Showing posts with label BukuIndie Preview. Show all posts
Showing posts with label BukuIndie Preview. Show all posts

22 November, 2016

BOTK4 meet up dan The Awakening

Ahad lepas, 20 November 2016 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, geng geng Buasir Otak The Komik telah bertemu untuk menerima hasil usaha yang berbulan di usahakan. Buku ke empat Buasir Otak The Komik : The Awakening.



Buku ini menampilkan 56 pengkarya dan setebal 926 mukasurat baq hanggg... memang berbaloi beli dari hangpa beli buku memahai tapi ada dua perkataan jer satu page. koh koh koh...

Antara yang abang jumpa dalam meet up tu, ialah blogger yang femes macam Prince Of Noob Buasir Otak, Deaday Vespa Buruk, Lee Kun, cErolian dan Amna Shark. Itu first time aku jumpa Amna yang peramah.

Sesi tersebut sangat happening sebab memasing gigih menurunkan signature pada buku semua orang dan sessi sketch mengsketch. Amna orang pertama yang menghulurkan sketchbooknya.

Rupanya, bila berdepan dengan artist pro, kompiden ko semua ke laot.. kah kah kah... menggigil tangan weh. Dah laa Amna tu sketchboard artist... perghhh.


Si Day Vespa Buruk menunjukkan skil mengwatakala kan OC beliau


Sesi menurunkan OC masing masing


Abang pun tak ketinggalan, dek kerana tak bawak buku sketch, buku Awakening jadi mangsa.. koh koh koh..


Dah jumpa Amna. Another achievement unlocked 😄😄


Buku Buasir Otak The Komik : The Awakening boleh di dapati hanya melalui cara pembelian online.

- Harga buku BO:TK (AWAKENING): RM25 seunit tidak termasuk kos penghantaran
- Caj penghantaran PosLaju: RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)
- Jumlah mukasurat: 296 mukasurat (Ya komik ini memang tebal, macam buku sejarah.. koh koh koh...)
Cara-cara pembelian:

- PM page Buasir Otak The Komik atau FB admin Putra Nubhan ; atau
- Hantar pesanan ke alamat email princeofnoob[at]gmail[dot]com; atau
- Whatsapp/SMS agen kami SangKancil: 013-9313541

Yang duduk di Area Putrajaya dan Cyberjaya, COD pun boleh. Oret, sudi sudikanlah mendapatkan buku ini samada untuk diri sendiri, buat koleksi atau di hadiahkan kepada orang tersayang.Koh koh koh... 

Adios 

28 November, 2015

Buasir Otak The Komik datang lagi

Salam pagi,
Kalau korang nak lebih fahami komik ini, korang baca cerita awal kat blog Amna dulu ya.. hue hue hue



haaaa... komik di atas adalah komik promosi yang abang post kat Page Facebook Lanun Ranggi. Huhuhu...abang lukis sebagai kesinambungan lukisan Amna (page atas) dan Zyraroxx (page bawah). Huhuhu...

Abang nak habaq mai ni, sekali lagi abang berkoloborasi dengan team Buasir Otak untuk buat buku komik kedua. Tetapi  yang bestnya, terus dapat buku ketiga. Buku yang pertama cuma Buasir Otak The Komik dan menampilkan 13 orang pelukis. Buku yang kali ini bertajuk Buasir Otak The Komik; Reloaded dan Revolution. Kali ini, seramai 33 orang pelukis yang terlibat sekali.

Antara rakan blogger abang yang join melukis untuk buku ni sekali ialah Zyraroxx, cErolian, Amna Gadis Misteri, Plain83, Prince of Noob (Buasir Otak), Nazha Anuar (Kartunster), Budoxe Lee dan ramai lagi. Semuanya ada 33 orang. Oleh kerana seorang melukis 10 cerita dengan genre yang ditetapkan, buku ini menjadi tebal dan sendat. Jadi terpaksalah cetak sehingga dua buah buku. Koh koh koh... berbaloi baq ang...

http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html


Kalau korang berminat nak beli buku ni, klik gambar di atas.. hue hue hue...
Abang tak jual dik, abang tolong promosi jer..
koh koh koh...

