susah nak jadi foam/froth tu.



Berbekalkan latte pitcher beli online dan cappucino frother beli kat Daiso, froth susu tu sampai buih besar hilang dan permukaan susu jadi shining. Jangan risau kalau tak jadi ok. Selepas lapan belas ratus ribu kali cuba, berkotak susu, ber belas kali caj bateri frother, aku berjaya jugak dapatkan konsistensi susu yang perfect. Wkwkwkw...


Guna skill kelembutan pergelangan tangan untuk menghasilkan latte art atas kopi jadian korang tadi. Siap! Ok, not my best latte art. Wkwkwk...

Nah daun Rosetta. Heart nampak senang tapi jadah susah nak buat. Huhuhu.. Dah boleh post kat Instagram acah acah hipsturrrr... wkwkwkw

Rasa dia, kalau tak letak gula, pahit macam kopi press gak. Tapi susu tu akan neutralkan rasa kopi. Sedap. Kalau tak suka pahit, masa bancuh Nescafe, ko letak la brown sugar satu sudu teh. Wkwkwkw

Pis yoh!

01 March, 2014

TighamissYu

Setelah terlihat seseorang mengepos gambo Tiramisu di Instagram, gua terus terkulat kulat bila membayangkan rasa Tiramisu yang sangat heaven. Dah lama tak buat. Serius Tiramisu adalah dessert yang paling mempunyai krisis identiti. Dia tak tahu nak masuk kategori mana, nak masuk kategori Kek, dia bukan kek, nak masuk kategori aiskrim, dia bukan aiskrim. Jalan paling selamat, dia duduk dalam kelas dessert.

Dan, Tiramisu sangat senang nak buat. Takde baking baking kalau korang sediakan semua bahan dengan cukup terutama biskut Savoiardi aka Lady Fingers. Oleh kerana biskut tue kategori rare, susah nak dapat, korang boleh buat sendiri. Senang je bhai.. koh koh koh...

Gua nie dulu kabo, last resipi, last resipi.. tak last last gak.. koh koh koh.. oleh itu...

Bahan utama korang perlu ada:

250gm Mascarpone cheese (cari kat Tesco RM12.90)

kalau takde, Cream Cheese pon boleh (RM13.90 500gm)

Savoiardi aka Lady Fingers (RM12.90 kat Cold Storage. Kalau takde, korang buat sendiri macam gua)

4 biji telo ayam sefresh yang boleh ..kalau boleh, ko follow jer mana mana ayam yang nak bertelur, sampai ayam tue dok pikir "Hampeh punya manusia, aku nak bertelur pon tak senang". Dia bertelur jer, ko sambut. 
6 sudu besar gula castor (gula biasa pon boleh.. kita buat dia..ape ade hal)
2 sudu besar Kopi atau Nescafe + air masak sejuk
Serbuk Koko 

Eh, takde whipping cream? Muahaha.. takde beb. Resepi authentic Italian Tiramisu depa guna telur tak guna whipping cream. Buat elok elok, korang takkan rasa telur dalam Tiramisu tersebut. Sebab itu telur korang kena fresh... Maksud gua, telur ayam korang...

Yang tak suka makan telur mentah, boleh gantikan dengan whipping cream. Tapi gua nak kabo, mayonis dan aiskrim dalam mangkuk tu pun guna telur mentah beb.. koh koh koh..

Cara buat Tiramisu:

1. Adunan A - Lu worang asingkan kuning dan putih telur di dalam dua mangkuk yang berbeza. Pukul putih telur dengan 3 sudu gula sampai jadi foam bertanduk kobau bagai. Dah yakin putih telur tue dah bertanduk, cuba terbalikkan mangkuk tu atas kepala adik/abang/kakak korang. Kalau tak jatuh, dah ok laa tue. Kalau tak, diorang plaklah bertanduk lepas tue.

2. Adunan B - Pukul kuning telur dengan baki gula sampai pucat dan berkrim. Pas tue masukkan Mascarpone ( sebutan dia mas.kar.poney) dan pukul lagi sampai sebati. Pastikan Mascarpone/Cream Cheese lu orang suhu luar peti ais. Gua tak tahu suhu bilik berapa darjah Celsius. Depa dok kabo suhu bilik, suhu bilik berapa darjah Celsius woi?? Suhu bilik gua macam oven. Lagipun gua masak kat dapur, gilo apo nak masak kat bilik.
Lu worang ada hand mixer, guna mixer. Gua guna whip macam nak tercabut tangan.

