Showing posts with label Dik Ah. Show all posts
Showing posts with label Dik Ah. Show all posts

31 July, 2015

Mini Troll 5

Di suatu petang di hari raya ke berapa entah, aku tak ingat, masa aku cuti, macam biasa aku jaga Mem Kecik. So, tengah aku rajin, aku tanya laa dia kot kot dia nak air ke susu ke apa ke...




loyar buruk punya budak
Perangai siapa entah dia ikut!
cit!

27 April, 2015

Signal

Di satu hari yang mendamaikan,di sebuah Istana sangkut, tinggallah seorang puteri yang comel bersama dengan khadam tukang masaknya...
Sedang khadamnya bertungkus-lumus memasak di dapur, Si Puteri Comel asyik dengan Tab beliau..




Ternyata, loyar buruk si Mem Kecik lagi advance daripada aku. 
Duh...

Apa pon tak boleh!

26 March, 2015

Kedai Tujuh

Pada suatu hari, Aku dan Mem Kecik berjalan-jalan di sekitar pekan. Amboi dah macam buat karangan sekolah pulak...koh koh koh

Ada satu hari tu, aku jalan-jalan makan angin dan buang angin dengan Mem Kecik. Masa on de wei balik, beliau telah memberikan satu cadangan yang menguntungkan beliau dan merugikan aku...


Kompius gak aku mana plak datangnya kedai Tujuh? Setau aku, kedai Speedmart 99 ada laaa...
Tengah aku lagho memikirkan apakah itu kedai Tujuh, tetiba dia jerit dan menunjukkan kedai Tujuh beliau...
 


Rupanya itulah kedai Tujuh yang lejen bagi beliau. Mem Kecik dah kenal huruf dan nombor, tapi beliau belum boleh membaca. So, dia cuma nampak nombor Tujuh sahaja. 
Maka, jadilah kedai Tujuh.
koh koh koh....

Pening aku dengan budak sorang ni...

Belum sempat aku bertenang setelah kopak beberapa ringgit masuk ke kedai Tujuh,
beliau memberikan cadangan lain pula...




Hah.. korang agak-agak,
kedai apa yang Mem Kecik maksudkan?

04 March, 2015

Pesan Teacher

Semalam, aku cuti. demam plak tu. Jadi aku bawak Mem Kecik ke klinik ambik ubat. Dalam perjalanan balik, sempat gak laa singgah Petronas beli air untuk masing masing. Pesen aku, memang suka beli air kotak 1 liter tu. Tak mainlah air kotak kecik kecik ni. Dalam kereta, kitorang layanlah air masing-masing. 


Ceh... Air dia dah habis, boleh plak dia guna ayat tu.
Semenjak dia dah masuk taska ni, panjang sungguh akal dia...
Apa pon tak boleh.

19 January, 2015

Mini Troll 4

Hah,cuti sekolah dah pun berakhir. Jadi, dapatlah gaduh balik dengan Mem Kecik. Kalau tak sebulan dia duduk kat kampung, bosan aku takde sape nak jadi teman gaduh...

Selain daripada mulut dia yang macam bertih jagung, bercakap tak henti-henti, perangai dia pun boleh tahan.
koh koh koh...~








Mem Kecik adalah kaki troll. Dulu dia tak tahu fungsi wifi.
La ni dia dah tahu, sebab aku jugak yang bagitahu... bijak kan?

ai ai ai, la ni, nak memerut pun tak senang.
Apa pon tak boleh...

P/s: #JanganJajSayer

17 August, 2014

Semut

Mem Kecik ucap Selamat Hari Raya..
dia kabo dah lambat sangat nak ucap selamat hari raya so Ayong dia suruh dia ucapkan Selamat Hari Raya supaya Ayong dia boleh guna nama dia ucap Selamat Hari Raya tanpa rasa bersalah sebab korang takkan marah kalau Mem Kecik yang ucap selamat hari raya walopon lambat... koh koh koh...

Bijak tak Ayong dia?
koh koh koh

Sempena dengan HR ( malas aku nak taip panjang-panjang korang faham sendiri dah laa...) banyaklah bekalan kuih dan biskut raya yang tak habis. So, Mem Kecik datang, dia tolong perabihkan biskut-biskut yang ada. Tapi bukan semua aaa... budak tu memilih gak kalau pasal makan.

Satu Hari di Hari Raya, Dua hari di hari, lapan belas hari di Hari Raya tu dia offer aku kuih masa aku tengah ghalit membelek handphone...zaman mileniam ni, belek henpon laa.. mana urban kalau belek sotkabo kan kan kan...koff


... nasib baik Ayong dia tak keracunan makanan baq hanggg... 

Apa pengajaran yang kita dapat pada kisah ini ya murid murid?

pengajarannya ialah,
Semut semut dilarang berkeliaran depan Mem Kecik!


12 July, 2014

Puasa Yuk

Masa kecik siapa yang puasa penuh angkat tangan?
Jangan tipu kalau masa kekecik korang sedut air paip.. elehhhh...
Puasa penuh kononnn.. muka pun dah macam paip air lagi mau kabo puasa penuh...
koh koh koh

Mem Kecik pun pandai puasa gak korang tahu...


