Showing posts with label DikSad. Show all posts
Showing posts with label DikSad. Show all posts

17 August, 2011

Dulu dulu bila Lanun bersahur..

Dulu zaman belom Mummayyiz, nak bangun bersahur sikit punya liat. Aku takde motivasi untuk bangun  makan nasik pukul 4 pagi. Iyer laa dok bayangkan, lepas makan nak kena mandi, tunggu solat Subuh, dan bersiap siap untuk terus ke sekolah.

Dan lagi, feel nasik yang nak masuk ke kerongkong yang kesat tue boleh mematikan feel bersahur.

Tapi, kalau aku tak bangun, otomatik trompet Singa akan berbunyi. Dan otomatik jugak laa, mata aku akan terbuka luas sebelum kejadian yang tak diingini pukul 4 pagi berlaku.


Dulu dulu, masa kat kampung, untuk mengelakkan terlajak sahur, Atok aku bangun pukul 3.30 pagi siapkan makanan. Pukul 4 dia akan kejutkan. Pukul 5 kitorang sambung membongkang macam ular sawa. 

Nak memaksa tekak terima nasik pukul 4 pagi memang seksa wa cakap lu. Minum air kosong pun macam minum air berpasir. Atok aku plak, buat sahur macam makan tengahari macam macam ada. Siap dengan ulam dan sambal tempoyak bagai. 


Aku tak ambik pot pon. Kepala dok pikir nak sambung tido balik. Mata pejam tangan suap nasik ke mulut. Teknik yang orang sekarang panggil Multi-tasking. Tapi kadang kadang, makan sambil tido nie boleh membawa kepada masalah jugak.

Bila mata pejam, tangan menyuap, otak tak berapa nak proses apa yang masuk ke dalam mulut. Sebab tue kadang kadang bila kengkonon nak puji tapi matlamat jauh terpelanting. Ikan yang di makan, ayam dapat nama.

Dan paling malang lagi, pagi itu Diktator Sadis punya turn memasak!

10 July, 2011

Internet takde, TV berkuasa!!!..muahahahhahahaha.. *koff koff koff*

Tajuk agak kepoyoan di situ. Tapi memang nak cerita zaman di mana Internet tak di kenali. Bebudak zaman sekarang boleh tak bayangkan macam mana bebudak dedulu menjalani kehidupan mereka tanpa Fesbuk ataupun Twitter?..





Selain rancangan TV yang uber cool, iklan juga di ulangi berkali-kali sampai berbulan-bulan, bukan macam sekarang cuma seminggu, kemudian tukar dengan iklan lain. Sebab itu, iklan dulu-dulu budak budak 80an boleh ingat sampai sekarang. Tak percaya?.. cuba tanya diorang iklan Susu Dutch Lady punya tagline..atau lagu Susu cap Teko.. koh koh koh..

07 April, 2010

Duit Manggis

Masa : lapan belas tahun yang lalu
Tempat : Kampung tempat aku buat onar.

"Kutip laa yang jatuh tue. Ko buat ape?"

Cepat cepat aku bangun bila singa atas pokok manggis tue bersuara. Aku pasang balik helmet buruk Diktator Sadis dan mengutip buah manggis yang berselerak atas tanah.

Siyes, buah manggis arwah atuk aku amat besar di bandingkan dengan manggis sekarang. Diktator Sadis kata pokok tue baka dari Republik Ireland. Aku sangat kagum dan siap canang pada cikgu sekolah bahawa pokok manggis aku dari Republik Ireland walaopon sumpah aku tak tau kat mane Republik Ireland tue. Mane mane kawan yang kate aku tipu, aku tumbuk on the spot.

Tak lama lepas tue, baru aku tau aku kena kencing ngan Diktator Sadis. Pokok Manggis tue bukan dari Republik Ireland, tapi dari Kampung Parit Pelampong. Tak glemer langsom.

Lepas penuh sebakul, Diktator Sadis suruh aku bawak dan jual di kedai Ah Lek. Dengan basikal Chopper merah Diktator Sadis, aku ke kedai Ah Lek dan jual manggis tersebut.

Setelah Ah Lek timbang, dier bagi kat aku dua keping not sepuluh hingget.

Baru aku nak keluar dari kedai Ah Lek, aku ternampak sesuatu yang sangat menarik hati.

***

Sampai di rumah, Diktator Sadis pandang aku.

"Mane duit manggis?"

Aku hulur duit pada Diktator Sadis.