3. Dah siap. Masukkan adunan A kedalam Adunan B. Fold (balik kaup) selow melow sampai dia cukup cukup bercampur jer. Dah. Ketepikan.

Custard telur


4. Preparekan Kopi korang. Rendam Savoiardi aka Lady Fingers korang dalam bancuhan kopi sekadar basah. Jangan sampai lembik. Susunkan dalam bekas. Masukkan pula adunan Telur + Cream Cheese tadi dan ratakan. Taburkan serbuk koko. Ulang Biskut -Adunan Cream Cheese-Serbuk Koko.


5. Dah siap, masukkan dalam lemari es dan sejukkan sekorang korangnya 4 jam. Hidangkan semasa sejuk. 

Kalau korang tak jumpa savoiardi, boleh buat sendiri jer. Senang banget dong... 

Resepi savoiardi aka Lady fingers 

Korang kena ada dua 3 biji telur, 
6 sudu gula castor,
1/2 cawan tepung naik sendiri, 
dan 1 sudu teh esen vanilla.

1. Asingkan kuning dan putih telur. Pukul asing asing dengan 3 sudu gula setiap bahagian. Pukul sampai kuning telur pucat dan berkrim manakala putih telur sampai bertanduk cucuk langit. 


2. Kuak lentangkan dua dua bahan yang kena pukul tadi slow melow sambil mengayak tepung sedikit demi sedikit. Jangan over kuak lentangkan. Cukup sekadar bercampur. Panaskan oven korang 180 darjah dua Celsius.

3. Masukkan dalam beg pastri. Kalau takdo, buat guna beg ziplock. 

gua guna muncung piping bag lama. Gua potong nozzle kasi lubang lebih kurang setengah inci

4. Griskan / tepungkan / alaskan dgn baking sheet pan korang dan paipkan adunan sepanjang 5 inci. Jarakkan kalau nak buat satu satu. Dah siap, bakar dalam oven selama 10 minit atau sehingga separa perang. 

Gua tau tak cantik.. tapi watdehel.. janji sodap... ghaso dio macam bahulu...

Lepas tue follow jer resepi Tiramisu yang kat atas. Siap!  Korang boleh hidangkan dengan cara berseni dan kendian postkan ke FB Instagram bagai dengan presentation terbaik korang boleh buat konon konon ala ala hotel....


Atau dengan cara lantak gualah nak hidangkan macam mana ko ape kesah!
Gemok tetap gemok gak...


rasa coklat, kopi dan cream cheese yang Heavennnn.... koh koh koh... 


Adios ~







20 July, 2013

Pizza De Ranggi



Aku nie, kabo jer ini entri last masak masak, ini entry last masak..tapi haghammm... ok, ini entri last masak masak yang ke err... lapan ratus pat puluh dua. hiks.. nah, resepi sempoi untuk berbuka nanti.

Hari nie gue nak tepek resepi masak pizza. Asik Jepun jer kan, kali nie kita ke Itali plak.. koh koh koh. Walopon melambak resepi pizza kat internet, tapi ape pakcik kesah yer dak. Macam biasa, resepi aku, cara aku laa kan kan kan...

Sebenaqnya, buat pizza sempoi jer baq hang. Dulu aku rasa nak buat doh dia paling leceh. Tapi bila dah dua tiga empat belas kali buat, hek eleh, pejam mata pon boleh buat. Haa.. gietue..

Baiklah.. bahan bahan yang korang kena ada untuk buat pizza:

DOH
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak zaitun sameon
2 sudu teh yis @ ragi (rendam dalam secawan air)
*cukup untuk dua keping pizza nipis berkerak, bergantung kepada saiz pizza pan korang*

TOPPING
1. Sebiji bawang Holland (potong separa bulat)
2. Lada Benggala Hijau (capsicum)
3. Frankfurter (potong bulat) atau crab stick.. eh ikut suka korang laa..
4. Sos Tomato
5. Keju Cheddar
6. Keju Mozarella

1. Masukkan tepung gandum, gula ke dalam mangkuk. Gaul rata. Lepas tue, curah minyak zaitun kedalam adunan. Gaul rata sehingga tepung korang jadi berketul ketul. Last sekali masukkan air campuran yis . Sikit sikit laa jangan gelojoh. kang tercair plak. Gaul sehingga jadi kental dan melekit.