Ok, ini kartun first aku lukis 100% guna Paint Tool SAI kecuali dialog.
Gigih aku study SAI ko tau tak.. ini semua salah si Deaday Vespa Buruk. Dia yang perkenalkan ke blog kawan dia, aku terfollow dan tersuka nak try SAI. Sebelum ni aku try tapi tak faham konsep dan cepat gelabah puyuh. Koh koh koh..

 Lima hari tiga malam aku tak tido. Kalau korang percaya korang gila.
Setting tool kat SAI agar stroke dia sama macam tool yang aku guna kat Photoshop. Boleh set rupanya baq hanggg... dan lagi sempoiii baq hanggg... 

Nasib baik aku ni kira cepat belajar.... hensem plak tu dah la hensem.. kacak plak tu.
Ai ai ai... 
Siapa tak percaya, dia gila.

02 June, 2014

Cari Sendiri

Kengkadang, sebab Mem Kecik dok layan channel Disney,
aku terikut sekali tengok. Almaklumlah, remote tv dia yang control. Takde hal sebab aku pun jarang tengok tv. Aku bior jer dia layan tv sendiri. Sesekali aku pantau gak apa yang dia tengok. 





Aku kat dapur terkekeh-kekeh gelak.
Dulu dia rajin gak berinteraktif dengan Dora, Disney Clubhouse bagai.
La ni, dia dah malas nak layan agaknya.
koh koh koh...

13 April, 2014

Hikayat Dik Ah 3 - part 2


"Macam mana kuda hero kaler pink, tak macho langsung..."

"Biar laa... putera raja tak kishah.."


"Bear tue lawan tak?"

"Lawan lah.."


"Bear tue takut tak?"

"Takut sikit jer..."


"Lamanya dia lawan... Berapa hari?"

"Dua hari!"

"ooooo..."

"Akhirnya, Putera Raja dapat kalahkan bear tue, Ayong"


"cucuk kuat kuat?"

"a'ah.."






"Bear tue pun mati aa, Ayong..."

"oooo..."


"Lepas lawan bear tue, Putera Raja jumpa princess tue...dia awak Princess tue aik kuda iaa... "

"Diorang nak gie mana?"

"Princess ngan Putera Raja tu pegi kedai akan... dia cakap..."



Tamat.



P/s: Mem Kecik adalah penggemar roti canai. Dek kerana dia selalu ikut aku tapaukan roti canai kat mamak untuk dia, ayat aku sebijik sejibun dia tiru dalam cerita dia... hampeh betei...

lepas habis cerita, terpaksa aku menapaukan roti canai dengan vitagen.
Nampak tak permainan dia macam mana?

07 April, 2014

Hikayat Dik Ah 3 - part 1

Sori sebab lama menyepi. Panggilan tugas yang tak dapat di elakkan.. Huhuhu..

Apa pun, korang dah pernah baca kisah merapu Mem Kecik kan? Apa? Tak pernah... takpe... nah link nie untuk korang recap. Actually, aku catit apa yang dia merapu ke aku. Senang kalau aku takde idea, aku guna idea dia jer.. macam entri nie lahh.. koh koh koh

Dia seorang yang agak berimaginasi. Cerita dia semuanya merapu dan di luar kotak. So, setiap kali dia mula bercerita, aku akan mula mencatat di dalam handphone aku. Kengkadang aku saja tanya sama ada dia ada apa-apa cerita yang dia nak story ke aku.. Ini adalah salah satu kisah merapu dia...





"Dah agak dah... mesti kaler Pink.. ok ok.. lepas tue?"


"Hahahaha.. poyo nyer dia!"

"Betul lahhh...."

"Haaa.. cepatlah sambung.."


"Heh? Mana ada bear kaler pink?!"

"Dekat negara Princess tue ada laaa.."

"ooooooooo ok ok.. suka hati Adik laaa... teruskan.. teruskann ~"


"Bear kan gemuk, dia boleh lari laju ke?"

"Boleh.. Ayong boleh layie laju laju..."

"Ok Ok........ eh...  wait.. whattt??"




"yess... hero dia dah sampai..."








"hohh?..."

Bersambung...

Hikayat Dik Ah 3 - Part 2

09 December, 2013

Tiga Minggu

Cuti sekolah ramai mak bapak budak ambik kesempatan hantar anak anak ke kampung.
Zaman aku kekecik dulu gitu ler.. sampailah aku start darjah 1, aku memang duduk kat kampung.
Tiga minggu Mem Kecik duduk kat kampung, rindu budak mulut murai tue...





Bertuahnya Mem Kecik,
tiga minggu tak jumpa, Si Tipah yang dia rindu.
hunsff hunsff hunsff ~

21 November, 2013

Lambat

Jumaat lepas, aku saja bawak Mem Kecik makan makan kat Mekdi.
Dek kerana ramai orang, aku terpaksa menunggu burger aku siap
sebelum dihantar. 
Kemain lama jugaklah nak sampai.. naik tensen aku...






Dek kerana meja aku dengan kaunter tak jauh, aku saja biarkan Mem Kecik yang tanya...
sekali ayat dia yang keluar memang tak leh blah.
 Kekuat dia tanya kat awek kaunter
Tebal muka aku rasa dah macam dinding restoran tu.
Dah laa masa tu orang boleh tahan ramai...
ai ai ai.. Mem Kecik weih...

23 September, 2013

Maksud tersirat yang jujur

Di suatu petang yang hening...







Kemain makud tersirat dia punya pukulan tue..
ai ai ai...
sekeh gak budak nie kang..