"Apesal sepuluh hinggit jer? Berapa Ah Lek bagi?"

"Dua puluh!"

"Lagi sepuluh mane?"

"Dah beli nie..Cantik tak, Cik?"
jawab aku sambil menunjukkan barang yang aku sambar kat rak kedai Ah Lek.

Muka Diktator Sadis terpancar aura pembunuhan tahap kesempurnaan.

***

Sampai ke senja aku tak turun lagi dari pokok manggis sebab nak penuhkan manggis sebakul. Sebelum tue aku dah dapat bonus set penyangkut baju di peha.

Patung Gojira yang aku beli tak sampai sehari dah hilang kepala kena smackdown ngan Ultrawoman Sadis.

Cet! Tak hargai seni lansom!
sori Gojira..i ken not sep you from that evil Diktater!

05 January, 2010

Jejemput

Tempat: Kampung Sungai Senduk
masa: masa aku sekolah rendah lagi..

Aku nie kalau dengan Diktator Sadis memang aku lemah sikit. Dalam keluarga aku dier sorang jer ade gen seorang diktator yang di warisi mungkin daripada Hitler kot. Memang sadis.

Kalau dier panggil, aku dalam toilet tengah sibuk nak meneran pun leh lari lintang pukang pergi mengadap. Tapi aku pastikan aku lom laksanakan hajat la.

Orang kata kalau 44 kali kita di panggil dengan nama yang sama, akan termakbul. So setiap kali Diktator Sadis maki, aku kira. Dan dalam kiraan aku, ada lagi 15 kali lagi sebelum mencapai klimaks makian terkeji dalam hidup aku.

So, aku kena berhati hati bila melaksanakan arahan yang dier beri.

Satu hari tue, aku tengah sibuk menonton kartun Spiral Zone. Memang ralit. Diktator Sadis tengah masak jemput jemput kat dapur. Aku tak heran sangat ngan jemput jemput dier. Keras kematu boleh baling kat atas atap siap leh lompat atap rumah atok Andak.

"Along, Cik nak mandi. Tengokkan Jejemput atas dapo. Dah masak, ko bangkit!"
Arah Diktator Sadis. Aku mengangguk macam belatuk.

Aku teruskan dengan kartun aku. Kartun Spiral Zone nie memang femes. Ngan moto dier yang giler punye canggih yang belum wujud lagi dalam dunia nie.

"Ko jangan tengok tv jer. Tengok sekali jejemput tue!"
laung Diktator Sadis dari dalam bilik air.

Kelam kabut aku bangun menuju ke dapur.
Berderau darah bila aku tengok jemput jemput yang sepatutnya putih kuning bertukar menjadi ireng Negro.

Otak aku yang bergeliga mencari akal. Dengan kepantasan yang luarbiasa aku keluarkan jemput jemput ireng tersebut dan terus campakkan ke belakang rumah.

Aku ambik mangkuk, aku masukkan tepung, masukkan garam sesuka hati, masukkan air, kacau lagi laju dari mesin dan kemudian terus masukkan dalam kuali. Susun sama macam yang Diktator Sadis buat tadi.

Sambil tue dalam hati berdoa, dier tak sudah mandi sebelum misi aku berjaya. Aku kuatkan api.

Aku berjaya menggoreng dua round jemput jemput. Selamat! aku masukkan dalam pinggan aku letakkan atas meja makan pas tue tutup ngan tudung saji.

Aku sambung tengok TV. Dalam hati lega sebab misi berjaya.

Lepas mandi dan siap siap pakai baju Cik dan nenek duduk di meja makan. Aku pun juin skali tapi aku cuma tuangkan air kopi.

Cik ambik jemput jemput dan suap kemulut. Muka dier tetiba jadi ketat. Aku dah gelabah.
Alamak kantoi ker?

Sebelum aku kena maki, lebih baik aku blah. Aku capai dua ketul jemput jemput dan terus kluar lepak kat belakang rumah.

Aku suap jemput jemput ke mulut..

***

Aku dengar nenek membebel ngan Diktator Sadis.

"Macam mane ko masak jejemput?..."
..dan beberapa biji butir bebelan yang aku tak berapa nak dengar.

Mana tak kena bebel. Jemput jemput tue masin yang amat tahap Laut Mati!.
Aku rase jemput jemput tue spesis yang aku bancuh mase kelam kabut tadi.

Aku tersengih kejam...aku pun sadis gak!
heh heh heh..