Showing posts with label Blog Preview. Show all posts
Showing posts with label Blog Preview. Show all posts

05 March, 2016

Intai di sebalik tabir

Saja prektis kaler kaler...Nampak tak betapa lukisan aku sentiasa berubah. Setiap kali aku bersemangat nak melukis aku akan melukis dengan sesungguh. Origami Biru adalah siri yang banyak membuatkan lukisan aku berevolve mengalahkan dinosaur.. koh koh koh...

owh, aku bukan nak cerita pasal lukisan aku sebenonya. Aku nak kongsi ngan korang satu blog yang aku dah follow sejak 2012. 


Kenapa aku nak share? Sebab dia ada cerita kisah dia menjadi asisstant kepada mangaka Prince Of Tennis, Konomi Takeshi. Serius best dari awal dia apply sampai habis. Dengan gambar. So, sedikit sebanyak kita tahu apa yang mangaka buat dan tak buat... koh koh koh. Aku dah lama nak tahu apa yang mangaka buat di belakang tabir, so, blog beliau macam lubuk emas aku. koh koh koh

Ok,. ada 50 part, korang boleh start dari sini.


You are welcome

Dah, abang nak sambung lukis Origami Biru
Bai
koh koh koh.. 

28 November, 2015

Buasir Otak The Komik datang lagi

Salam pagi,
Kalau korang nak lebih fahami komik ini, korang baca cerita awal kat blog Amna dulu ya.. hue hue hue



haaaa... komik di atas adalah komik promosi yang abang post kat Page Facebook Lanun Ranggi. Huhuhu...abang lukis sebagai kesinambungan lukisan Amna (page atas) dan Zyraroxx (page bawah). Huhuhu...

Abang nak habaq mai ni, sekali lagi abang berkoloborasi dengan team Buasir Otak untuk buat buku komik kedua. Tetapi  yang bestnya, terus dapat buku ketiga. Buku yang pertama cuma Buasir Otak The Komik dan menampilkan 13 orang pelukis. Buku yang kali ini bertajuk Buasir Otak The Komik; Reloaded dan Revolution. Kali ini, seramai 33 orang pelukis yang terlibat sekali.

Antara rakan blogger abang yang join melukis untuk buku ni sekali ialah Zyraroxx, cErolian, Amna Gadis Misteri, Plain83, Prince of Noob (Buasir Otak), Nazha Anuar (Kartunster), Budoxe Lee dan ramai lagi. Semuanya ada 33 orang. Oleh kerana seorang melukis 10 cerita dengan genre yang ditetapkan, buku ini menjadi tebal dan sendat. Jadi terpaksalah cetak sehingga dua buah buku. Koh koh koh... berbaloi baq ang...

http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html


Kalau korang berminat nak beli buku ni, klik gambar di atas.. hue hue hue...
Abang tak jual dik, abang tolong promosi jer..
koh koh koh...

19 September, 2013

Pelabuhan Persinggahan - Younique Nurdani

Ramai blogger fesyen, tapi tak ramai blogger yang melukis fesyen fesyen yang diperagakan.


Enter Nurdani.

Haaaa... blogger kecik molek nie patutnya aku tak payah nak perkenalkan sebab dah ramai kenai dia, apatah lagi dia dah terpapar dalam ruangan .Com sotkabo Utusan. Yang bestnya dulu masa aku mula mula follow dia, dia melukis menggunakan Excel. Excel baq hang... yang banyak kotak kotak tue... haa laaa... power kann kan kannn?

dicilok dari blog beliau

Bila dia buat tutorial melukis menggunakan Excel, aku ngomel "Owh senang jer nie, aku boleh buatttt"
Setelah buat buat padam, buat buat padam, nak lukis Proton Juara terus jadi peti ais walaupun tepuk lantai aku kabo Proton Juara dan peti ais tak jauh beza, aku terus taubat dan berjanji takkan membuat kerja yang sia sia ini lagi dimasa hadapan. Jilaka punya susah baq hang...

Bagi ayam makan takdelah susah macam melukis guna Excel. (T___T) Oleh itu aku serahkan saja melukis menggunakan Excel kepada Dani manakala aku terus menganga melihat keohseman lukisan beliau yang tiada tolok taranya.
Nampak tak kecomelan beliau... errr.. maksud aku kecomelan lukisan beliau

Dan, secara halusnya beliau mengrequest aku melukis kartun untuk beliau, sedikit sebanyak aku turutkan lah permintaan beliau memandangkan beliau pun dah berapa kali mention aku yang kacak ini di dalam entri blog beliau... koh koh koh.

Nampak tak cara halus beliau di situ mengrequest lukisan gaya gadis gadis. Kah kah kah...ekceli, ini yang second kali kot.. sebelum tue dia ayat kat Instagram...hiks.