2. Dah siap, tutup mangkuk korang dengan plastik wrap atau apa apa jer janji kedap. Aku guna pinggan kaca jer.. Biarkan selama setengah jam.


3. Doh korang akan jadi dua kali ganda kembung buncit dia. Ambil segenggam tepung dan taburkan keatas doh korang dan penyekkan doh guna tangan untuk keluarkan angin. Dengan cara ini, doh yang melekit takkan melekat di tangan.

Uli dengan cepat, golek golek, hempuk dan lambung sesuka hati. Pizza korang sendiri makan kan.. lantaklah kalau pening pon.. koh koh koh. Biarkan doh kembang sekali lagi.

4. Ratakan pizza pan korang dengan minyak zaitun, bahagikan doh kepada dua dan leperkan doh ke dalam pizza pan. Aku suka pizza nipis berkerak so aku leperkan pizza lebih kurang setengah cm. Masa bakar dia akan jadi tebal sikit dan berkerak. Kalau korang suka pizza tebal, tebalkanlah dia punya doh.



5. Oleskan minyak zaitun pada permukaan pizza. Ratakan sos tomato dan taburkan lah topping korang ikut suka hati koranglah nak susun macam mana. Aku guna cheddar cheese jer. Kalau nak efek melekit macam pizza hut, taburkan lah mozarella cheese.

6. Panaskan oven atas bawah pada suhu 180 darjah selama sepuluh minit, lepas tue bakolah korang punya pizza selama 20 minit. Aku suka bau pizza yang tengah masak. Bau efek bawang Holland dengan capsicum tue.. perghhh.. menggude..


Siap! Boleh buat untuk berbuka.
Itadakimasu! eh.. salah.. 
Buon Appetito

Lepas makan sila pergi jogging.

P/s: Topping boleh tukau dengan sardin pon sedap baq hang. Letak crabstick, bawang Holland, capsicum dan cheese. perfffff... ~

P/s 2 : saje dengki letak gambo makanan kat blog bebulan puasa nie kan kan kan... koh koh koh

22 December, 2012

Sempoi Pai Epal untuk orang yang malas menguli



. Tetiba teringin nak makan epal Pai. Nak ke McD, nanti korang kata aku tak sensitif. So, marilah kita buat Epal Pai sendiri.

Ini resepi aku yang terakhir yang ke lapan. Koff....Oleh kerana aku pemalas,aku masak pon nak sempoi sempoi jer, bahan pon nak sempoi sempoi jer, buat dia pon nak sempoi sempoi jer..

jadi,
aku cipta Pai Epal Sempoi Lanun Ranggi (untuk orang yang malas). Resepi ini terjadi dek kerana aku lambat bangun nak pergi kerja, dah tak sempat nak menguli dan malas nak menguli.
Siap dalam masa 15 minit


bebahan yang sempoi:
2 bijik epal hijo
4 sudu besar gula perang (Brown Sugar)
1 sudu teh tepung jagung (Corn starch)
1 sudu teh serbuk kayu manis (Cinnamon)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg)

8 keping roti putih
1 biji telur

cara sempoi nak buat:


1. Potong dadu epal hijau korang. Jangan tiru gambo di atas. Itu aku malas. Lepas dah ambik gambo baru aku dadu kekecik.


2. Wapkan roti putih korang sekejap. Ini untuk mengubah struktur roti (kemain). Tak nak wapkan pon takpe, cuma crust tak garing jer laa.. Dah wap, gelek. Yang korang bergelek Inul kenapa? Gelek roti korang sampai nipis. ai ai ai

3. Inti sempoi: Masukkan epal korang dalam sos pan. Nak guna kuali pon boleh asalkan mak tak marah. Masukkan 4  sudu besar gula perang. Ikut suka korang. Nak manis..tambah lagi. Nak kena kencing manis, bubuh sebaldi. 
Taburkan cinnamon powder. Lagi banyak lagi wangi. 
Taburkan Nutmeg Powder plak. (Amaran, serbuk buah pala menerbitkan aroma berangin pada inti pai. kalau suka, letak banyak, kalau tak, letak sikit sahaja pon dah sempoii..)

