12 June, 2011
Tuhsaie ingat dua tahun tue sekejap?
10 June, 2010
Seksi laa sikit..
Dan selain dari peta lusuh itu, aku jumpa laa masterpiece aku yang tak seberapa nak master. Aku tepekkan kat sini.
Korang jangan gelak.
Masa nie aku aku masih berhingus lagi...
Selalunya aku lukis guna pensil jer..jenuh aku curik pensil mekanikal room mate aku sebelum aku membuat anjakan paradigma untuk membeli pensil mekanikal dan
1. Baru scan lapan page, monitor pc aku terus gelap masa depan. Driver scanner aku plak lansom tak leh ngam ngan Vista laptop aku. siap gaduh gaduh lagi..Vongok tul.
2. Aku lukis gambo awek dengan sopan sopan. Member aku kate
Dasar sekularisme. Diorang ingat aku layan Hentai ker??
3. Err..Aku pernah lukis gambo awek ala ala Pamela Anderson.Classmate pompuan aku kutuk kutuk kononnya tak natural laa, nampak lucah laaa..
Yang sebenonye diorang marah sebab sebelum tue aku jadikan diorang sebagai rujukan bila melukis anatomi awek. Bila aku lukis ala ala Pamela Anderson, diorang rasa tercabar laaa.
Kan ..kan.. kan???...
27 May, 2010
Peta lama..
p/s: Aku punye stimix kena potong dua hari. Tue laa..sape suruh bagi tunggak tunggak dalam bil sampai RM300..bila masa plak aku tertunggak tunggak. Tiap2 bulan aku bayo..
aku tunggakkan betul betul..baru ade akal. Reti plak bagi bil yang betul..
***
Aku dok selongkar robok lame aku. Yang dah tahap tong sampah. Si Angah buat tempat sidai stokin keje dier. Aku rasa mungkin petua dier nak elakkan dari robok aku tue penuh ngan lipas.
Sodok, godek, punggah, letak, terbalik..aku jumpa fail lama masa aku study kat Shah Alam dulu. Aku jumpa satu peta yang dah lusuh..tapi tak di gigit lipas lagi, berkat stokin si Angah tue..
Satu satunya idea aku yang masih bertahan sampai sekarang..dan aku masih lagi bersemangat untuk teruskan..
Dalam fail tue juga ada lagi harta intelek aku yang masih elok..
Bersambung..
13 April, 2009
Path Of Malayundra sketching
Oleh kerana aku dah tulis balik skrip cerita aku, aku terpaksa laa melakarkan semula watak watak yang akan aku masukkan dalam cerita aku nanti.Aku lakarkan semua watak dalam satu kertas. (aku tak suka membazir kertas..selagi ada ruang kosong..aku sumbatkan macam macam...:P..sebab tu korang tengok tunggang terbalik lukisan aku..hahahahhaha)
Yang aku ink kan tue adalah watak yang mungkin aku gunakan dalam hikayat aku nanti. Namanya aku rasa...aku akan putuskan nanti. Sebab oleh kerana ceritanya adalah berbeza ngan komik aku yang dulu..so aku rasa, nama pun aku kena tukar jugak.
Walaupun begitu, watak yang aku lakarkan tu masih lagi berkaitan dengan watak utama Malayundra yang dulu iaitu Jan Adi dan Van Haussen.
Aku inkkan menggunakan Pilot drawing pen dan Pilot Hi Tec C. Hi Tec C guna untuk menulis tetapi kerana ia menggunakan dakwat pigmen dan kalis air, aku guna jelah. Lagipun ia ada mata yang berbeza beza dari 0.25 hinggalah 3.0.

Kalau melakar, aku suka gunakan pensil yang sederhana. 2B paling sesuai tapi bergantung ngan pandangan masing masing laa.. tetapi oleh kerana pembuatan yang berbeza beza, kadang kadang pensil 2B berlainan leadnya. Paling best yang aku suka guna ialah Hi Art ataupun Stabilo exam Grade. Warnanya pekat dan tidak tinggalkan kesan kalau di padam Tetapi pemadam yang sesuai juga amat penting. Aku guna pemadam Faber Castell Dust Free. Lembut dan tak banyak habuk.
Melakar kena ada panduan jugak. Aku suka melakar ketika melihat orang. Buat lakaran kasar kemudian baru aku detailkan. Sebab itu kalau aku kemana mana, dalam pouch bag aku ada buku lakaran, pensil dan pembaris. Kalau korang tak percaya, selongkar la pouch bag aku hahahahha...
Okeyh dulu untuk setakat ini. nanti aku sambung lagi. Lepas nie ape pulak yer...hermm tunggu jer laaa..:P
Selamat Datang Ke Dunia Malayundra.....
21 March, 2009
Sebelah nie...draf awal aku semasa aku buat draf untuk komik aku Malayundra kalau tak silap aku tahun 1996. Masa nie aku kat bangku skulah lagi..har har har... kalau korang belek..
masa nie aku lukis tak pakai stroke ( gaya melukis garisan ). Aku main bedal jerk setiap stroke pakai pen yang sama. Sampai tengah tengah..aku dah blur...bizi pun salah satu alasan aku..:P..tak tau macam mana nak sudahkan.. sampai sekarang tak siap siap lagi...hahahahaha... so bila aku comparekan komik aku ngan Naruto ataupun One Piece..aku malu sendiri..wakakakakka... ahhh lantak laaaa....
Kisah nya berlaku di alternate world..orang melayu kate dunia lain. Walaupun begitu..ia sedikit banyak cedokkan dari Sejarah Melayu lama... hahahaha... di modenkan dan di adaptasi secara fantasi. Ada kisah persahabatan, percintaan dan pertarungan dan pengkhianatan. Perghhh.. aku punya plot cerita berbelit belit..sampai aku pun pening. So sebab tue lah tersangkut sampai sekarang. Dah tak boleh nak ungkai...ekekekeke...
Sekarang..aku dah lukis balik, lukis dari awal tueee..giler aaa... tapi komik ini yang aku paling komited..sebab dah 80 page aku lukis..jalan cerita pun aku olah sedikit...pas tue aku lukis balik dari mula..hahahahaha...sengal.. aku improvekan stroke aku agar tak laa nampak macam budak tadika melukis... harap harap sampai sudah laa.. so dah siap esok, aku ingat aku nak load kat sini. korang leh laa baca online...hantar ke majalah asyik kene rejek jer.... hahahahhaa...enjoyyy.... larieyyyooooo....