So, dengan tulus ikhlas gua lukiskan kartun untuk beliau. Gila geletor tangan nak lukis ke pakar melukis pesyen. Ibarat seperti mengajar English kepada Professor TESL. Aku mana reti lukis pesyen pesyen...janji ade ghope jer la yer makcik... Nyiahahaha

memandai jer aku ubah design baju dia.. kakakka... 

 oooo... kalau korang nak request aku lukiskan kartun korang dengan cara Dani juga, ghentikannnnn... gua dah tak termakan pujuk rayu sebegini lagi..cari cara lain... koh koh koh...

So, silalah terjah blog beliau di yoUnique Nurdani . Boleh buat tempahan karikatur korang juga kalau dia ada buka tempahan. Hehehehe

27 September, 2012

Pelabuhan Persinggahan - Izyahya the Crazy Cat Lady

Korang suka kucing?.. Aku teramat laa suka kucing sampai aku sanggup tunggu kat tepi tong sampah semata mata nak berkawan dengan seekor stray cat yang pemalu (Aku namakan dia Bulu). Cat person can be insane sometimes. We can talk and have a conversation with cats where ever and whenever possible. Hua hua hua...

Dan bila aku terjumpa blog Izyahya, lagi laa... Dan aku ingat aku sorang jer suka bercakap dengan kucing, rupanya semua cat person macam tue.. yes!  Aku follow dia dari Instagram, aku follow Twitter, lepas tue fanpage last sekali baru blog. Caption Instagram gambar kucing kucing dia sangat lawak.
neko chan

Kalau korang nak tahu macam mana sengalnya cat person, korang leh baca blog dia. Aku dah selongkar blog dia sampai boleh kenal perangai enam ekor kucing dia yang super comel dan siap lukiskan header untuk fan page dan blog berdasarkan karekter kucing dia.

Karekter yang macam Aoi the Diva, Hime the Princess, Sookie yang chubby, the cool sibling Ichii and Lilo dan the mischievous Bengal, Hachiko... Dan percaya tak kucing dia nama Hime tue jumpa dalam longkang dan comot masa kecik tapi dah beso humang aihhh... bebetul macam Princess. XD. 

.. korang leh bezakan tak yang mana male dan female?.. siapa betul boleh claim makanan kucing kat Izyahya... koh koh koh

So, korang boleh singgah blog dia dan belajar cara menjaga kucing cara Izyahya. Ikut cara dia, aku siap simpan makanan kucing dalam kereta. Cuma, mungkin aku tak mampu jaga kucing cara dia, aku pokai. Koh koh koh.

 Ingat, jangan aniaya kucing sebab depa super duper cute and pawsome! Nyiaaawwwww!!

09 July, 2012

Pelabuhan Persinggahan - Catatan Uncle Jonni

Dah lama aku tak singgah mana mana pelabuhan kan. Kali nie aku nak singgah pelabuhan yang baru. Sebelum nie semua pelabuhan yang aku singgah adalah awek awek belake (..ekhem..nampak tak permainannya di situ?..) kali nie tak. Aku nak singgah pelabuhan milik seorang Uncle. Dia kabo dia Uncle aku mana laa tau..

Beliau sangat hensem dan ohsem , sempoi dan semua sem sem lagi laa....
Tengok ler macam mana beliau mencari idea untuk menghasilkan idea idea yang ohsem.



Errrr...
Kemudian beliau akan lepak lepak masa senggang untuk melepaskan tekanan barang seminit dua.. owh, beliau juga pernah kabo beliau berminat nak jadi penyanyi..


Sebelum menyambung cara beliau untuk mendapatkan lebih idea idea yang kelakar dengan cara beliau yang tersendiri 
Errr...



... dan beliau kemudiannya akan selamba ke tempat kerja untuk mencari idea idea ohsem di sana..

Ya ya.. beliau ialah Abang Jonni dari Catatan Uncle Jonni. (Kejap abang kejap Uncle yang mana satu nie der?) Kehenseman dan keohseman blog beliau sangat membuatkan aku nekad untuk selongkar lemari, gobok, dan loteng blog beliau. Di sebalik muka ketat itu adalah   watak yang buat aku sangat gay dengan blog beliau... err.. apa aku taip tadi? Gay? Pffft...

Sori bro gua cilok kartun lu tanpa izin lepas tue suka suka ati edit..
koh koh koh...

12 January, 2012

Pelabuhan Persinggahan - Si Lemon Ribena

Bercakap pasal follower, semua blog ada follower tak kira sama ada sikit atau banyak. Tapi yang setia singgah dan mengomen itu yang susah nak dicari habaq hang..

Antara follower aku paling setia dan suka tinggalkan jejak ialah si Lemon Ribena, Ezy Chiaki, Follower paling konsisten untuk singgah ke blog merapu Gaban nie. Aku dah lama nak lukiskan kartun untuk dia, tapi ada masalah tentang konsistensi. Beliau comel dan aku sangat tak puas hati sebab kartun aku takleh nak reflekskan benda yang sama. Dulu dah lukis tapi aku buang.. koh koh koh..(..don weri, yang aku buang tue memang tahap rejek munyerr...)