02 February, 2015

rumput mahal katanya...




Zaman sekolah dulu, sekolah korang ada scene cari Jarum Emas? Ada? Bebudak sekolah ramai-ramai berkumpul kat padang cari rumput lejen ni. Sekolah aku ada, sebab tu sampai sekarang, aku masih tak tahu apa kegunaan daun ni. Koh koh koh ~

13 November, 2013

Lanun Ranggi The Book

Ekhem.
Sebelum nie aku ada kabo projek underground aku yang aku dok bizi tue. Ada yang teka aku nak kawen laa, nak pinang anak dara orang laa... sob sob sob (...check wallet penuh habuk...) Haaa.. so Alhamdulillah, hari nie aku nak kabo ler nie apa sebenonya projek aku tue.

Tadaaaa!!!


Aku tak leh berhenti sengih bila dapat pegang buku nie. Almaklumlah, dari A sampai Z aku buat kecuali P iaitu printing (printing hanto kedai ler), mau taknye kan kan kan... kakakaka.. Aku banyak bagi hint kat Twitter, Facebook Page dan Instagram. Kengkawan dok teka aku buat zine, komik, frame gambo (epik!), rak pinggan (super epik!!) dan paling malang, diorang kata aku buat buku hentai ( si Heroic Zero punya fitnah ). 




Nope.
Ia adalah Lanun Ranggi The Book, projek buku indie aku yang pertama. Dah nama pun Lanun Ranggi, konsep dia sama macam bloglah. Ada rapuan dan lukisan. Haaa gitu.


So, apa ciri-ciri penting pada buku ini?

1. Korang perlu tahu, buku ini mengandungi kompilasi entri blog yang pernah terbit dan diolah untuk buku dan juga yang tak pernah terbit di dalam blog, khas untuk pembeli buku sahaja.
2. 102 mukasurat laminated full colour cover dengan Perfect Binding bersaiz 15cm x 21cm
3. Sesuai dibaca ketika di dalam kelas, di dalam bilik kuliah, di dalam kereta, di dalam bas, hatta di dalam jamban sekali pun. Jangan baca semasa memandu. Sebarang akibat gua tidak akan bertanggungjawab.
4. Stok cetakan pertama adalah sangat terhad. Sebab Lanun miskin tak boleh print banyak-banyak, huhuhu. Ini kira test market. Lepas tue kalau ada lagi yang sudi nak beli, kena buat pre-order lah. Maaf, maaf, maaf.
5. Harga RM25 sahaja, minyak motor posmen bior diorang isi sendiri. 
6. Tak dak juai kat mana-mana kedai buku. Kat blog Lanun Ranggi saja.
7. Tak kalis air, peluh, api dan cinta. 
8. Buatan Malaysia. Halal. Baca tanpa was was.


Bagi yang berminat nak beli boleh hantarkan butir-butir berikut ke aujinz25@gmail.com dengan title BukuLanunRanggi;

1. Nama penuh:
2. Alamat penghantaran:
3. email:
4. No telefon:

Ada rekues lain, kabo dalam email.
Langkah seterusnya aku akan kabo melalui email. So, apa tunggu lagi?


P tendang S: Buku nie memang aku sorang jer yang usahakan dari cover sampailah ke huruf sebijik-sebijik, so mesti banyak kekurangannya. Tapi korang boleh bagi pendapat / kritik / kutuk / share / review untuk aku improve di masa hadapan.



Selamat melanun. koh koh koh

Review dari blogger:

BiskotCikot  http://beescolor.blogspot.com/2013/11/kapcai-si-lanun-ranggi.html
Terkini!! 28 November 2013

P tendang S lagi sekali: Stok buku baru kini sudah ready. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku Lanun Ranggi, bolehlah order melalui cara seperti di atas. Hue hue hue.