4. Masukkan air sedikit. Tak payah banyak, bila epal lembut, otomatik air dia akan bertambah. dah cukup lembut, masukkan 1 sudu teh tepung Jagung. Adjust ikut kepekatan. Tepung jagung akan buat korang punya inti jadi likat. Siap. Sejukkan inti. Sempoi kan?

5. Guna pastri brush, oleskan telur yang dah dipukul pada permukaan roti. Letakkan inti epal korang yang sempoi tadi.

6. Lipat sempoi jer. tekan hujung roti dengan garfu. Sempoi kan?

7. Oleskan pai mini korang dengan lapisan nipis telur (renjiskan sedikit nutmeg dalam telur untuk lebih aroma)  dengan pastri brush. Sempoiiii..

8. Gorengkan pai korang dalam minyak panas berapi sederhana atau kecik (Bergantung kepada tebal atau nipis kuali korang) sehingga kuning keemasan. ... Siapppppppp..
Sempoi dak? 

Resepi nie untuk orang yang sempoi, yang suka makanan sempoi, suka masak sesempoi yang boleh dan tak suka menguli. Nampak tak betapa banyak sempoinya resepi ini.
P/s: Sedap dimakan di kala masih panas di waktu pagi atau petang.


Ini resepi sarapan aku buat semalam.
Pagi ni, aku sarapan menda alah ini.


Koh koh koh.. nak resepi? tekan button silang sudip dibawah header blog.
Selamat bersarapan.

Ada yang dah cuba resepi Pai Sempoi. Kita baca apa kata mereka

25 November, 2012

Crepe krep krepe

Dek kerana di Facebook dan di Twitter mereka hip sangat dengan Crepe Durian
Aku takde cakap banyak

Misi aku pagi tadi ialah
 
Menukarkan ini

Dan ini

Dan ini

Menjadi ini

Koh koh koh...
Tahniah..anda telah join the hipster.
Sekarang pergi bersenam.. 
Dia punya kalori ... Astagfirullah



Nasib baik Mem Kecik tak suka durian.
Dia prefer lempeng lagi.

P/s: Toksah tanya apa resepi dia.
Sebijik sejibun aku ikut resepi dari internet.
Tapi.... aku bagitahu sesiap...
.nak buat lempeng dia memang susah. Koh koh koh

30 July, 2012

Jangan hampakan harapan orang



Demi tak menghampakan sesiapa jualah yang menggoogle "resepi pancake Aujinz Lanun Ranggi", aku buat jugaklah resepi pancake cara aku. Tapi ini cara aku ok, gaya memasak nie macam ahli kimia juga laa.. korang kena tau bahan ini buat apa, bahan itu jadi apa... alahai macam masterchef plak.. koh koh koh

Ok, hari nie aku ada pembantu yang nak sediakan bahan..
korang kena ada...


cara biasa, ayak 1 1/2 cawan tepung, 1/2 sudu teh garam dan 3 sudu teh baking powder dalam mangkuk besar.. buat lubang di tengah tengah adunan, masukkan telur, 3 sudu besar mentega yang dah di cairkan dan 150ml susu.. adun sampai sebati sampai dia cair macam cat. Jangan korang campurkan cat plak..

cara Aujinz: Kalau nakkan pancake yang gebu, ayu dan montok macam Neelofa, korang kena buat kerja lebih sikit.. asingkan putih telur dengan kuning telur.. pukul asing asing..pukul putih telur dengan gula sampai dia jadi macam foam.. ketepikan..


 Ayak tepung 1 1/2 cawan,  3 sudu teh baking powder, 1/2 sudu teh garam dalam mangkuk besar...tuangkan kuning telur yang dah dipukul, 150ml susu dan adun sebati.. ( time nie, kalau sesaja nak ubah resepi, korang leh letakkan esen vanilla )..dah sebati baru masukkan putih telur yang dah jadi foam tadi.. adunkan lagi sampai sebati. 