Owh, aku juga rasa, muka beliau ada iras seorang lagi follower lama aku Cipina Fentotmatot... walopon Cipina dari Langkawi, cik Ezy dari Terengganu. Kembar terpisah mungkin? koh koh koh



Beliau dah kurang apdet blog walaupun dulu beliau sangat rajin mengapdet empat lima kali sehari sampai aku sendiri pon tercicir empat lima enam entri beberapa hari..nampak tak kehampehan aku di situ?. Tapi aku tinggalkan laa juga jejak kadang kadang..kadang kadang jer... XD

So, terjahlah blog beliau di
Tak yah ngurat laaa.. dia dah ada pakwe.. koh koh koh.. eh ye ker Cik Ezy?
hahahaha.. dia suruh delete. Line clear.. koh koh koh
Ahaks..


P/s: Yang lain, jangan la kecik hati. Insya Allah, aku akan kartunkan korang.. cuma macam aku kata , aku ada masalah dengan konsistensi. Koh koh koh..dan pemalas some more.
owh, doakan laa jugak aku nie rajin tahap Dewata Raya.

26 November, 2011

Pelabuhan Persinggahan - CikBulat

Cuba korang bayangkan bentuk BULAT. Bila korang bayangkan bentuk bulat, opkos laa korang bayangkan bentuk bulat kan kan kan.. (.. nie ape daa berbelit belit..).. dan bila seorang awek meletakkan namanya sebagai CikBulat, otomatik aku bayangkan seorang awek yang berisi, empuk, gebu dan terbaek dari ladang. Ataupun seorang awek yang bermuka bulat, comel comel deshumm deshum ..


Sekali bila selongkar blog beliau, rupanya beliau selim melim tak laa bulat mana. Mata pun tak berapa nak bulat. Mungkin lubang hidung beliau punyai simetri bulat yang perfect sebab itu beliau namakan blog atas nama Cik(LubangHidung)Bulat.com.

Beliau ambil upah buat template blog dengan header. Cecuba la skodeng blog beliau kalau nak tempah.. koh koh koh

Beliau kata ikut blog aku. Tapi komen pun jarang jarang nak nampak. Entah celah mana entah dia ikut aku pun kurang kepastian. Tapi dia aktif berkomunikasi dengan aku kat Twitter. Orangnye kalau ikut kata orang kampung aku "Agak gonjol" dan friendly.


Follow blog beliau di
jangan risau, dia tak golek golek atas korang XD

P/s : hari nie aku nak buat entri preview blog banyak banyak .. wish me luck.. sebab aku nie pemalasnye Astagfirullah.. 
XOXO

17 October, 2011

Pelabuhan Persinggahan - Syafeika Edora


Nama blog dia Syafeika Edora. Nama dia pun Syafeika Edora.
Blog nie di miliki oleh seorang awek..dah nama pun Syafeika kann... Dia kata dia dari Sabah. Mata sepet...dia kata laa sepet.. aku tengok ok jer..mana ada sepet.. 
Pelukis doodle. Siapa nak tempah doodle boleh tempah dengan dia. Aku dah dapat doodle dari dia.. free.. koh koh koh. Sila klik pada tab Tropicana untuk tengok doodle yang dia bagi.

Dia ada masalah dengan ayam. Tak tau laa apa masalah ayam tue dengan dia.. Kalau nak tahu, belek laa blog dia..

Lukisan dia dulu lain.. sekarang dah lain. Macam aku laa.. aku dinamik.. lukisan aku sentiasa berubah. 
Ok laa.. Sila klik pada gambar untuk terjah blog beliau.

09 August, 2011

Pelabuhan Persinggahan - Tangan Punya Kerja

Errmm.. berblogging nie kalau kita merapu sorang sorang tak syiok kan. Sekali sekala kena tetuko angin. kan kan kan.. so, apa kata kita share mana mana blog yang best untuk di singgah.

So, dah lama aku tak preview mana mana blogger, hari nie aku nak start dengan seorang blogger nie. Nama beliau Faten Osman dengan alter ego beliau yang bernama Payeng dari blog Tangan Punya Kerja


Kalau ikutkan bloglist aku, beliau berada pada kategori Pelukis Garisan. Kategori tersebut adalah blogger yang menggunakan lukisan sebagai medium mereka. Aku start follow dia selepas di preview oleh Ayeem Ayam.

 Beliau seorang awek, walopon pada mulanya aku agak konpius jantina beliau kerana blog beliau ada dua penulis. Betulkan cik Faten?.. koh koh koh.. ampunkan kami penunggu gua.

Blog sempoi, kartun sempoi dan kelakar. Beliau adalah antara blogger perempuan dalam bloglist aku yang aku akan sentiasa singgah setiap kali di update.


So, sila laa serbu beliau di

P/s : Kepada Cik Faten, semoga karya anda terus ngetop. Dan jangan lupa letakkan watermark anda pada setiap artwork. 
Biasanya karya yang sebegitu unik akan menjadi perhatian. Dan si Payeng mungkin akan menjadi mangsa penculikan.. koh koh koh..