Panaskan kuali dengan api sederhana.. kuali non stick pan lagi elok....oleskan sedikit minyak.. tuangkan bancuhan ikut besar mana korang nak pancake tue.. kalau nak buat macam lempeng pun... suka hati korang lah.. korang yang nak makan.. koh  koh koh.. tapi kalau nak gebu macam Neelofa, kena buat besar besar tapak tangan laa.. XD



Tunggu sampai dia dah naik gebusss berbubble bubble tue, haaa baru terbalikkan.. kalau api korang best, pancake korang akan masak nice jer coklat perang perang macam Halle Berry.. eh..

dah masak, angkat pancake korang susun dalam pinggan.
Enak lazat mencongkam kalau dimakan bersama Madu madu anda ataupun Nutella.

Cuma.. bulan puaso nie, toksah laa korang tobiat buek pancake pepagi buto matahari dah menjongah colah daun kelapo.
kok tak dapek jolingan manjo dari omak abah kau.. hah.. ghontikan.
koh koh koh...



P/s : Den dah tau capo yang google pancake Aujinz tue.. dio ngaku kek Twitter..
kih kih kih..
Lenkali deq non, jangan memalu.. tanyo direct kek abang nie haa yo..
koh koh koh..

06 November, 2011

Ini Tako tau.. bukan Tako Tao..



Entri nie takde lukis lukis. Dah lama aku tak post entri dapur. Ini pun sebab LiyanaLunia dan Wzulhimi yang request kat Twitter. Ini entri masak masak  last kot (.. yang entah kali ke berapa last pun aku tak tahu..)

Depa suruh aku up cara cara buat Takoyaki. 
Wokeyh. Banyak bahan susah nak dapat. Kalau jumpa pon, ada ke was wasan disitu. Oleh itu kita guna bahan yang kita yakin jer. Oke puan puan...ini Takoyaki stail aku yer.

Bahan Bahan
1 biji telur ayam
5 sudu besar tepung naik sendiri - ayak (untuk 13 biji Tako)
2 sudu teh Potato Starch
100 ml air sejuk menggigil
1 sudu teh kicap
Garam


Inti
Daun bawang - potong
Kobis - cincang
Tako / Octopus - rebus (.. aku tak sempat cari Octopus, aku tukar dengan sosej. Crab stick pon boleh cuma tak dapek laa title Tako tue kan kan kan...)

Hoisin sos
Kicap Manis
Seasoning Maggi

Benito flakes (..cari kat Jusco..)
Nori ( seaweed)

4 sudu besar tepung tempura. (campurkan air sehingga cair, goreng dalam minyak panas dan toskan minyak)

Batter
1. Pecahkan telur. Pastikan telur ayam. Jangan telur lain lak. Pukul sampai kembang setaman. Masukkan air sejuk berais.

2. Ayak tepung, potato starch dan kacau sebati. Biarkan cair macam susu. Jangan likat macam nak buat cengkodok lak. Masukkan kicap dan garam, pukul lagi. Ketepikan



3. Rebus sosej dan racik daun bawang dan kobis. Ketepikan. 


4. Panaskan kuali. Kuali nie aku beli kat Giant secara tak sengaja. Memang payah nak cari kuali nie. Kalau ada pun mahal giler. Lucky me, this one cost me only RM50. Sapukan sedikit minyak dan biarkan panas. Api sederhana. 


5. Isi bancuhan tepung sampai penuh lubang hidung. Letakkan sosej, daun bawang, serdak tempura yang dah digoreng dan kobis. 

 6. Tuangkan sedikit lagi bancuhan sehingga melimpah keluar. Bior sampai banjir kata orang kampung aku.

7. Bila bancuhan dah masak sikit,  asingkan setiap satu dengan lidi sate. Golekkan bancuhan 90 darjah sekejap dan kemudian terus golekkan 90 darjah lagi supaya bancuhan cair berada di bawah. Kena cermat kalau tak, hancur lak nanti.. hue hue hue. Aku memang letih part ini ler. Salah golek, senget benget ko punye Tako.

 8. Golek golekkan Tako korang sampai masak secara sekata. Bab golek menggolek paling senang. Macam bola pingpong Tako korang bergolek golek.

9. Bila dah masak, keluarkan Tako korang dari kuali dan susun elok elok.

 10. Sapukan kicap Okonomiyaki (cari di Jusco), taburkan aonori (serbuk seaweed) / Bonito flakes (cari di Jusco) ikut suka korang. Spreadkan mayonis dan aksesori lain kalau nak...Siapppp..


Itadakimasu!

Aku terasa macam Masterchef plak..
Dah.. ini entri masak masak last.. no more!
Nyiahahahhaha...